IS❤️IN 63

3.7K 149 144
                                    

Langkawi - Kuala Lumpur (LGK-KUL)

Syakir dan Naura selamat tiba di Kuala Lumpur dan mereka telah dijemput oleh papa dan mama. Entah kenapa, hati Naura berdebar melihat kedua orang tuanya. Dia tidak tahu bagaimana reaksinya jika mereka memberitahu hal yang sebenar. Syakir menasihati Naura supaya dia menerima segalanya dengan hati yang terbuka dan tidak terlalu stress. Kata Syakir, perkara sudah berlalu dan apa yang sudah jadi telah pun terjadi. Selebihnya, Syakir hanya menyuruh Naura mendengar penjelasan papa sebaiknya.

"Abangggg.." panggil Naura perlahan. Syakir panggung kepala ke arah Naura.

"Kenapa sayang?" Soal Syakir.

"Naura rasa pelik.." balas Naura.

"Apa yang pelik sayang? Sayang nak muntah ke?" Syakir mula cemas.

"Bukanlah abanggg.."

"Haaa..apa bisik bisik tu?" Soal mama apabila mendengar anak menantu berbisik sesama sendiri.

"Bukan mama..Naura saja tanya, malam ni sebelum tidur nak buat apa.." balas Syakir selamba. Naura memandang tajam ke arah Syakir. Mama dan papa ketawa kecil.

"Tak puas lagi honeymoon Naura?" Soal papa.

"Hurmmm..percayalah cakap menantu papa tu.." balas Naura geram. Syakir tersenyum meleret. Saja dia mengenakan isterinya. Dia tahu Naura berfikir yang bukan bukan.

"Menantu papa baik..mesti papa percaya dia.."

"Ohhh..anak papa tak baik ke?" Soal Naura berbau cemburu.

"Dua dua pun baik..papa sayang dua dua.." balas papa memujuk. Naura tersenyum gembira.

"I'm your princess tau papa.." Naura memeluk leher papa dari belakang.

"Betullah tu..selamanya princess papa.." mama dan Syakir tersenyum sahaja melihat gelagat anak beranak itu. Sempat Naura membeli jelingan maut kepada Syakir.

"Papaaaa..." panggil Naura manja.

"Kenapa Nauraaa?" Balas papa.

"Errrr..boleh ke Naura nak singgah Kenny Hills IOI Putrajaya kejap?" Syakir memandang Naura. Naura buat tidak reti sahaja.

"Nak makan sana ke?" Naura menggeleng.

"Tak nak..nak take away aje.." balas Naura.

"Sayang nak makan apa? Abang belikan.." balas Syakir pula.

"Tak nak..Naura nak turun nak pergi sendiri juga.." Syakir diam. Fahamlah dia kalau A yang Naura hendak, A jugalah katanya. Papa dan mama berpandangan. Pelik. Mereka tahu anaknya bukan sejenis banyak kerenah pelik.

"Kalau macam tu, papa park tepi aje..tapi, turun dengan Syakir ye.." pujuk papa.

"Alright papa!" Naura memeluk papanya sekali lagi. Mama bertambah pelik. Manja.

"Abangggg.." panggil Naura.

"Iyaaa sayaangg.."

"Naura nak beli banyak tau..your babies yang nak makan.." bisik Naura perlahan. Syakir menggeleng kepalanya. "Iyaaa..satu kedai sayang nak pun, abang boleh belikan.." Naura memuncung. "Perli oranglah tu.." balas Naura geram. Syakir terus menarik Naura ke sisinya. "Love you..jangan merajuk.." bisik Syakir perlahan. Naura tersengih sendiri. Maklumlah, mereka hanya duduk bersebelahan di seat belakang manakala mama di seat hadapan menemani papa yang sedang memandu. Papa sengaja memandu sendiri hari itu kerana ingin menjemput mereka di Airport.

Sampai sahaja di Kenny Hills IOI Putrajaya, Syakir dan Naura terus menuju ke kedai itu. Tidak tahu apa yang Naura teringinkan tetapi Syakir hanya menurut. Tidak berani dia ingin berkata lebih. Teringatkan dia kejadian malam tadi, tidak sampai hati pula.

Izz Syakir (COMPLETE)Where stories live. Discover now