IS❤️IN 56

2.9K 150 129
                                    

"Kalau dah jumpa pengganti I, buatlah keputusan yang terbaik..I tak rela dikongsi dan kalau itu yang terbaik..I terima segala keputusan you, Syakir.." Naura terus sahaja menuju ke arah kereta Nuh. Lemah langkahnya saat itu. Dibiarkan Syakir di situ dan dengan harapan Syakir akan memujuknya. Rupanya tidak.

"Abang minta maaf sayang.." bisik hatinya sendiri.

Selepas kejadian itu, Syakir terus pulang ke pejabatnya. Naura bersama dengan Nuh dan Hazriq. Mereka tidak berani ingin bertanya apa apa kepada Naura tetapi mereka yakin ini hanyalah salah faham sahaja. Boleh jadi Naura emosi.

"Aku tak nak masuk meeting tu..korang pergilah.." Hazriq memandang ke arah Nuh. Nuh pula fokus pada pemanduannya.

"Meeting ni penting Naura..kau sebagai bos, kena decide perkara ni.." kata Hazriq.

"Betul cakap Hazriq tu..you kena ada." Tambah Nuh pula.

Naura menarik nafas sedalamnya. Hatinya betul tidak bersedia untuk menghadiri meeting pagi ini. Selepas apa yang terjadi, dia perlukan ruang seketika.

"Postpone tak boleh ke?" Naura masih mencuba.
Hazriq dan Nuh terdiam. Mereka tidak tahu hendak berkata apa. Mereka faham tapi macam mana sekalipun, Naura perlu hadir.

"Bukan meeting kita, Naura..kalau kita urusetia, boleh juga kita start lambat sikit.." kata Nuh.
Naura menyandarkan kepalanya. Dia duduk di seat belakang dan keluhan berat itu dilepaskan.

"Okayyy..aku boleh..tapi korang kena tolong aku.." Hazriq dan Nuh berpandangan seketika.

"Apaaaa?" Soal mereka serentak.

"Habis meeting, hantar aku pergi Airport dan jangan beritahu Syakir..boleh?" Soal Naura serious.

"Kau nak pergi mana?" Soal Hazriq.

"Balik semenanjung..buat apa aku duduk sini, ada laki pun buat tak tahu.." balas Naura kecewa.

"I tak tahu apa masalah you dengan Syakir. Tapi, daripada apa yang I nampak dekat kedai makan tadi..I boleh faham..tapi, Naura..you dah tanya Syakir siapa perempuan tu? Mana tahu kawan lama dia? You nak balik semenanjung? You isteri, Naura. You kena minta izin dengan suami you..I tahu, hati isteri mana yang tak sakit bila nampak suami dengan perempuan lain..tapi, cuba tanya dulu..I yakin ni salah faham aje.." kata Nuh panjang lebar. Hazriq mengangguk setuju.

"Perlu ke semua tu? Dia tak kisah pun pasal I. Kalau dia kisah, dia kejar I tadi. Tapi tak kan? Dia biarkan I dengan korang..lelaki kan? Nampak dahi licin, seksi sikit..mulalah.." Naura melepaskan geram.

"Tak baik kau cakap macam tu Naura. Mana tahu ada sebab lain. Kau cakap macam ni, jatuh fitnah tau..suami kau pula tu.." kata Hazriq.

"Habis tu? Dah dua kali depan mata aku, kau nak aku fikir apa Hazriq? Positif lagi?" Perli Naura.

"Pentingnya komunikasi Naura..I tahu you bukan jenis kuat melenting. You boleh settle problem dengan baik..mungkin sebab you tengah emosi sekarang ni..jangan terlalu ikut emosi, Naura..makan diri nanti." Kata Nuh.

"So?? I salah ke dalam hal ni? Dia keluar dengan perempuan lain, I yang salah? Mana janji dia? Nak jaga, nak lindung..dah dapat apa dia nak, tinggal macam tu aje? Senangkan jadi lelaki?" Sinis lontaran ayat itu. Hazriq dan Nuh diam  membisu. Mereka juga mati kata. Apabila perempuan dalam keadaan emosi seperti ini, pilihan untuk berdiam adalah paling tepat.

"Masuk meeting dulu, lepas tu kita bincang balik macam mana.." kata Nuh. Naura memejamkan matanya. Penat. Hazriq diam sahaja. Tidak tahu untuk berkata apa lagi kerana hal ini melibatkan kisah rumah tangganya.

Izz Syakir (COMPLETE)Where stories live. Discover now