IS❤️IN 27

3.9K 173 170
                                    

"Thanks Syakir.." Syakir mengerdipkan matanya. Dia seolah dapat Izra Naura yang awal dahulu dia kenal. Silap dia tidak menceritakan semuanya dan Naura seorang yang sangat mudah untuk menerima.

Selepas makan, Syakir menghantar Naura pulang kerana hari juga sudah malam. Esok masih bekerja dan ada beberapa urusan yang perlu Syakir lakukan.

"Nauuuuraaa..." panggil Syakir. Naura memandang ke arah Syakir.

"Kenapa?" Soal Naura.

"Kau okay?" Soal Syakir. Naura senyum. "I okay aje..jangan risau..I lega bila dengar semua daripada you.." balas Naura.

"Aku minta maaf sebab buat kau sedih. Aku tau, tak patut aku buat macam tu..tapi, aku ada sebab aku sendiri.." jelas Syakir.

"I faham Syakir. Tapi, sebenarnya..tak ada benda yang perlu you takutkan. You duda aje pun, bukan laki orang.." perli Naura.

Syakir menepuk belakang lehernya. "Aku takut kau tinggalkan aku.." perlahan sahaja dibalasnya.

Naura mengerutkan dahi. "I dah nak kahwin pun Syakir. Kita tetap tak ada jodoh.." balas Naura. Syakir terus memberhentikan keretanya. Naura terkejut.

"You dah kenapa?" Soal Naura sambil mengurut dadanya. Haihhh! Agak agaklah pun nak brek tiba tiba..gumamnya.

"Berapa kali aku cakap Naura, tinggalkan dia.."

"I...I tak boleh, Syakir.." balas Naura gagap.

"Atas alasan apa yang kau tak boleh?" Soal Syakir ingin tahu.

Naura diam. "Sebab memang tak boleh.." Naura sengaja menguji.

"Kita tepi jalan ni Naura....." Syakir menahan sabar.

"Kenapa dengan tepi jalan?" Naura buat buat tanya. Syakir membuka seatbelt dan dia mendekatkan dirinya ke arah Naura. Naura cuak. Jarak mereka makin dekat dan pap!! Naura terus turunkan seat hingga jatuh ke belakang. Syakir ketawa lepas melihat tindakan Naura.

"You gila ke apa? Nak rogol I ke?" Naura geram. Suka sangat buat benda macam ni..ngomelnya.

"Kau ingat aku nak sangat ke?" Syakir menggeleng kepala. Huhh! Sebenarnya jantung tak bagi kerjasama. Kalau sikit lagi tadi, memang aku heret Naura jumpa tok kadi malam ini juga..getus hatinya.

"Gatallllll!" Kata Naura kuat.

"Aku gatal dengan kau aje..kau kan bakal isteri aku..." Syakir mengenyitkan matanya.

"Eeeeee...kenapa yakin sangat? Ada I cakap nak jadi wife you ke?" Rengus Naura.

"Betul tak nak?" Duga Syakir. Naura mengangguk. "Tak nak!!!!"

"Kenapa kau tak nak? Aku nak tahu.." kata Syakir.

"I nak bujang tak nak duda.." Naura sengaja mengusik. Syakir tersenyum kecil.

"Duda banyak pengalaman..rugi kalau kau tak nak aku.." Naura mengetap bibirnya.

"Sebab tu I tak nak...takutttttt.." Naura berpeluk tubuh. Seram. Ha ha.

Izz Syakir (COMPLETE)Where stories live. Discover now