IS❤️IN 7

3.4K 181 138
                                    

Syakir menerima berita bahawa Dina berada di hospital selepas Syakir pulang dari Genting Highlands semalam. Alhamdulillah, pagi ini Dina telah selamat melahirkan anak keduanya iaitu seorang perempuan juga. Nampaknya, Haikal akan berusaha keras sekali lagi. Hari itu, Syakir memang tiada plan hendak pergi ke mana mana. Penat semalam masih belum hilang. Selepas pulang semalam, dia tidak dapat melelapkan matanya. Semalaman dia memikirkan Naura. Dia tidak pasti kenapa. Melihat gambar Naura yang berada di handphone, Syakir tersenyum. Dia suka, tapi belum lagi masanya. Sedang dia cuba melelapkan matanya, bayangan Esha datang menerpa. Saat dia hampir melepaskan segalanya, wajah Esha selalu muncul. Sakit! Syakir rasa sakit itu.

Selepas Syakir menghantar Naura pulang semalam, papa dan mama nya banyak bertanyakan soalan. Tetapi Naura hanya menjawab yang termampu sahaja. Dia tahu papa dan mama excited, tapi dia juga tidak mengharapkan lebih. Walaupun dari luar nampak Naura seorang yang happy, tapi untuk melupakan apa yang pernah dilaluinya..sangat mengambil masa. Dua kali dia menjalani hubungan yang sangat meninggalkan kesan dalam hati. Walaupun dia redha dengan semuanya, tetapi untuk dia bercinta lagi..Naura sendiri tiada jawapan.

Malam itu, Naura juga tidak dapat melelapkan matanya. Banyak perkara dia fikirkan. Terutama Syakir. Layanan Syakir membuatkan dia rasa selesa dan dihargai. Tapi, Syakir? Dia tidak tahu apa yang Syakir fikir akan dirinya. Naura juga tahu, Syakir sedang belajar move on. Tapi, tipulah Naura tidak tercuit dengan layanan baik Syakir. Pandangan mata Syakir selalu membuatkan jantungnya berdebar. Naura mengambil handphone dan melihat gambar mereka. Ada satu gambar candid yang bagi Naura sangat cantik. Tak silap Naura, ketika itu Syakir meminta tolong orang di situ yang ambil. Beberapa shot diambil dan salah satunya pandangan mereka bertaut. Naura suka gambar itu. Dia post di IG story miliknya dan ditutup gambar Syakir dengan emoji. No caption! Naura tidak tahu. Tapi apa yang dia tahu, dia tidak akan membenarkan orang melihat Syakir. Haha..suka lah tu?

Syakir mengambil phone dan dia sedang berkira sama ada ingin call Naura ataupun tidak. Kalau call nak cakap apa? Gumamnya. Tapi, ada sikit rasa rindu. Haaa! Dina kan bersalin. So, ada sebab boleh call Naura.

Telefon Naura berdering. Dia yang baru siap mandi, terus mengangkat call itu.

"Assalammualaikum.."

"Waalaikumsalam.."

"Busy ke?" Tanya Syakir.

"Tak lah..baru lepas mandi.." balas Naura.

"Nak video call lah macam tu.." Syakir mengusik. Naura mengetap bibirnya. Geram.

"I tumbuk you tahulahh!!" Pantang salah cakap, ada sahaja usikannya. Syakir ketawa lepas.

"Kenapa call ni? Nak ajak I pergi mana?" Soal Naura.

"Pergi dekat hati kau boleh?" Naura diam. Semakin bukan bukan Izz Syakir ini ya!

"Gurau lah! Aku nak beritahu, Dina dah selamat bersalin. Subuh tadi." Naura teruja. Eeee! Bau baby...Naura suka...

"Eeeee..mesti comel! Tapi....."

"Tapi apa?" Soal Syakir.

"I nak pergi tengok...tapi, boleh ke? Bukan apa, seeloknya pun jangan datang dulu..biar bagi masa dekat orang bersalin itu. Mama pun pernah pesan macam tu. Tapi, nanti nak balik Sabah dah." Naura frust.

"Nanti aku tanya Dina dulu." Syakir cuba memberi harapan.

"Thanks Syakir.." Ceria suara Naura.

"Kau duduk rumah aje ke hari ni?" Syakir masih mencuba.

"Takkk..I nak keluar sekejap.." balas Naura.

Izz Syakir (COMPLETE)Where stories live. Discover now