IS❤️IN 31

4.4K 156 115
                                    

"Hurmmm..papa nak cakap sikit.."

"Urgent?" Soal Naura.

"Betul sayang...."

"Papa buat Naura seram tau..."

Papa ketawa kecil.. "Papa rasa........." Naura terdiam. Sampai hati papa...getus hatinya.

"Apa yang sampai hatinya?" Soal papa.

"Iyalahhh...tak sabar lah tu nak lepaskan Naura.." Naura buat buat sedih.

"Jangan nak drama sangat Izra Naura.." sampuk mama. Mama mendengar perbualan dua beranak itu kerana papa loud speaker.

Naura menayang sengih mengadanya. Tapi, bukan papa dengan mama nampak pun.

"Nak ke tak nak ni?" Soal papa lagi.

"Ermmm..mana Naura tahu..kenalah tanya Syakir.." balas Naura.

"Syakir yang suruh tanya kamu.." membulat mata Naura. Maknanya? Syakir punya idealah ni? Eeeee! Kenapa gelojoh sangat dia nii...getus hati Naura.

"Cepat Naura...lagi cepat lagi bagus..senang papa dengan mama nak uruskan semua.."

"Naura....." panggil mama.

"Cepat sayangggggg mama...banyak mama nak kena buat ni..."

"Nak nak!!!!!" Naura menutup mukanya dengan bantal. Ahhhh! Malu!

"Dari tadi cakap kan senang...Naura Naura..." perli mama.

"Naura malu lah mama.."

"Mula aje malu..nantiiiiii.." papa menjeling mama.

"Jangan ditakutkan anak tu mama..demam nanti.." balas papa. Mama ketawa kecil. Seronok pula mengusik anak sorang ini. Tidak percaya mereka bahawa Naura akan menamatkan zaman bujangnya. Alhamdulillah, Naura dapat keluarga mertua yang baik. Lega hati mereka.

Dalam perbualan dengan Naura itu, mama dan papa meminta mereka berdua pulang untuk uruskan pekara yang penting. Naura faham dengan itu dan macam mana sekalipun, Syakir perlu uruskan beberapa perkara dahulu di sini dan barulah mereka berdua akan balik ke semenanjung.

Keesokannya, Syakir menelefon Naura bagi membincangkan perkara pernikahan mereka.

"Assalammualaikum.."

"Waalaikumsalam.." balas Naura.

"Baru bangun ke?" Soal Syakir.

"Haah..kan cuti hari ni..seronok betul bangun lambat."

"Nanti dah kahwin, lagi lambat bangun.." Syakir ketawa nakal. Naura mengetap bibirnya. Eeee! Geramnyaaa!!!

"Kenapa tak beritahu I je apa yang you cakap dekat papa?" Naura tertanya.

"He he he...saja aje..barulah surprise!" Kata Syakir masih dengan tawanya.

"Tak main main tau Syakir. Banyak kita kena buat." Balas Naura.

"Aku dah ready semua, Naura. Sekarang tinggal part kau aje..so, aku balik semenanjung untuk teman kau settle semuanya." Katas Syakir lagi.

Izz Syakir (COMPLETE)Where stories live. Discover now