IS❤️IN 30

4.8K 154 176
                                    

"Request apa, Naura? Skill ke?" Naura memandang geram ke arah Syakir. Syakir pula menayang muka tidak bersalah.

"Kitaaaaaaaa....." Syakir sabar menunggu.

"Errrrrrrr..." Syakir setia menunggu dan merenung Naura lama.

"Aku tunggu niii..." Naura serba salah. Boleh ke ehhh? Gumamnya..

"Kalau kitaaaa tak..." Naura takut takut.

"Kita tak apanya Naura?" Syakir masih bersabar.

"Tak payah malam pertama dulu boleh tak?" Naura menelan liurnya. Aduh..derhaka ke tak ehh? Getus hatinya.

Syakir ketawa kecil. "Kau takut ke Naura?" Laju Naura mengangguk. Syakir menggeleng kepalanya.

"You marah I ke?" Naura memandang Syakir dengan wajah polosnya.

"Takkk..aku faham..kalau kau tak ready, aku tak paksa. Tapi, jangan lama sangat..aku kempunan.." balas Syakir sambil senyum nakal.

"Errr...okayyy..." fuhhhhh! Naura menarik nafas lega. Kalau tahu dek mama ni, mati aku..getus hatinya. Syakir sembunyi senyum. He he he..aku tak janji Naura...bisik hatinya sendiri.

Kalau ikutkan tempoh sebulan itu tidaklah lama. Tempoh bertunang pun bila ditolak tambah kurang 3 minggu. Syakir dan Naura juga harus mempersiapkan segala terutama urusan nikah. Nasib Naura juga telah pergi ke kursus kahwin. Cuma ada beberapa prosedur sahaja lagi untuk mereka lakukan.

"Syakirrrr.."

"Hurmmm...nak request lagi?" Soal Syakir.

"Perli I ehh?" Balas Naura.

"Aku tanya aje..kenapa?"

"Pasal hantaran tu..I tahu you yang bagi banyak tu..tapi, boleh ke kita rahsiakan jumlah tu masa you akad nanti?" Tanya Naura.

Syakir jeda. Bagus betul Naura ni..gumamnya. "Kenapa tak nak sebut?" Soal Syakir.

"Tak ada apa...cuma, bagi I biarlah antara kita dan family aje tahu.." Syakir pamer senyum. Dia mengangguk setuju. Naura bukan apa, dia rasa benda itu tidaklah penting sehingga perlu digembar gemburkan. Lagipun, Naura tidak meletakkan jumlah itu..papa dan mama juga belum tahu lagi. Cuma, Syakir sendiri yang telah memberitahunya. Awalnya Naura menolak kerana jumlah itu agak besar dan dia tahu, papa dan mama juga mesti tidak setuju. Tapi Syakir meyakinkan, itu adalah keikhlasan dia ingin memberi kepada Naura. Itu hak Naura, terpulang Naura hendak buat apa.

"Thanks Syakir.." Naura tayang sengihnya.

"Kau jangan nak goda aku ehh?" Syakir boleh sesak nafas tengok Naura sekarang ni. Makin nak dekat, makin tak boleh sabar pula. Haihh! Sabar Syakir..nanti boleh pulun..eh?

"Senyum pun dah tergoda..merepek betul!" Ngomel Naura. Syakir tersenyum.

"Kita nak pergi mana lagi ni?" Soal Naura.

"Tempah curtain.." Naura mengangguk.

"Aku tak pandai sangat, sebab tu ajak kau. Aku tahu, kau mesti pandai bab ni. Lagipun, aku nak kau yang hias rumah." Kata Syakir.

Izz Syakir (COMPLETE)Where stories live. Discover now