IS❤️IN 20

3.8K 160 149
                                    

Penerbangan selama 2 jam itu akhirnya sampai dengan selamat. Apa yang berlaku di Sabah, Naura tidak mampu untuk berfikir. Naura meminta bantuan daripada Leila dan Dina untuk mengambilnya di Airport. Dia tidak mahu terus pulang ke rumah, dia perlukan orang yang boleh menemani dan mendengar ceritanya. Walaupun mereka bukanlah terlalu rapat, tapi Naura tahu Leila dan Dina orang yang sangat boleh dipercayai dan sahabat baik Syakir.

Naura mencari Leila dan Dina di pintu gate. Naura hanya meminta mereka menunggu di tepi sahaja, tidak perlu parking. Sebaik sahaja Naura melihat mereka yang sedang melambai, Naura berlari dan terus memeluk erat ke arah mereka. Leila dan Dina berpandangan sesama sendiri. Confirm ada problem!

"You okay tak Naura?" Soal mereka serentak sebaik sahaja meleraikan pelukan. Naura menggeleng dan terus air matanya berlinang.

"Jom masuk kereta..orang nampak ni.." arah Leila. Masuk sahaja kereta, Naura melepaskan tangisnya. Dina duduk di hadapan manakala Leila menjadi driver. Mereka diam supaya dapat memberi ruang kepada Naura untuk melepaskan segalanya. Bermacam persoalan bermain di fikiran Leila dan Dina. Kalau tengok gaya, macam putus cinta. Lagi mereka pelik, kenapa balik tiba tiba dan Syakir? Menjadi persoalan mereka sekarang ini.

Setengah jam kemudian..

"You nak pergi mana?" Tanya Leila kepada Naura.

"I tak kisah, tapi I tak nak balik lagi.." kata Naura.

"I rasa, benda ni serious. Kita berhenti satu tempat..then kita just cakap dalam kereta..lepas tu baru decide nak pergi mana.." cadang Dina.
Naura dan Leila mengangguk setuju.

Sampai di satu tempat, mereka terus fokus kepada Naura. Tidak tunggu lama, Naura terus menceritakan perkara yang terjadi kepada mereka berdua. Leila dan Dina tidak sangka juga Syakir begitu. Setahu mereka, Syakir berbeza daripada yang lain. Yang lebih mengejutkan, rupanya Syakir pernah bercinta dan mereka tidak mengetahui tentang hal itu. Kalau tidak kerana Naura, mungkin sampai bila bila pun Syakir terus menyembunyikan hal itu.

"Aku pelik lah Dina..kenapa dia kena rahsiakan?" Tanya Leila.

"Kan aku pernah cakap dengan kau, dia tu ada rahsia sesuatu dari kita.." balas Dina.

"Okay..rahsia tu satu..tapi, kalau dah ex..kenapa nak jumpa lagi? Lepas tu dia bagi harapan dekat Naura..suruh tolong dan tunggu..last sekali, dia balik dengan ex dia? Wow! Izz Syakir ke tu?" Leila mula panas.

"Aku rasakan..dia ada benda lain cuba sorok dari kita. Leila, kau kena jalankan misi kau untuk cari tahu pasal dia.." kata Dina. Naura hanya diam mendengar perbualan mereka.

"Tapi kan..aku nak tanya suami aku dulu..mustahil diorang tak tahu..." kata Leila.

"Aku pun sama..." Naura masih berdiam melayan perasaan.

"Kalau diorang tak tahu macam mana Leila?" Tanya Dina. Leila tayang sengih.. "mustahil" sekilas sahaja dibalas.

"Maksud kau?"

"Heidi dengan Haikal tu rapat macam mana pula dengan Syakir." Balas Leila.

"Lepas tu? Kalau diorang tahu pun, macam lah nak bagi tahu..brotherhood sangat diorang tu.." kata Dina pula.

"Kita kan isteri, Dina..kau mesti tahu nak guna cara apa.." Leila senyum nakal. Dina pula seakan memahami makna senyum itu. Naura masih lagi dengan dunianya.

Tinggg!! "Cara atas katillllll..." serentak mereka berkata. Naura menggeleng kepala. Ada ada sajalah dua bini orang ni..gumamnya.

"You relaks aje Naura. Biar kitorang buat kerja kitorang. Leila ni, informer dia sepantas kilat. Lagi laju dari cirit tau..tahulah kitorang nak ajar si Syakir tu.." rengus Dina. Leila ketawa mendengar ayat Dina. Apa ke disamakan dengan cirit? Haha

Izz Syakir (COMPLETE)Where stories live. Discover now