IS❤️IN 71

3.4K 135 74
                                    

Seminggu kemudian..

"Abangggg..." panggil Naura yang baru sahaja masuk ke bilik kerja suaminya itu. Syakir kerja separuh hari itu kerana dia berasa tidak sihat.

"Hai sayanggg..come, masuk..." arah Syakir. Naura terus sahaja masuk dan duduk di atas riba Syakir.

"Abanggggg..."

"Yeee...sayang nak apa?" Soal Syakir.

"Esok kan nak puasa dah..kita tidur rumah ibu dengan abah nak tak?" Soal Naura.

"Boleh aje sayang..tapi, abang nak siapkan sikit kerja abang..nanti kita pergi rumah ibu dengan abah..abang pun nak beli barang sikit untuk bawa ke rumah sana.."

Naura pamer senyum. "Yeayyyy! Thanks abang.."

"Sama sama sayang.." balas Syakir.

"Tapi kan abang..kita duduk rumah ibu dengan abah seminggu ke..boleh tak?" Tanya Naura sambil matanya redup memandang suaminya.

"Kenapa seminggu?" Soal Syakir pelik.

"Sebabbbbb..." Syakir menanti jawapan isterinya.

"Sebab apa sayang?"

"Naura takut kita terbabas..." balas Naura selamba.

"Ha ha ha.." Syakir ketawa lepas. Bengang sahaja wajah itu apabila ditertawakan suami sendiri.

"Abang jangan gelak sangat ehhhh..abang tu dah la tak boleh.."

"Siapa cakap abang tak boleh? Hurmmm?" Syakir menggomol leher jinjang Naura.

Naura ketawa mengekek menahan kegelian. "Abanggggg..dah laaa..geli tahu tak?" Naura cuba melepaskan dirinya.

"Abang nak bau sayang aje..wangi..abang suka lepas tu tenang aje.." Syakir sebenarnya sedang menahan diri daripada rasa loya. Selepas pulang daripada Bali tempoh hari, kepalanya merasa berat. Tetapi apabila Naura berada di sebelahnya, dia merasakan tenang sahaja.

"Abang okay ke nii?" Soal Naura. Dia perasan sebenarnya dengan perubahan Syakir, tetapi Syakir masih cuba sembunyikan.

"Okayy aje sayang.."

"Abang tipu..Naura tahu abang tak okay..bukan Naura tak nampak.."

"Hermmm..abang peninglah sayang..sejak balik daripada Bali tu lagi..tapi, abang tahan aje..tapi, itulah..kalau bau sayang..abang rasa lega banyak.." Naura mengerutkan dahinya. 'Macam dia aje yang gantikan alahan mengandung aku ni..' bisik hati Naura.

Naura mula merasa suhu badan suaminya. 'Tak demam..' gumamnya perlahan. "Abang loya tak?" Soal Naura.

"Semalam dekat office, abang muntah.." Naura terkejut.

"Kenapa tak beritahu Naura?"

"Tapi, bila abang balik rumah..dapat peluk sayang..abang lega.." Naura diam seketika.

"Kesiannya abang..Naura rasa abang yang ganti Naura ni.."

"Maksud sayang?"

Izz Syakir (COMPLETE)Where stories live. Discover now