IS❤️IN 44

4K 142 139
                                    

"Tidur tauu..abang nak sambung buat kerja.." Naura mengangguk lemah. Syakir terus sahaja mengenakan pakaiannya semula dan ditutup tubuh isterinya dengan comforter. Huh! Lain macam manja Naura malam ni..getus hatinya.

"Night sayang..."

"Night abang..sorry tak teman abang.." Syakir mengucup dahi itu lama. Sayang. Sangat sayang.

Syakir kemudian menyambung kerjanya kembali kerana dia sememangnya perlu menyiapkan secepat mungkin. Sebelum ini cepat sahaja, sekarang ini gangguan isteri lebih menghantuinya. Ha ha..

Hampir pukul 3 pagi baru Syakir dapat menyiapkan kerjanya dan dia terus mencempung Naura untuk dibawa ke bilik mereka. Sempat dia merenung isterinya sebelum tidur. Haihh! Macam mana lah kalau abang kena pergi semenanjung tiba tiba. Nak tinggal sayang sekejap pun tak boleh..getus hatinya. Syakir mencium dahi isterinya dan terus dia melelapkan mata.

Naura terjaga dari tidurnya dan melihat jam hampir pukul 7 pagi. Kelam kabut Naura mengejut Syakir yang masih lena itu.

"Abanggggg!!!" Jerit Naura. Syakir bangun mengejut dan melihat wajah isterinya. Bingung.

"Kenapa jerit ni sayang?"

"6.45 pagi dah abang.." membulat mata Syakir. Sudahlah masing masing belum mandi wajib. Subuh gajah ke tu?

"Sorry sayang..abang memang betul tak sedar."

"Naura pun..lepas tu phone Naura habis bateri.." Naura tayang sengih tidak bersalah.

"Mesti silent kan phone tu?" Tebak Syakir. Naura diam. Habislah aku! Gumamnya perlahan.

"Abang dah pernah cakap kan sebelum ni..jangan biasakan sayang...jadi apa apa, susah..kalau sayang buat lagi..you will get your punishment, sayang..abang tak kira!" Tegas suara itu. Naura sudah menelan liurnya. Takut!

"Okay abang...sorry..Naura janji buat lagi..eh! Tak buat lagi..." Naura ketawa kecil.

"Main main eh sayang? Macam suka aje nak kena denda?" Syakir senyum nakal. Naura mencebikkan mukanya. Itu ajelah yang suaminya boleh fikir..getus hatinya.

"Kenapa manja sangat malam tadi?" Soal Syakir sambil dia memerangkap Naura yang sedang berada di wardrobe itu. Naura tepat memadang suaminya.

"Tak tahu..tiba tiba aje nak.." Syakir senyum meleret.

"Abang under control tau semalam sayang..sayang okay tak?" Naura membalas senyuman suaminya. "Naura okay aje abang.." balas Naura.

"Jom..kita dah lambat pergi office ni.." Naura mengangguk.

Sampai sahaja di office, Hazriq awal lagi sudah menunggu Naura. Letak sahaja handbag, pintu biliknya diketuk.

"Masuk ajelah..macam tak biasa.." Hazriq yang mendengar, ketawa sahaja.

"Wahhhh! Awal sampai office?" Perli Hazriq. Naura terpejam matanya. Tak mengusik orang sehari, tak senang hidup dia ni agaknya..getus hati Naura.

"Kau nak apa pagi pagi ni?" Soal Naura geram.

"Pagi?" Hazriq masih mengusik.

Izz Syakir (COMPLETE)Where stories live. Discover now