IS❤️IN 50

3.9K 145 164
                                    

"Abang silap tak jaga sayang baik baik..lepas ni, abang akan pastikan sayang depan mata abang 24 jam.." bisik Syakir perlahan.

"Love you, abang.."

"Love you, sayang..maafkan abang sebab tak tahu sayang mengandung..abang tak sempat nak rasa twins ni dalam perut mummy dia..maafkan abang biarkan sayang turun sorang tadi..salah abang.." Syakir mengucup kedua tangan isterinya. Naura masih dengan tangisannya tapi masih boleh dikawal. Dia tenang seketika. Syakir segalanya bagi Naura dan Naura bersyukur saat itu kerana Syakir orang yang berada di sisinya.

Sebaik sahaja Naura dipindahkan ke wad VVIP, Ariq telah datang menemui Syakir. Disebabkan perkara itu juga, wad itu telah dikawal oleh pihak tertentu kerana hal ini sudah melibatkan kes polis. Syakir meminta Izzah menemani Naura seketika sementara menunggu ibu dan abah sampai. Papa dan mama juga segera pulang ke Sabah sebaik sahaja menerima perkhabaran itu.

"Sorry bro..aku tak sangka secepat ni dia buat kerja. Nampaknya dia memang aim korang berdua.."

"Tapi betul ke orang yang kau cakap tu?" Soal Syakir.

"Mula aku syak dia..tapi, bila aku dapat info baru..nampaknya bukan.." Syakir agak terkejut.

"Dah tu, siapa????" Soal Syakir tidak sabar.

"Apa yang aku boleh cakap, orang ni memang kenal korang berdua..tapi, aku rasa dia jadi kambing hitam untuk tutup dalang sebenarnya siapa."

"Apa dia nak sebenarnya? Dia nak aku..tolong jangan kacau keluarga aku!! Isteri aku Ariq..dia tak salah dalam hal ni.." Masih berlegar wajah Naura yang menangis tadi. Dia sendiri sebak apatah lagi Naura. Tambah pula, dia sangat menantikan zuriat itu.

"Sabar Syakir..aku cari sampai dapat! Kau kena percaya aku..aku perlu masa sikit. Aku tak sangka secepat ini tindakan dia. Kau jangan risau, kes kau dalam siasatan polis. Aku percaya, diorang tengah tak berani sekarang ni.." Syakir melepaskan keluhannya.

"Wife kau macam mana? Siapa teman?" Soal Ariq.

"Tengah rehat..Izzah teman.." balas Syakir.

"Kau sebagai suami, kena kuat..masa macam ni, dia sangat perlukan kau..kes kau, biar aku handle..kau fokus dengan wife kau, terutama emosi dia." Syakir pamer senyum sekilas. Dia faham apa yang dikatakan Ariq. Dia juga tidak boleh berfikir rasional ketika ini. Untuk pulang ke rumah, meninggalkan Naura..dia tidak sampai hati. Kalau diikutkan, banyak perkara dia perlu buat untuk cari tahu siapa dalang semua ini.

"Thanks Ariq, tolong aku..aku tak boleh lama. Izzah busy dan bila bila masa dia kena panggil nanti. Aku tak boleh tinggal Naura sorang sorang.." balas Syakir. Ariq mengangguk faham.

"Aku gerak dulu..jangan fikir banyak sangat." Kata Ariq. Syakir dan Ariq beredar daripada ruangan menunggu itu. Syakir kembali ke wad dan melihat Izzah masih menemani Naura. Pihak polis juga sudah berada di luar bilik itu.

"Thanks dik..kau pergilah buat kerja kau..sorry susahkan kau.."

"Dua dua aku sayang..jangan cakap pasal susah..dah memang kerja aku." Balas Izzah. Syakir hanya tersenyum kelat. Dia tidak tahu bagaimana untuk bereaksi ketika ini. Fikirannya agak serabut.

"Aku keluar dulu, along..anything, kau call terus.." kata Izzah lagi. Syakir hanya mengangguk.

Izzah meninggalkan wad itu dan Syakir terus sahaja mendapatkan Naura. Dia berada di sebelah Naura yang sedang lena itu. Sembab mata isterinya kerana banyak menangis. Dia tahu, Naura sangat sedih. Bibir mampu tersenyum, tetapi hati tiada siapa boleh menduga.

Syakir tidak dapat melelapkan matanya, bermacam perkara dia fikirkan. Apa yang diberitahu Ariq sebentar tadi, sangat membuatkan hatinya tidak tenang. Siapa? Kenapa perlu dia kacau Naura? Danish? Dari apa yang Ariq cakap, bukan Danish. Syakir buntu.

Izz Syakir (COMPLETE)Where stories live. Discover now