IS❤️IN 40

5.4K 158 160
                                    

"Haihhh! Kenapa tak cakap dari tadi sayang?" Syakir terus membuka pakaiannya. Meliar mata Naura memandang sosok tubuh itu.

"I'm all yours tonight, sayang.." balas Syakir.

"Morning sayang...."

"Morning abang...jangan kacau Naura..nak tidur lagi ni.." Naura menyembamkan mukanya di dada bidang Syakir.

"Bangunlah sayang..." lembut sahaja tuturnya. Naura menggeleng.

"Pukul berapa abang?"

"4.30 pagi.."

"Haaaa? Kenapa abang bangun awal ni?" Naura masih menutup matanya.

"Terbangun..." balas Syakir.

"Tidurlah balik.." Naura menepuk dada bidang itu. Syakir cuba memejamkan matanya kembali tetapi tidak boleh. Dia mendengar dengkuran halus Naura menandakan Naura sudah lena semula. Penat sangat ni..getus hatinya. Syakir tidak dapat melelapkan matanya dan dia kemudian terus bangun dan mandi.

Seusai itu, dia mengambil tempat di sebelah Naura. Diperhati wajah itu lama dan Syakir tersenyum. Tidur pun cantik! Syakir teringat kenangan malam tadi, pandai meminta..tapi, Syakir suka kerana perkara itu sangat penting untuk suami isteri. Itu ajelah kau ingat kan?

"Sayangggggg.."

"Hermmmm..." balas Naura.

"Bangunnn..nak subuh dah ni.." Naura membuka matanya perlahan. Dia melihat suaminya segar seperti sudah mandi.

"Kenapa handsome sangat pagi ni?" Soal Naura sambil dia menggosok matanya. Takut dia salah pandang.

"Abang tak boleh tidur. Abang terus mandi." Naura mengangguk faham. Syakir terus bangun mengambil towel untuk Naura. Fahamlah apa aktiviti diorang semalam?

"Thanks abang..Naura mandi dulu.."

Seusai mereka solat subuh, Naura melihat Syakir sudah semakin layu matanya. Mungkin sebab terlalu awal bangun.

"Abang ngantuk, tidurlah dulu..Naura nak tolong mama buat breakfast.."

"Teman abang kejap boleh tak sayang?" Naura pelik. Manja sangat ni..getus hatinya. Naura mengangguk sahaja. Dia menemani Syakir sehinggalah Syakir tertidur. Naura bangun dari baringnya dan dia terus sahaja turun membantu ibu membuat breakfast.

"Morning mama.."

"Morning anak mama.."

"Eh? Mana Syakir?" Soal mama.

"Tidur balik mama..penat sangat kot..semalam dia terjaga awal. Langsung tak boleh tidur.." kata Naura.

"Terjaga awal? Ke tak tidur langsung?" Mama tersenyum sipu.

"Mamaaaaaaa.." Naura mengetap bibirnya.

"Ke demam Syakir tu?" Naura jeda. Dia tidak tahu pula kalau Syakir demam. Tadi pun dia tidak merasa suhu badan Syakir. Nak jadi isteri sangat tu? Getus hatinya.

"Laki ni Naura, kalau tak sihat memang manjanya lain macam sikit. Kita perempuan kalau demam, boleh juga nak itu ini..laki ni kalau demam, memang nak kita aje sebelah dia." Jelas mama.

Izz Syakir (COMPLETE)Where stories live. Discover now