IS❤️IN 74

3.2K 147 73
                                    

Tiga hari sebelum raya, akhirnya Naura dibenarkan pulang daripada hospital. Alhamdulillah, keadaan Naura dan babies baik baik sahaja. Atas nasihat Doktor Izzah Syakirah, mereka harus mengurangkan aktiviti bersama atas faktor keselamatan ibu dan anak di dalam kandungan.

"Abanggg.."

"Ye sayangg..."

"Baju dah bawa semua ke?"

"Dah sayang..semua abang dah settle kan..kita tinggal balik rumah ibu dengan abah aje.."

"Kesian abang..mesti penat.."

"Takk..abang okay aje sayang..yang tak okay satu aje.." Naura mengerutkan dahi.

"Abang tak sihat ke?"

"He he he..sihat ajee..yang tak okay tuuuuuuu..."

"Apaaaaaa?"

"Tak boleh tantrum dengan sayanggggg.." Naura mencubit lengan sado suaminya.

"Abang jangan ehh..kena marah dengan Doktor Izzah tu tahulah..kita dah la jumpa dia 24 jam tau..habislah kita kalau kantoi dengan dia.."

"Ha ha ha..takut ke dengan Doktor Izzah tu? Dia acah acah aje sayang.."

"Tak baik tau abang..kita kena dengar cakap doktor.."

"Iyaaaa..abang cuba..kalau abang tak boleh control, tolong jauhkan diri sayang dari abang.." Naura tersenyum. Dia yakin Syakir boleh. Cuma dia juga risau, kalau dirinya sendiri tidak mampu menahan godaan suaminya.

Sampai di rumah ibu dan abah, ibu sudah memberi amaran kepada Syakir. Naura tersenyum melihat muka cemberut suaminya.

"Kalau kamu tak dengar cakap ibu, ibu asingkan bilik kamu dengan Naura..biar tahu sikit kawal diri tu.." kata ibu tegas.

"Tak baik tau ibu pisahkan tempat tidur suami dengan isteri.." balas Syakir.

"Oohhh..kalau yang itu, tahu aje..kesian dekat isteri tak fikir ke?" Ibu memandang ke arah Syakir.

"Dah sama sama nak..nak buat macam mana.." Naura mengecilkan matanya.

Papppp! Ibu memukul bahu anak lelakinya itu. "Ada saja nak dijawabnya..ni ikut perangai abah lah ni.." abah yang mendengar menggeleng kepala sahaja.

"Kenapa abang pula kena ni?" Tanya abah kepada ibu.

"Tanyalah anak awak ni..dah tak ada kerja sangat agaknya.."

"Biarlah ibu..mana tahu dari kembar, jadi triplet pula.." balas abah.

"Mana belajar tu abah?" Soal Izzah yang baru sahaja pulang daripada kerja itu.

"He he he..abah gurau aje.." kata abah sambil menggaru keningnya. Abah kemudian meminta izin masuk ke bilik untuk membersihkan dirinya.

"Kau ingat pesan aku eh along..aku nampak perangai miang kau datang, aku tarik Naura masuk bilik aku.."

"Suka hati kau aje..tu isteri aku.."

"Biarlah..kakak ipar aku tau.."

"Dah..jangan gaduh..tolong ibu siapkan juadah berbuka..Naura duduk aje..jangan nak pergi dapur.."

"Sayang nak baring ke?" Soal Syakir.

"Tak nak abang..duduk sini aje.." Syakir pamer senyum. "Kejap tau..abang nak angkat barang dalam kereta kejap..lepas tu nak tolong ibu.." Naura mengangguk faham. Chuppp! Syakir mengucup dahi isterinya.

Izz Syakir (COMPLETE)Where stories live. Discover now