IS❤️IN 42

4K 160 216
                                    

Sedang mereka leka bersembang, abah menerima panggilan daripada seseorang dan terkejut abah mendengar berita itu. Tapi, seorang abah tetap cuba menenangkan diri. Syakir yang melihat perubahan wajah abah itu terus mengambil handphone abah.

"Siapa?"

"Haaaaa? Izzah accident?" Semua sudah tercengang dan tanpa menunggu lama mereka bergegas terus ke hospital.

Sampai sahaja di hospital, Syakir terus mencari adiknya Izzah. Naura menemani ibu dan abah. Ketika berada di ruang emergency itu, Syakir terlihat Izzah seperti ketakutan. Tapi, melihat keadaan Izzah, Syakir agak pelik. Nampak dia okay sahaja..siapa yang accident? Getus hati Syakir.

"Dik...kau kenapa? Okay tak ni?" Tanya Syakir cemas.

"Alonggggg...Izzah..Izzahhh.." Syakir menunggu penuh sabar. Izzah memeluknya erat.

"Kau kenapa? Cuba tenang kejap.." pujuk Syakir.

"Izzah terlanggar orang along..." balas Izzah. Syakir tercengang.

"Lepas tu? Mana orangnya?" Tanya Syakir.

"Dalam tuu.." Syakir cuba menenangkan Izzah.

"Sabar lah.." Syakir menepuk belakang Izzah tenang.

"Aku pergi tengok kejap...kau tunggu sini.." balas Syakir. Izzah hanya mengangguk dan dia terus duduk di kerusi itu.

Syakir terus sahaja menuju ke ruang emergency itu dan baru sahaja Syakir ingin bertanya kepada nurse, Syakir melihat Nuh keluar dari bilik rawatan itu.

"Nuh?" Panggil Syakir. Nuh panggung kepala ke arah Syakir.

"Kau buat apa dekat sini?" Tanya Nuh yang sedang duduk di wheelchair itu. Tiba tiba Izzah datang ke arah mereka berdua. Muka cuak Izzah membuatkan Syakir tertanya tanya.

"Nuh? You kenapa?" Soal Naura pula. Naura baru sahaja sampai di situ. Semua berpandangan sesama sendiri.

"Izzah langgar dia tadi. Handphone Izzah jatuh dekat bawah seat, lepas tu Izzah nak ambil..tak perasan masa tu ada orang tengah jogging nak melintas." Jelas Izzah.

"Korang kenal ke?" Soal Izzah kepada Syakir dan Naura.

"Kawan kitorang.." balas Syakir. Izzah sudah menunduk. Nuh masih memandang Izzah. Ditenung wajah itu, cantik! Getus hatinya.

"Kenapa tak kau je rawat dia?" Soal Syakir kepada Izzah.

"Syakir...dia dah tolong aku tadi..dia dah buat apa yang patut..so, kurang sikit sakit aku..jangan marah dia..tak sengaja..lagipun, tak patah apa pun..luka sikit aje.." semua mengucap syukur mendengar kata kata Nuh.

"Penting sangat ke handphone tu Izzah? Sampai tengah drive pun kau nak ambil?" Syakir mengeluh perlahan. Izzah takut jika Syakir bernada tegas.

"Ada call urgent dari hospital tadi.." balas Izzah.

"Dah laa tuu..benda dah jadi.." kata abah. Ibu mengangguk. Naura cuba menenangkan suaminya.

"Kejap lagi I buat report.." kata Izzah.

"Tak perlu.." balas Nuh. Semua tergamam.

Izz Syakir (COMPLETE)Where stories live. Discover now