IS❤️IN 59

3.3K 163 167
                                    

~Flashback~

"You dah dapat cari wife I or tak?" Soal Syakir kepada Yara.

"Small matter, dear.."

"Mana?" Syakir tidak sabar. Mereka sedang berada dia kedai makan ketika itu.

Yara terus menunjukkan lokasi di mana Naura berada. Membulat mata Syakir melihat lokasi yang ditunjukkan dan dia tidak sangka Naura boleh pergi sejauh itu.

"So, apa you nak buat dear?" Soal Yara.

"I kena bawa dia balik..wife I kot!"

"Then, kita macam mana? You memang nak tinggalkan I macam tu aje ke?" Soal Yara tidak puas hati.

"Kan nanti I cakap kita bincang..you kenapa tak sabar sangat?" Rengus Syakir.

"Perempuan mana aje boleh sabar tengok you yang hottt ni?" Yara memberi pandangan menggoda. Syakir menjeling tajam ke arah Yara.

"You jangan nak merepek ya!" Syakir geram sahaja melihat Yara. Orang tengah serabut bini lari, dia tambah lagi serabut..getus hatinya.

Yara ketawa kecil. "Tell her, Syakir..kesian dia.."

"I tahu..I tengah fikir macam mana..but, thanks tolong I.." Yara mengangguk.

"Bila you nak pergi Langkawi?" Soal Yara.

"I ada benda kena buat dan perlu masuk office sekejap..tapi, I tak nak orang tahu I ke sana." Kata Syakir. Yara faham maksud itu.

"Good Luck & Happy Honeymoon.." ucap Yara sambil tersenyum. Syakir menjeling tajam ke arah Yara. Seketika mereka diam. Syakir harus meminta bantuan Yara untuk ke Langkawi dahulu sementara dia perlu selesaikan beberapa perkara.

"Honey..esok pagi I nak you pergi Langkawi dulu dan cari wife I sampai dapat"

"Okay dear.." balas Yara. "Thanks.." kata Syakir.
Yara hanya mengangguk.

Yara telah dipertanggungjawabkan oleh Syakir untuk mencari dan menjaga Naura. Syakir tahu, dengan kemampuan Yara..sepantas kilat dia akan dapat menjejaki lokasi Naura. Keesokan paginya, Yara telah ke Langkawi seperti yang diarahkan Syakir. Masih menjadi persoalan..siapa Yara sebenarnya?

Selepas kejadian Naura lari tempoh hari, ibu tidak banyak bercakap dengan Syakir. Sepatah yang ditanya Syakir, sepatah juga ibu menjawab. Abah hanya beriak seperti biasa dan Izzah nampaknya berada di side ibu. Syakir tahu dia bersalah dalam hal ini dan dia akan perbetulkan semuanya.

"Sabarlah Syakir..abah faham perasaan kamu..tak ada suami yang boleh duduk diam kalau isteri tak ada di sisi.."

"Thanks abah faham Syakir..Syakir tak sangka, lain yang Syakir plan..lain pula yang jadi.." balas Syakir.

"Biasalah..manusia merancang, Allah juga merancang dan DIA juga tentukan..sehebat hebat perancangan manusia, hebat lagi perancangan DIA."

"Kalau tujuan kamu sakitkan hati Naura hanya untuk lindungi dia, abah kurang setuju..sebab hati perempuan lain, Syakir. Fitrahnya, wanita kaum yang lemah tetapi lemahnya dia bukan untuk dipijak. Sebab itu, dalam kehidupan perempuan, mereka memerlukan seorang lelaki bernama suami. Untuk menjaga, melindungi, disayangi dan dicintai. Jangan pernah sakiti hati mereka hanya kerana kita merasa diri kita betul. Mungkin betul pada kita tapi tidak pada dia. Pemikiran kita dengan perempuan tak sama. Abah tahu, anak abah ada sebab sendiri tapi jangan memakan diri. Carilah dia, bawa dia balik..abah tahu, di mesti rindukan kamu sangat. Abah tengok kamu pun, abah tahu terseksanya macam mana. Bila sebelah tulang rusuk kita tak ada, ibaratnya dia membawa seluruh jiwa kita pergi. Jangan banyak fikir sangat..bawa Naura balik.." pesan abah sambil menepuk lembut bahu anaknya itu.

Izz Syakir (COMPLETE)Where stories live. Discover now