IS❤️IN 22

3.4K 148 119
                                    

Syakir bertanyakan kepada Hazriq bila Naura akan balik ke Sabah. Awalnya Hazriq malas hendak memberitahu, tetapi disebabkan melihat Syakir seperti tidak keruan..dia akhirnya beritahu juga. Naura juga sudah beritahu Hazriq tentang Nuh. Hazriq tersenyum mendengar cerita Naura. Dia seakan faham apa yang dicadangkan Nuh. Nasib kau lah Syakir! Siapa tak kenal CEO NL Hotel? Getus hatinya.

Nuh mengajak Naura untuk pulang ke Sabah bersama dengannya. Naura hanya mengikut sahaja kerana dia percaya akan Nuh. Naura masih tidak mengendahkan Syakir. Boleh dikatakan Syakir stalk Naura di setiap laman sosial milik Naura. Naura malas untuk berharap lebih, biarlah Syakir yang membuat keputusan sendiri. Putus Naura, mereka hanya kekal sebagai kawan.

Sampai sahaja di Airport, Naura melihat Nuh sedang menunggu di tempat yang mereka janjikan. Sewaktu mereka berjalan bersama, Nuh disapa oleh seorang perempuan.

"Nuh Luqman?" Soal perempuan itu.

"Ehhhh..hai Dr Azeera.." balas Nuh.

"Cantiknya girlfriend you..." Dr Azeera bersalaman dengan Naura.

"Bukan..kawan I je..she's taken.." balas Nuh. Naura tersenyum.

"Alaaa..tak ape, I doakan you dapat jodoh tak lama lagi. She's taken, but I'm not.." Mereka ketawa bersama. Tahulah Nuh bahawa Dr Azeera bergurau. Dr Azeera merupakan doktor peribadi keluarga Nuh. Boleh dikatakan rapat juga. Terkadang masa yang membuatkan mereka jarang berjumpa kerana Dr Azeera menguruskan kliniknya sendiri.

Naura bertanyakan perihal Dr Azeera kepada Nuh. Nuh boleh tahu soalan apa yang bakal ditanya Naura.

"Dr Azeera tu cantik..kenapa you tak tackle?" Soal Naura. Nuh tersenyum. Kan dah cakap! Getus hatinya.

"Nama pun Doktor..mesti busy selalu. I tak nak. I nak orang yang boleh teman I dua puluh empat jam." Balas Nuh.

"Euwwwwww..melampau eh you ni? Kalau macam tu, kena cari orang yang tak bekerja." Balas Naura pula.

"I tak kisah, dia kerja atau tak..janji dia ada dekat dengan I.." Naura buat muka menyampah. Nuh ketawa kecil.

"Boleh I tanya?" Soal Nuh.

"Kalau sampai ni nanti, boyfriend tak rasmi you tu tunggu macam mana?" Soal Nuh.

"I pilih balik dengan you..I malas nak jumpa dengan dia. Lagipun, I dah letak limit I untuk tak lebih dari seorang kawan."

"Kawan lagi? Kena friendzone lah dia tu?" Soal Nuh.

"Maybe..ohh lupa I beritahu you..nama dia Syakir.."

"Kenapa bagi tahu?" Nuh mengerutkan dahi.

"You asyik cakap dia dia aje..I bagi tahu ajelah senang. Izz Syakir.." balas Naura. Sebenarnya, perasaan rindu terhadap Syakir menggebu gebu.

"Jom.." ajak Nuh apabila masa untuk berlepas tidak lama lagi. Naura hanya mengikut. Bermacam perkara mereka bualkan di dalam flight dan terutamanya soal kerja. Banyak juga ilmu yang Nuh kongsikan kepada Naura dan betul cakap papa, Nuh adalah rujukan terbaik yang boleh dicontohi. Naura rasa bersemangat dan mungkin selepas ini mereka akan kerap berjumpa dan keluar bersama memandangkan mereka dalam satu bidang yang sama. Sekarang ini, apa yang perlu difokuskan..event Tahun Melawat Sabah itu kerana date itu hampir tiba. Company Syakir juga terlibat dengan event itu.

Sampai di Sabah, Naura mengaktifkan semula handphone dan dia melihat whatsapp. Syakir memberitahu dia sudah pun menunggu di tempat biasa. Naura masih berkeras dengan hatinya dan dia memutuskan untuk balik bersama Nuh.

Izz Syakir (COMPLETE)Where stories live. Discover now