IS❤️IN 26

3.6K 163 122
                                    

"Explain, Syakirr.." kata Naura sambil memandang Syakir dengan penuh mengharap.

"Esha, arwah isteri aku.." Syakir memandang Naura. Naura membalas pandangan itu. Terkejut tapi dia mengawal keadaan.

Naura membetulkan duduknya. Dibacakan surah Al fatihah untuk Allahyarhamah Esha Nadira. Syakir juga berbuat demikian dan dia mengambil tempat di sebelah Naura.

"Dia dah tak ada dekat dunia ni, Naura..aku tahu, aku salah dan tak patut rahsiakan perkara ni dari kau. Tapi, aku takut untuk beritahu kau hal sebenar. Aku kahwin dengan dia 2 tahun lepas dan perkahwinan kitorang tak lama. Aku minta ibu dan abah rahsiakan semua ni sebab aku sendiri tak boleh terima hakikat yang Esha dah tak ada dalam hidup aku." Naura panggung kepala ke arah Syakir.

"Kenapa you takut, Syakir?" Soal Naura.

Syakir menjungkit bahunya. "Mungkin sebab dengan status aku.." balas Syakir.

"Sebab duda?" Soal Naura lagi.

Syakir mengangguk. "Aku bukan malu dengan status tu, tapi aku takut orang tak boleh terima." Jelas Syakir.

Naura melepas keluhan. "I tak tahu apa yang you fikir, Syakir. Kalau dengan status duda tu, you boleh nak simpan rahsia ni dari I..sangat tak logik." Naura masih tak percaya. Macam mana Izz Syakir boleh terfikir sampai begitu sekali.

"Setahu I, you kata keluarga Esha menghalang hubungan korang.." Naura cuba mengingati apa yang pernah Syakir ceritakan sebelum ini.

Syakir mengangguk. "Aku dihalang sebab keluarga dia tahu, dia tak kan hidup lama. Awal dulu, hubungan kitorang direstui..mak dan ayah Esha paling seronok kerana Esha dah jumpa pengganti. Dulu, Esha pernah berkahwin. Tapi, nasib tidak menyebelahi Esha. Waktu suami Esha nak ambil barang dekat kereta, dia dilanggar. Masa tu, mereka baru sahaja bernikah dan ya Esha seorang janda berhias. Kemalangan itu dirancang kerana suami Esha seorang ahli perniagaan terkenal. Dia meninggal dunia di  tempat kejadian dan lepas dari tu, hidup Esha berubah. Dia jadi seorang yang pendiam, berkurung dan suka membawa diri tanpa memberitahu sesiapa pun. Sampailah satu hari, aku hampir terlanggar dia dan bermulalah perkenalan kitorang daripada situ." Jelas Syakir.

Mengalir air mata Naura. Tidak sangka dia, hidup Esha diduga seperti itu. Dia merasa dirinya sudah cukup diuji, tetapi ada orang ujiannya lebih besar.

"Apa maksud tak hidup lama?" Naura ingin tahu.

"Selepas setahun kitorang bercinta, Esha disahkan menghidap kanser payudara tahap 3. Awalnya Esha tidak memberitahu keluarga dia sekalipun dengan aku..tapi satu hari Esha jatuh pengsan dan selepas tu..baru semua dapat tahu apa yang Esha rahsiakan dan masa ni aku tak tahu lagi."

"Lepas daripada tu, Esha menjauhkan diri dia dari aku. Bila aku call, dia tak angkat. Aku whatsapp dia tak balas. Aku datang rumah, dia selalu cakap dia tak ada. Pernah sekali aku tunggu dia sehari depan rumah. Dia ingat aku dah balik, dia pun keluar. Lepas dia nampak aku dekat luar, dia dah tak dapat elak. Aku minta penjelasan dia dan dia tetap tak nak beritahu aku. Apa yang dia minta masa tu, tolong tinggalkan dia. Aku tak faham apa salah aku masa tu sampai aku kena tinggalkan dia. Aku merayu pada dia sebab aku perlukan penjelasan yang sebenarnya. Kalau betul aku salah, tolong bagi tahu aku. Bukan suruh aku tinggalkan dia macam tu aje." Syakir menahan sebak.

"Stop kalau you tak boleh..kita boleh sambung nanti.." Naura cuba memahami. Syakir menggeleng, dia perlu beritahu Naura semuanya kerana dia ingin memulakan segalanya dengan Naura.

Izz Syakir (COMPLETE)Where stories live. Discover now