IS❤️IN 3

4.2K 164 111
                                    

Esoknya, selepas breakfast..mereka terus pergi ke tempat tempat yang telah termasuk dalam pakej. Syakir yang sememangnya sudah hafal dengan selok belok Semporna itu, tidaklah dia terlalu teruja. Makanan biasa baginya. Naura pula, dia agak teruja kerana ini pertama kali dia menjejakkan ke Semporna. Patutlah orang gelarkan Semporna ialah Maldives Malaysia. Subhanallah! Cukup cantik. Untuk menenangkan diri, Semporna tempat yang sesuai tapi jika seseorang itu suka akan laut. Cuma yang Naura tidak suka, penat untuk sampai ke tempat cantik seperti ini. Haihh!

"Seronok?" Tanya Syakir. Naura angguk dan tersenyum.

"First time I sampai..tak tahu Malaysia ada tempat macam ni.." balasnya.

"Setahun, berapa kali kau travel Malaysia?" Soal Syakir lagi.

"He he he...sekali dua aje kot...selebihnya overseas."

"Wow! Pergi overseas dengan siapa?" Menyibuk juga Izz Syakir ini.

"Come on, Syakir....muka I nampak macam tak berdikari ke?" Soal Naura.

"Tak laa...biasa perempuan kena berteman. Kalau boleh, pergi toilet pun nak sama sama.." perli Syakir.

"Orang lain maybe...bukan I...I lagi selesa bawa diri seorang diri..lagipun, kalau I pergi overseas..I tak stay satu tempat. Seronok apa healing sorang sorang.."

"Biasa kalau orang travel luar negara ni, dia mesti ada kawan yang stay sana. Betul?"

"Ada tu ada...tapi, kalau diorang free..baru lepak sama. Kalau tidak, I jenis bawa diri aje.."

"Nampaknya, kita ada hobi yang sama..." kata Syakir.

"Maksud you?"

"Travel..." sekilas Syakir balas. Naura tersenyum. Rasanya jumpa dah kawan yang suka travel. Mana tahu, next time boleh travel sama sama.

"Boleh aku tanya?" Soal Syakir.

"Tanyalah....." balas Naura.

"Kau percaya cinta pandang pertama?" Naura memandang Syakir. Jarang lelaki nak tanya soalan seperti ini.

"Errrr...bagi I, cinta pertama ni pengalaman hidup. Ada orang, dia bercinta..berkahwin dan bahagia buat selamanya. Ada orang, half way sahaja. Macam cerita I, baru nak rasa bahagia..hari pernikahan..kena tinggal. Walaupun perit untuk lalui, I anggap semua tu ujian untuk I. Lagi banyak ujian, lagi Allah sayang. Percaya atau tidak, bagi I...hidup ni kita perlu teruskan. Kenangan tetap jadi kenangan..pahit atau manis, kita kena telan..nama pun kehidupan, manusia tak lari dari masalah dan berbuat kesilapan.." Balas Naura.

"Kenapa you tanya?" Soal Naura.

"Saja...Aku suka dengar kau bercakap. Nampak kau matang." Balas Syakir.

"Dimatangkan oleh keadaan dan pengalaman.." Naura pamer senyum ke arah Syakir. Syakir membalas. Lesum pipit Naura buatkan senyuman dia sangat manis.

"Boleh ambilkan gambar I tak, Syakir?" Syakir mengangguk dan handphone bertukar tangan. Pelbagai gaya dibuat Naura. Nasib Syakir sejenis melayan. Bila melihat gambar, Naura seorang yang fotogenik. Tapi, bukan cantik di kamera sahaja, bila berhadapan lagi cantik. Jarang Izz Syakir memuji eh?

"Pandai you ambil gambar..semua cantik! I suka!" Riang suara Naura.

"Dah kau pun memang cantik, cantik lah gambar tu..." gumam Syakir.

"Apaaaaa? Sekali lagi?" Naura mendekatkan telinganya ke muka Syakir.

"Kau nak aku cium kau ke?" Syakir sengaja dekatkan diri.

Izz Syakir (COMPLETE)Where stories live. Discover now