IS❤️IN 58

3K 160 138
                                    

1 minggu berlalu..

Terasa lapang fikiran Naura bila berada di situ. Dia juga tidak percaya dia setekad itu membawa hatinya. Bukan dia tidak berfikir tentang mereka terutama suaminya Syakir, tapi dia sendiri perlukan masa. Siapa tidak sedih jika suami beralih arah hanya dalam tempoh beberapa bulan perkahwinan. Terlalu awal dan masih manis. Rindu? Hanya tuhan yang tahu.

Rutin harian Naura sepanjang berada di situ adalah berjalan menerokai keindahan alam. Tempat pelancongan yang selalu menjadi tumpuan, baik pelancong dalam Malaysia mahupun luar negara. Seronok Naura dapat ke sana walaupun hanya seorang diri. Hari itu dia teringin betul hendak naik ke tempat tinggi. 'Mana ehh? Boleh ke?' Getus hatinya.

Naura mula melayari google untuk dia melihat tempat lain yang boleh dia pergi selain tempat tinggi itu. 15 minit kemudian, keinginannya tetap ingin ke sana. Semalam dia telah pergi ke syurga coklat. Punyalah banyak Naura shopping coklat dan rezeki Naura berjumpa dengan orang yang baik. Pemandu grab yang dikenali sebagai Pak Cik Ahmad itu yang membawa dan membantu Naura sepanjang berada di Langkawi.

"Banyak shopping nak?" Soal Pak Cik Ahmad.

"Saja aje pak cik..bukan selalu datang sini.." balas Naura ceria.

"Seronok pak cik tengok kamu ni..ceria aje.."

"Kita kena happy pak cik..datang tempat macam ni, mana boleh bad mood..bercuti kenalah mood happy pak cik.." balas Naura sambil tersenyum.

"Betul juga, yaa..ada nak pergi mana mana lagi?"

"Saya nak balik hotel aje pak cik..letih pula..dari pagi saya berjalan.." balas Naura. Pak cik Ahmad mengangguk faham. Ketika dalam perjalanan, Naura ramah berborak dengan Pak Cik Ahmad. Pak Cik Ahmad mempunyai seorang anak perempuan dan isterinya telah meninggal dunia beberapa tahun lalu akibat demam denggi. Rezeki anak Pak Cik Ahmad dapat bekerja dalam sektor kerajaan hanya dalam Langkawi itu sahaja. Anaknya juga tidak sanggup meninggalkan bapanya seorang diri walaupun Pak Cik Ahmad mampu menguruskan dirinya sendiri. Pak Cik Ahmad membawa grab secara part time sahaja. Jika ada masa terluang dia akan buat dan Pak Cik Ahmad merupakan seorang bekas askar. Melihat tubuh sasa itu, memang kenalah dengan Pak Cik Ahmad. Kemas dan orang kata masih tegap.

"Kamu tak nak pergi jalan pulau ke pulau ke? Orang kata Island Hopping.." Soal Pak Cik Ahmad.

Naura tersenyum. "Saya suka jalan pergi pulau tu pak cik..tapi, keadaan tak mengizinkan.." balas Naura.

"Maksud kamu?" Naura diam.

"Tak ada apalah pak cik..tapi, saya teringin nak naik Cable Car..esok, boleh ke pak cik bawa saya pergi sana?" Pak Cik Ahmad mengerutkan dahi. Teringin? Getus hatinya.

"Tak takut ke naik sorang?" Duga Pak Cik Ahmad.

"Saya okay aje pak cik..bila lagi saya nak naik..sementara ada dekat sini.."

"Baiklah..esok pak cik tunggu kamu dekat parking..jangan lasak sangat, nak.." pesan Pak Cik Ahmad membuatkan Naura tersenyum. Maybe Pak Cik Ahmad boleh menangkap maksudnya.

Naura akhirnya memutuskan untuk naik Cable Car hari itu. Diam tak diam, sudah seminggu juga dia berada di Pulau Langkawi. Dia sebenarnya tidak tahu kenapa hatinya teringin sangat hendak ke situ dan disebabkan banyak perkara yang terjadi, dia kuatkan dirinya untuk datang ke Langkawi tanpa insan bernama suami. Kalau Syakir tahu dia di situ, pasti Syakir tidak mengizinkan. Suami? Syakir tidak mencarinya dan Naura tidak pelik kerana tiada seorang pun tahu keberadaannya di mana.

"Assalammualaikum pak cik.." Naura memberi salam sebaik sahaja dia masuk ke kereta itu.

"Waalaikumsalam.."

Izz Syakir (COMPLETE)Where stories live. Discover now