IS❤️IN 75

3.1K 147 64
                                    

Dalam tidak sedar, satu hari lagi mereka akan menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga. Meriah sungguh dirasakan walaupun hanya mereka sahaja. Pagi itu, mereka mengemas kawasan laman rumah terutama di kawasan yang baru sahaja siap renovation. Syakir dan Izzah sudah mula bercuti dan dapat juga mereka membantu ibu dan abah di rumah. Perasaan teruja mereka beraya kali ini, sangat berbeza berbanding tahun sebelumnya. Kerana apa?

"Sayang duduk ajelah..janganlah banyak gerak.." pesan Syakir kepada Naura.

"Naura bosan abang..bagilah Naura tolong sikit sikit.." balas Naura.

"Bahaya sayang..abang takut sayang jatuh..lagipun tak ada apa dah..ni tinggal perabot sampai aje kejap lagi.."

"Abang niiii.." Naura mencebikkan mukanya. 'Semua tak boleh..' getus hatinya.

"You dengar cakap husband you Naura..I pun risau dengan you ni..kalau kata boleh buat kerja, ligat semacam..you duduk ajelah.." Izzah mencelah.

"I bosan Izzah..bagilah I sapu sapu sikit ke.."

"You nak sapu apa? Dah bersih semua..kejap lagi, barang sampai..tak ada apa dah Naura.." balas Izzah lembut. Dia sebenarnya risau juga dengan kakak iparnya itu.

"Hurmm..I peliklah..berianya masing masing mengemas..lepas tu, masak lauk macam nak kenduri..kita aje kan? Kenapa macam ramai sangat aje ni..." Naura memandang ke arah Syakir dan Izzah.

"Nama pun raya sayang..mestilah meriah..tetamu nak datang, tak kan kita tak nak jamu makanan raya.." balas Syakir.

"Betul cakap suami you tu..nama pun raya.." balas Izzah pendek. Naura diam sahaja. 'Betul juga apa yang dikatakan mereka. Iyalah, bukan selalu..' getus hati Naura.

"Alonggg..maksu dekat mana?"

"Dekat rumah dia.."

"Kau tak jumpa dia ke?"

"Jumpa ajelah..aku banyak kali aje lunch dengan maksu..tak percaya tanya Naura.." Izzah memandang Naura.

"Haah Izzah..sebelum I cuti dulu pun, rajin aje jumpa..maksu tu sibuk sangat sekarang ni..berjalan aje dia..tahu tahu sampai oversea la..kalau kena sibuk..sibuk betul.."

"Kannn..I pun rajin tengok Instagram dia..bukan main maksu kita tu..tapi, itu aje yang buat dia happy..kira okay ajelah.." balas Izzah. Syakir dan Naura mengangguk setuju.

"Sayang..." Naura panggung kepala ke arah suaminya.

"Yee abangg.."

"Petang ni..abang nak masuk office kejap.." Naura mengerutkan dahinya.

"Kata cutii..kenapa pergi office?" Tajam pandangan mata Naura.

"Nak ambil dokumen kejap sayang..abang lupa.."

"Abang ingat apa aje? Asyik lupa ajee.."

"Hurmmm..ingat you lah..siapa lagi? Dia kan terpaling ada bini.." sampuk Izzah.

"Sebab itulah, aku sayang kau dik..terpaling faham kau lah orangnya.." puji Syakir.

"Bukan main memuji kau along..kalau tidak, ada aje benda kau tak puas hati dengan aku.."

"He he he..itu gurau aje..hakikatnya, aku memang sayang kau.." balas Syakir.

Izz Syakir (COMPLETE)Where stories live. Discover now