IS❤️IN 29

3.8K 142 180
                                    

"Dah kau nak request apa?" Syakir masih setia menunggu.

"Errrrrrrr...."

"Cakap Nauraaaaaa.." kata Syakir. Tapi, Naura malu.

"Nak panggil you abang boleh?" Soal Naura. Syakir sembunyi senyum. Dia suka dengan panggilan itu sebab rasa dihormati sebagai suami.

"Itu ajeee?" Tanya Syakir. Naura mengangguk laju.

"Panggil lah apa aje pun..janji kau selesa dan hormat aku sebagai suami. Kalau sekarang kau nak panggil pun aku tak kisah.." jelas Syakir. Naura pamer senyum.

"Thanks, Syakir.."

"Tapi....." Naura panggung kepala ke arah Syakir.

"Tapi apa?" Soal Naura.

"Aku nak request juga.." Naura meneguk liurnya. Kalau Syakir yang request, naik terus bulu roma. Bukan betul duda ni..gumamnya.

"Aaaaa..apaa?" Jawab Naura gagap. Syakir menahan ketawa melihat muka Naura.

"Jangan takut sangat Naura..lagi kau takut, lagi aku rasa nak cepatkan nikah kita.." Syakir senyum nakal.

"Jangan nak macam macam Syakir.....baik you beritahu..request apa?" Naura nervous tapi tetap dia mahu tahu.

"Sehari lepas Majlis Resepsi, aku nak kita pergi honeymoon terus..okay?"kata Syakir. Naura diam.

"Honeymoon mana?" Naura tak sabar. Dia kan suka berjalan. Untuk honeymoon, dia lagi excited.

"Kau tak kisah mana mana?" Tanya Syakir lagi.
Naura mengangguk. Dia tidak kisah di mana, luar atau dalam malaysia dia terima sahaja. Asalkan dengan suami. Eh? Ha ha..

"Kalau macam tu..aku plan nak pergi The Taraas...tahu tak?" Duga Syakir.

"Wowww! Seronoknya. I suka, teringin sangat nak pergi sana." Naura excited. Syakir yang melihat reaksi Naura, senyum sahaja. Naura ini jenis tak kisah ke mana dan kaki berjalan. Sama seperti dia. Hobi yang sama. Tapi, dia jangan lupa..pergi sana untuk honeymoon..risau tak berjalan pula..getus hati Syakir.

"Seronok ehhh?" Syakir senyum nakal.

"Seronoklah..honeymoon dengan suami. Pergi tempat best..apa la you ni.." kata Naura.

"Okayyy...kita pergi honeymoon tauu..biasa duduk dalam bilik je.." Naura memandang Syakir. Syakir menahan tawanya. Baru sedar ke apa minah ni? Gumam Syakir.

"You ajelah duduk bilik..I nak keluar jalan jalan main air.." balas Naura.

"Dalam bilik pun boleh main air, Naura..lagi best!!!!" Naura pejamkan matanya. Haihh! Risaulah macam ni..makin miang eh? Getus hatinya.

"Jomlah masuk Syakir.." ajak Naura. Syakir makin merepek. Risau lama lama dekat luar, kahwin free pula. Syakir ketawa lepas. Tahulah dia, Naura malas mahu melayan dia.

Masuk sahaja dalam rumah, ibu memanggil Naura. Naura senyum memandang ibu dan terus duduk di sisi ibu.

"Kenapa ibu?" Soal Naura lembut.

Izz Syakir (COMPLETE)Where stories live. Discover now