IS❤️IN 43

4K 160 116
                                    

"Deal?" Izzah mengangguk akhirnya. Setakat keluar makan, apalah sangat..getus hatinya.

"Nanti I ambil you.." terus sahaja Nuh berlalu pergi. Dia tahu rumah parents aku ke? Gumam Izzah sendiri.

Huhh! Baru first day kerja, dah dapat bunga..getus hatinya. Izzah tersenyum. Handsome juga Nuh ni..dah la wangi gila! Oh my god! Jangan macam macam Izzah..ha ha..

Selepas lama cuti berbulan madu, Syakir dan Naura menjalani kehidupan seperti biasa. Syakir menghantar dan mengambil Naura dari kerja dan jika masing masing tidak sibuk..mereka akan breakfast dan lunch bersama. Hari pertama kerja, Syakir sudah tidak tentu arah. Melihat Naura bersiap depan mata, terasa cemburu pula jika banyak mata memandang ke arah isterinya.

"Kenapa abang pandang Naura macam tu?" Syakir memandang Naura yang sedang bersiap itu.

"Saja...kenapa cantik sangat?" Soal Syakir sambil dia merangkul pinggang Naura yang sedang memakai shawl itu.

"Abangggg..." Syakir menggeselkan hidungnya ke leher Naura.

"Rindulah abang dekat isteri abang ni.." Naura memejamkan matanya.

"Petang nanti kan jumpa, abang..." Naura menepuk manja tangan kekar itu. Syakir menghentikan perbuatannya apabila mendengar kata isterinya itu.

"Sayang pergi dapur pun abang dah rindu..lagi pergi kerja tak ada depan mata abang..sampainya hati sayang?" Naura mengerutkan dahinya. Haihh! Manja sangat kenapa? Getus hatinya.

"Dah tuu...abang nak Naura buat macam mana? Teman abang pergi kerja?" Soal Naura manja.

"Ermmmm..berhenti kerja, teman abang hari hari pergi office..boleh?" Kelu lidah Naura. Luar kotak ya Izz Syakir? Sesedap rasa dia nak suruh berhenti kerja..gumamnya.

"Abanggggg..." Naura menghadap suaminya. Bercakap dengan Izz Syakir perlu kesabaran yang tinggi.

"Hurmmm.."

"Pandanglah Naura ni.." kata Naura manja. Syakir memandang isterinya dan menatap mata cantik isterinya itu.

"Office abang dengan sayang bukan jauh sangat pun. Abang boleh datang anytime aje tau..Naura ada aje dekat office tu..janganlah macam ni.." pujuk Naura sambil dia mencium pipi kiri Syakir.

Syakir melepaskan keluhannya. "Iyalah..abang gurau aje..cuma, abang tak boleh jauh dari sayang.."

"Haaa..kalau system down kena pergi balik semenanjung macam mana? Tetap kena tinggal Naura dekat sini kan?" Duga Naura.

"Abang bawa juga sayang..tak kira!"

"Kalau Naura ada meeting penting macam mana? Tak boleh juga kan?" Tanya Naura lagi.

"Sayang macam suka jauh dari abang aje?"

Naura mencekup rahang suaminya. "Bukan suka, tapi kalau...kalau time tu tak boleh elak, tetap tak boleh abang..faham tak ni?" Tepat pandangan mata Naura ke arah suaminya.

Syakir melepaskan cekupan itu. Dia memeluk erat Naura. "Abang doakan, semoga isteri abang selalu dalam jagaan Allah. Kalau tak ada depan mata abang, tolong jaga diri sayang. Kalau boleh, duduk rumah ibu dengan abah. Jangan duduk sorang. Abang tak senang hati nanti.."

Izz Syakir (COMPLETE)Where stories live. Discover now