IS❤️IN 73

3K 152 49
                                    

Seminggu sebelum Hari Raya..

Pagi itu, Naura terjaga dan dia melihat jam pukul 2.30 pagi. Naura bangun dan bersandar di headboard katil. Naura melihat Syakir yang sedang lena dalam tidurnya dan tumpah rasa kasihan kepada suaminya. 'Mesti abang penat sangat..' getus hatinya. Selepas membuang air kecil pagi tadi, Naura terlihat tompokan darah tetapi tidaklah banyak. Dia tidak memberitahu kepada Syakir kerana bimbang Syakir akan risau yang melampau. Bagi Naura, selagi tidak memudaratkan dia masih boleh uruskan dirinya.

Naura menarik nafas dan dihembus perlahan. Dia memegang perutnya. Naura cuba bertenang. Dia memejamkan matanya seketika. Hatinya tidak sedap. Apabila teringatkan tompokan darah yang keluar pagi tadi, sebenarnya hatinya tidak sedap. Sehingga ke malam itu, Naura hanya berdiam sahaja dan tidak memaklumkan kepada Syakir. Dia tahu Syakir semakin sibuk tambahan pula, hari raya hampir tiba. Syakir pasti busy yang teramat sangat. Naura kemudian bangun perlahan lahan dan dia menuju ke bilik air kerana ingin membuang air kecil.

Sekali lagi Naura melihat tompokan itu dan kali ini lebih banyak. Naura mula risau dan tiada pilihan lain, dia perlu mengejutkan suaminya Syakir.

"Abanggggg.." panggil Naura perlahan. Syakir masih diam.

"Abangggggg.." Naura mencuba lagi. Syakir masih dalam lenanya.

"Abanggggg..." Naura menepuk kuat sedikit lengan suaminya supaya Syakir merasakan sentuhan itu. Syakir membuka matanya perlahan. Dia melihat Naura sedang duduk di tepi katil itu. Syakir segera bangun dan memandang ke arah Naura.

"Sayang kenapa ni?" Air mata Naura bergenang.

"Abanggggg..."

"Kenapa sayang? Kenapa ni? Cakap dengan abang..sakit dekat mana mana ke?" Syakir mula panik. Tambah pula, melihat air mata Naura mengalir.

"Ada darah keluar..." jawab Naura perlahan.

Syakir menelan liurnya. Tanpa membuang masa, Syakir terus sahaja bangun dan bersiap. Dia mengambil barangan penting Naura dan dia terus menyiapkan Naura. Beberapa minit kemudian, Syakir mencempung Naura sehingga ke kereta dan dia meluncur laju menuju ke hospital. Naura tidak banyak bercakap kerana dia sangat risau. Syakir juga tidak banyak bertanya. Masing masing cuba menyembunyikan rasa tidak senang di hati.

Jarak rumah dengan hospital tidaklah jauh. Perjalanan dalam 15 minit sahaja dan disebabkan waktu di tengah malam..Syakir semakin memecut laju.

Naura terus dibawa ke emergency dan baru sahaja Syakir melabuhkan duduknya, Izzah datang menemui abangnya itu.

"Kenapa along? Terkejut aku dapat call tadi.."

"Kau memang kerja ke?"

"On call malam ni.."

"Doktor Izzah.." panggil seorang nurse di situ. Izzah terus menoleh.

"Patient doktor tengah tunggu.." Izzah mengangguk faham.

"Tolong tengokkan Naura dik..aku risau.." pinta Syakir.

"In shaa Allah tak ada apa..jangan panik sangat.." kata Izzah dengan tenang. Syakir senyum tawar. Dia duduk semula di kerusi itu sambil menunggu.

Satu jam kemudian..

"Alonggg.." panggil Izzah. Syakir sedang bersandar di kerusi dengan mata yang terpejam.
Izzah melabuhkan duduk di sebelah abangnya.

"Macam mana Naura?" Syakir cuba bertenang.

"Alhamdulillah..dia okay aje..tompokan darah tu tak banyak sangat..sorry, kalau aku tanya.."

Izz Syakir (COMPLETE)Where stories live. Discover now