IS❤️IN 18

3.2K 174 128
                                    

Dua minggu berlalu, selepas kejadian Naura demam tempoh hari, Syakir sangat memastikan kesihatan Naura. Boleh dikatakan seperti pasangan bercinta dan dia akan pastikan Naura makan mengikut masa. Setiap malam akan call sebelum tidur dan hubungan itu tetap juga seperti itu. Syakir menggantungkan ayatnya yang membuatkan Naura sering tertanya tanya. Tapi, harapan Naura tidaklah tinggi kerana dia sudah meletak dirinya supaya tidak berlebih dalam menjalinkan hubungan selepas ini. Kalau kau sayang aku, kaulah kena tunjuk effort kau..gumamnya.

Naura dan Hazriq memang rapat dan apabila satu tempat kerja, hubungan itu menjadi lebih rapat. Tapi Hazriq juga tidak mahu berlebih kerana dia hormat dengan keputusan Naura. Dia pun sudah tahu isi hati Naura dan siapa yang berada dalam hati Naura. Mana mungkin dia mengambil kesempatan walaupun hakikatnya Naura itu bukan milik sesiapa. Dia tahu mengenai Syakir kerana Naura sudah mula selesa bercerita tentang Syakir. Apa yang Hazriq boleh simpulkan, keduanya punya perasaan tetapi tidak mampu meluahkan. Naura takut dikecewakan dan Syakir dengan tarik talinya.

Rutin harian Naura dan Hazriq setiap hari selasa hingga khamis adalah ke gym. Syakir maklum tentang itu kerana dia pun turut serta. Mana mungkin dia membiarkan Naura dan Hazriq berdua. Syakir kuat jealous readers! Habis sahaja gym, mereka bertiga akan luangkan masa bersama. Hubungan Hazriq dan Syakir juga semakin rapat. Naura juga seronok melihat mereka berdua begitu. Sebelum ini, tidaklah bergaduh tetapi dingin.

"Nauraaaa..." panggil Tracy iaitu trainer Naura.

Naura panggung kepala. "Yess..kenapa Tracy?"

"I rasa you baru join.." Naura mengangguk.

"Tapi, body you dah nampak umppphh.." kata Tracy memuji.

"Youuuuu...baru dua minggu..tak kan lah dah nampak.."

"Come on Naura..I dah lama jadi trainer..sebab you dah memang cantik..so, tak perlu work harder sangat pun.." balas Tracy sambil tersenyum.

"I bukan apa..saja je join nak isi masa lapang..nak keluar peluh..duduk dekat office tu tak bergerak sangat. Lagipun tak bagus juga asyik terperap dalam aircond..kena juga keluarkan peluh.." Tracy angguk dan bersetuju dengan kata Naura.

"You kalau dah kahwin nanti, hmmm..I rasa seminggu you kena kurung dengan husband you.." bisik Tracy perlahan.

"Amboiiii..seminggu ehh? Eeee..you ni buat I seram tau..." Tracy ketawa.

"I pun boleh insecure tengok you..I boleh kerat jari lah you tak keluar bilik nanti.." Naura ketawa lepas begitu juga Tracy. Topik punnn..18sx sangat.

"Ehem....." Syakir berdehem. "Sembang apa ketawa bukan main.." tanya Syakir.

"Sibuklah you ni...kenapa you masuk sini?" Naura memandang pelik.

"Tengok kau...nak juga cuci mata.." Syakir mengenyitkan mata. Tracy sudah ketawa.

"Jaga sikit mata you tu..I cucuk baru tahu.." rengus Naura. Syakir buat muka menyampah. Tiba tiba Tracy berbisik sesuatu kepada Naura.

"Kalau dia husband you, I rasa..you pun tak nak keluar bilik..I suka gila tengok sixpack dia..mengancam!" Membulat mata Naura. Bukan main Tracy puji si Syakir ini. Tapi, memang seksi pun! Haha. Syakir memandang pelik ke arah dua perempuan itu. Entah apalah disembangkan. Macam mengata dia pun ada..gumamnya.

"Mana Hazriq?" Soal Naura.

"Tengah workout lagi.." balas Syakir.

"Bukan main eh dia tu? Mesti nak tackle awek sini beria nau buat badan.."

Izz Syakir (COMPLETE)Where stories live. Discover now