IS❤️IN 52

3.3K 140 134
                                    

"Aku minta maaf sekali lagi dan aku janji tak akan kacau korang lagi. Thanks bawa aku pergi klinik." Danish menunduk sedikit kepalanya. Syakir senyum kelat. Mereka kemudian beredar meninggalkan perkarangan IZH Hotel itu. Syakir memandang melalui pandangan mata sahaja. Dia kasihan, tapi semuanya sudah terlambat. Sekurangnya Syakir boleh menarik nafas lega untuk satu perkara ini dan untuk seperkara lagi, dia masih mencari jawapan. Kalau bukan Danish, siapa?

Syakir kembali ke pejabatnya dan dia berfikir seketika. Urusan dengan Danish sudah selesai dan dia sangat berharap Danish betul berubah dan tidak mengganggu Naura lagi. Sekiranya perkara ini terjadi lagi, Syakir tidak teragak agak untuk mengambil tindakan selanjutnya. Syakir menghubungi Naura kerana pagi tadi dia sangat rushing sehingga tidak sempat bersarapan dengan isterinya. Perasaan bersalah hadir dan dia terpaksa membohongi Naura bagi menyelesaikan hal itu.

"Assalammualaikum sayanggg..."

"Waalaikumsalam abanggg..." balas Naura.

"Sorry sayang, abang rushing sangat pagi tadi sampai tak sempat nak makan dengan sayang.."

"Naura fahamlah abang..janganlah risau abang.." balas Naura manja.

"Sayang buat apa tu?" Soal Syakir.

"Baru nak basuh baju..lepas tu nak teman ibu mengemas laman dekat luar tu..Naura dah kena warning tadi dengan ibu..tak boleh buat apa apa..sidai baju tak apa..yang nak kemas tu ibu tak bagi.."

"Abah mana?" Soal Syakir.

"Abah jumpa kawan ibu kata." balas Naura.

"Abang balik lambat hari ni?" Tanya Naura.

"Balik macam biasa aje sayang..abang nak siapkan kerja cepat cepat, lepas tu nak balik usik sayang.."

"Amboiiii..belum boleh tauu..sabar tau sabar...." Syakir ketawa kecil. Dia sengaja mengusik Naura dan dia tidaklah gelojoh. Walaupun beberapa kali dia tewas, tapi Naura berjaya memujuknya. Yang penting double reward..getus hatinya. Mereka kemudian mematikan panggilan itu.

Petang itu, Naura menemani ibu dan abah di ruang santai di luar rumah itu sambil menunggu Syakir dan Izzah pulang. Melihat sahaja kereta Syakir parkir, Naura terus menyambut suaminya. Syakir tersenyum sahaja melihat Naura datang ke arahnya. Syakir menyinsing lengan bajunya ke atas sedikit yang menampakkan lengan beruratnya itu. Naura meneguk liurnya apabila melihat lengan sado itu. Pehal handsome sangat laki aku niii?? Bisik hatinya sendiri..Itulah bantalnya sewaktu tidur. Berbantalkan lengan orang kata. Manalah tak lena tidur tu kan?

"Kerja abang okay hari ni?" Soal Naura lembut.

"Okay aje sayang..letih sikit sebab keluar pagi tadi awal sangat..rasa macam nak baring aje.."

"Pergilah masuk dulu mandi, kalau larat abang keluar balik tauu.." kata Naura sambil mereka berjalan berdua menuju ke ruang santai itu.

"Tak apee..kejap lagi abang mandi..lapar pula rasa perut ni..sayang buat kuih apa petang ni?" Soal Syakir.

"Tak buat pun abang..goreng yang frozen aje.."

"Tak apee...rezeki hari ni..janji boleh makan.." balas Syakir. Naura pamer senyum.

"Assalammualaikum ibu, abah.."

"Waalaikumsalam Syakir.." balas mereka serentak.

"On time balik?" Tanya abah.

"Penatlah abah..tak boleh lama sangat kerja.."

"Betullah tu..sesekali boleh, kalau selalu sangat..kita pun penat.." balas abah.

Izz Syakir (COMPLETE)Where stories live. Discover now