IS❤️IN 49

3.4K 147 112
                                    

Whatsapp:

'Tunggu aku sampai hospital..' -Ariq Arkhan-

Kalau sampai hospital dicari, bagi Syakir ini adalah perkara serious. Syakir hanya mampu menanti perkhabaran itu dan dia sebolehnya tidak mahu Naura tahu akan hal tersebut. Ini merupakan perbincangan antara dia dan Ariq.

Sedang Syakir leka berfikir, Naura meracau dalam tidurnya. Dia mengigau sambil menangis.

'Kenapa ambil anak Naura...' Naura masih teresak. Syakir mengerutkan dahi. Mimpi apa sayang niii? Getus hatinya. Terus sahaja dia memeluk Naura erat. Selepas itu, barulah keadaan Naura stabil. Diseka air mata itu. Tidak sanggup dia melihat tangisan isterinya. Walaupun hanya mimpi, tapi itu sangat merisaukan Syakir.

"Sayanggggggg..." Syakir mengejutkan Naura dari tidurnya. Naura terjaga. Dia melihat Syakir dalam keadaan bingung.

"Mimpi apa sampai nangis ni?" Soal Syakir risau. Naura menggeleng. Dia juga takut dengan mimpi itu.

"Tak nak cerita?" Soal Syakir lagi. Naura menggeleng tapi pelukan itu dikemaskan lagi. Syakir tidak mahu memaksa. Biarlah, nanti Naura akan cerita sendiri. "Tidur, abang ada je dengan sayang.." Syakir mengucup dahi Naura.

"Nak kiss sini?" Naura menunjukkan di bibirnya. Syakir pula tersenyum. Tidak dinafikan, memang Naura agak manja sekarang ini. Tapi, Syakir melayan sahaja. Sayang bini katakan..

"Ni mengingau lagi ke tak ni?" Soal Syakir. Naura mengalihkan mukanya. "Tak apalah, abang tak sudi kan?" Syakir kelu seketika.

"Bukan sayang..abang tanya aje...meh sini..nak lama ke kejap?" Naura memandang ke arah suaminya semula. Dia mula berfikir.

"Errrr..tak kejap tak lama, boleh?" Pinta Naura. Syakir pamer senyum sambil dia mencubit manja pipi isterinya.

10 minit kemudian..

"Nak lagi?" Naura menggeleng tanda tidak mahu.

"Tak nak..nak tidur.." balas Naura.

"Cepat tidur..nanti abang buat benda lain pula.." bisiknya ditelinga Naura. Naura terus menyembamkan mukanya di perut Syakir. Dia mahu melepaskan rindu dengan bau Syakir. Syakir ketawa kecil melihat tingkah laku Naura. Macam tak jumpa setahun..getus hatinya.

Selepas dia pastikan Naura tidur semula, dia kemudian bangun perlahan lahan kerana Ariq sudah berada di ruangan menunggu. Setelah dipastikan Naura lena dalam tidurnya, barulah Syakir keluar menemui Ariq.

"Sihat bro?" Tanya Ariq.

"Soalan pun..kalau dah jumpa dekat hospital, sihat ke?" Perli Syakir. Ariq ketawa.

"So, apa kau dapat?" Soal Syakir.

"Apa yang aku beritahu kau tu la. Aku nak tanya ni..."

"Apa?" Soal Syakir.

"Kau ada musuh dengan sesiapa ke?" Soal Ariq.

"Manalah aku ni ada musuh. Aku bukan level Heidi nak kena ada musuh." Balas Syakir selamba.

"Kau jangan main main Syakir..orang tertentu tahu kepakaran kau. Kau jangan ingat, kau boleh tutup kerja kedua kau dengan company travel kau tu..company mana aje tak nak hire kau? Lepas tu, dapat projek company besar pula..itu kau cakap tak ada musuh?" Kata Ariq lagi.

"Aku just buat kerja aku, Ariq. Aku bukan kerja untuk ada musuh..itu kelebihan aku dan aku bantu orang yang memang memerlukan aku. Orang nak dengki kenapa? Aku tak kacau orang.."

"Zaman sekarang lain, Syakir. Orang ni, sampai boleh dia nak gali. Aku rasa orang ni memang ada benda dia nak dari kau..aku risau..."

"Maksud kau?" Tanya Syakir.

Izz Syakir (COMPLETE)Where stories live. Discover now