IS❤️IN 77

2.8K 140 71
                                    

Sebulan berlalu..

Syakir dan Naura terus menjalani kehidupan mereka seperti biasa. Kandungan Naura semakin membesar dan hasil pemeriksaan bersama dengan Dr. Izzah Syakirah beberapa minggu lepas, mereka bakal mendapat anak kembar lelaki. Baik Syakir atau Naura, mereka tidak kisah janji kedua duanya sihat dan sempurna. Izzah juga sangat teruja kerana bakal mendapat anak buah kembar lelaki. 'Nampaknya kau makin kerja keraslah along..dah lelaki, mesti nak perempuan kan..penatlah Naura nak melayan gatal kau tu..' bisik hatinya.

"Abang happy tak?" Soal Naura. Mereka sedang berada di rumah dan berada di bilik anak kembar mereka. Syakir dan Naura sedang mendekorasi bilik anak mereka itu.

"Mestilah sayang...tapi, itulah..kita kena bincang balik sayang.." Naura memandang pelik.

"Bincang apa abang?"

"Bincang untuk anak seterusnya...kena guna skill lain sayang untuk anak perempuan pula.."

Naura mencubit lengan suaminya. "Jangan nak fikir lagi eh abanggg.." jelingan tajam diberikan.

"Ha ha ha.." Syakir tertawa lepas. "Guraulah..lepas ni, sayang rehat tau..cukuplah dulu kembar tu..kita besarkan diorang dulu.." kata Syakir.

"Janji tauu abanggg..jangan nak goda Naura.." pesan Naura.

"Errr..goda tu abang tak naklah janji..sebab sayang yang selalu goda abang..abang mana boleh..abang kan insan yang lemah..sayang sentuh aje, lain dah abang rasa.."

"Lemah yeee? Kalau macam ni.." Naura memeluk Syakir daripada belakang.

"Sayangggg..abang rasa perut sayang aje tau.."

"Eeeeeee..nak cakap Naura gemuk lah tu..." Terpejam mata Syakir. 'Aduh..salah cakap pula..' getus hatinya.

Syakir berpusing menghadap isterinya. "Tak gemuk sayang..dalam ni kan ada anak kita..tak ada istilah gemuk..lepas bersalin nanti, susutlah balik..isteri abang ni, cantik aje selalu. Masa mengandung ni, makin seksi abang tengok..manalah abang boleh tahan tengok sayang.." pujuk Syakir.

"Betul ni???" Syakir mengangguk laju. "Sayang penat tak? Kalau penat, nanti kita sambung lagi.." kata Syakir.

"Naura larat lagi..tapi, nak rehat kejap aje.."

"Sayang lipat baju aje..vacuum dengan mop biar abang aje buat." Balas Syakir.

"Alhamdulillah..cepat juga diorang siapkan bilik anak kita ni kan abang.." kata Naura.

"Abang memang suruh diorang siapkan cepat..senang nanti sayang..perut sayang makin besar..abang tak nak sayang penat..sekarang ni, kita boleh kemas sikit sikit..tak lah penat sangat." jelas Syakir.

Naura pamer senyum. "Terima kasih abang..Naura sayang abang.." "Abang pun sayang isteri abang ni.."

Mereka berdua masih lagi mengemas di bilik itu. Naura berehat seketika kerana dia merasa agak letih. Dia baring di katil sementara menunggu Syakir. Entah bila masa Naura tertidur. Syakir baru sahaja selesai memasang baby cot bed untuk anak mereka itu. Syakir menoleh ke arah isterinya dan dia melihat Naura sedang lena tidur. 'Penat ye isteri abang..' getus hatinya. Dia membelai wajah Naura. "I love you sayang.." bisiknya di telinga Naura. Syakir merenung wajah itu sedalamnya. Teringat kenangan lama semasa berjumpa dengan Naura kali pertama. Sewaktu status duda itu dirahsiakan, Syakir cuba menidakkan perasaan dan akhirnya mereka berkahwin kerana perasaan cinta itu hadir tanpa diduga. Syakir tersenyum sendiri dan tidak lama lagi dia bakal menjadi seorang bapa. Hadiah paling bermakna dalam hidupnya.

Naura tersedar kerana terasa sentuhan di pipinya. Dia membuka matanya dan melihat Syakir sedang merenungnya.

"Abanggggg.." Naura bangun perlahan.

Izz Syakir (COMPLETE)Where stories live. Discover now