IS❤️IN 64

3.8K 147 166
                                    

Malam itu..sebelum tidur, Syakir telah
bertanyakan sesuatu kepada Naura. Dia tahu Naura tidak dapat melelapkan matanya. Walaupun, Naura memberitahu yang dia boleh menerima dengan seadanya..tetapi sebagai suami, Syakir sangat memahami Naura.

"Sayang abang ni okay?" Soal Syakir sambil dia memandang Naura yang cuba memejamkan mata itu.

Naura senyum sekilas. "Abangg..." panggil Naura lembut.

"Kenapa sayangg?" Balas Syakir.

"Naura bukanlah marah papa sangat, tapi mungkin Naura terkejut. Bertahun tahun papa simpan rahsia dan apa yang buatkan Naura terfikir ialah mama..macam mana mama terima benda tu semua..sedangkan Naura tahu papa sayangkan mama macam mana.." jelas Naura.

Syakir memandang wajah Naura lama. "Sini peluk abangg.." Naura mendekat dan Syakir terus mengucup ubun isterinya.

"Abang tahu, sayang mesti rasa kecewa kan bila tahu hal sebenar..kalau abang dekat tempat sayang pun, abang akan rasa benda yang sama. Tapi sayang, kita manusia biasa. Semua orang tak lari daripada buat kesilapan. Macam papa cakap, masa tu apa yang dia fikirkan..dia hanya nak anak lelaki sebagai pewaris dia akan datang..papa bukan tak percaya sayang, tapi bagi papa anak perempuan dia akan ikut suami. Bagi abang, tak pelik sayang..sebab orang macam papa tu, memang dia akan fikir anak lelaki sebagai penyambung waris dia. Tapi, Allah berkehendak lain dan sayang tengok sekarang..ada sayang pun, business papa tetap maju dan semakin maju. Siapa sangka, anak perempuan papa ni yang dah banyak sangat bantu papa dan siapa aje tak kenal hotel papa sekarang. Sayang pun orang kenal tauu.." jelas Syakir sambil memujuk.

Naura melepaskan keluhannya. "Naura tahu semua tu..Naura cuma terkejut sikit..tapi, Naura tak berdendam, abang..cuma Naura ada rasa terkilan sikit. Kenapa sekarang baru papa nak beritahu semuanya.."

"Macam abang cakap..semua yang terjadi bersebab. Mungkin, kalau abang tak kahwin dengan sayang..semua ni tak kan jadi..tapi, cuba sayang bayangkan..kalau sayang jadi kahwin dengan Zahid..dan kawan papa tu tetap akan terus ganggu family sayang. Benda ni akan jadi lagi bahaya tauu..tapi, kita patut cakap terima kasih dekat papa sebab papa buka balik kes ni..dan akhirnya dapat juga tangkap diorang tu.."

"Sorry abang, Naura bukan tak redha..tapi Naura tengah belajar untuk terima semua. Naura sayang papa dengan mama. Naura beruntung sebab masih ada diorang..cuma itulah..kita manusia biasa."

"Sabarlah..abang tahu sayang boleh. Patutlah......" Naura memandang Syakir. "Patutlah apa abanggg???" Soal Naura ingin tahu.

"Patutlah hati sayang ni lembut..sebab mama pun lembut hati terima semua dan abang kagum dengan mama sebab dia mengaku salah dia dan dia terima dengan hati yang terbuka. Sebab itulah papa sayang sangat dekat mama kan? Sabar mama tu akhirnya Allah tentukan papa tu suami mama hanya untuk mama seorang. Hikmah semuanya, Allah dah susun cantik."

Naura diam seketika. Betul apa yang dikata oleh suaminya. Untuk menerima itu bukan satu perkara yang mudah tambah pula isu berpoligami. Dia sendiri tidak sangka mama boleh menyimpan perkara ini lama, akan tetapi Naura belajar sesuatu. Redha dan cuba mengikhlaskan.

"Sayanggggg...."

"Hurmmmm..." Naura sedang berada di ceruk leher suaminya.

"Nak madu tak?" Membulat mata Naura mendengar ayat itu. Dia kemudian menjarakkan dirinya daripada Syakir. Geram.

"Abang jangan tidur dengan Naura!!!!!" Naura terus berpaling membelakangi Syakir.

Syakir ketawa lepas. Terhibur betul dia dapat mengusik Naura. Semenjak mengandung ini, Naura sangat sensitif dan manja. Salah cakap sikit sahaja, memang keluar segala skill memujuk. Nasib juga Naura mudah terpujuk..kalau tidak, faham sahajalah.

Izz Syakir (COMPLETE)Where stories live. Discover now