IS❤️IN 67

3.1K 140 72
                                    

"Apa masalah kau buat Nuh macam tu?" Soal Syakir tegas.

"Errrrrrrr..." balas Izzah gagap.

"Kau dah kenapa Izzah? Orang tu sanggup datang sini sebab nak tengok kau.."

Izzah menarik nafasnya dan dihembus perlahan. "Kau tak tahu along, jangan nak tuduh aku.."

"Aku tanya kau tak nak jawab..tak cukup baik ke Nuh tu Izzah?" Naura yang berada di sebelah Syakir cuba menenangkan suaminya itu.

"Aku ada sebab aku sendiri along.." Naura memandang Izzah dan dia memberikan isyarat mata ke arah Izzah untuk masuk dahulu ke dalam rumah. Izzah memahami isyarat itu.

"Aku tanya kau ni Izzah.." tegas suara itu. Izzah membiarkan sahaja pertanyaan Syakir. "Aku masuk dulu along.." Izzah terus berlalu masuk.
Syakir memandang tajam ke arah adiknya. Dia menahan sabar sebenarnya.

"Abanggggg..." panggil Naura lembut. Syakir memandang Naura dan senyum sekilas.

"Sorry sayang..." Naura menggenggam tangan itu.

"Janganlah marah. Izzah mesti ada sebab sendiri. Tunggu dia tenang dulu, mesti dia cerita. Dia dengan abang kan tak ada rahsia. Sabarlah.." kata Naura cuba memujuk.

"Hurmm..abang sebenarnya bukanlah marah..tapi, kesian juga dekat Nuh. Abang tak rasa Nuh buat hal..tapi, iyalah macam sayang kata..mesti ada sebab sendiri.."

"Tak apa..bagi Izzah masa. Naura rasa salah faham sikit aje tu..biasalah abang..kita pun macam tu juga dulu..dah kahwin pun macam tu juga kan?" Saja Naura mengusik. Dia tidak mahu Syakir dalam keadaan mood yang tidak baik.

"Sayang perli abang ehh?" Syakir mencuit hidung isterinya manja.

"Alaa..kenapa abang terasa?" Naura ketawa kecil.

"Jangan buat abang overtime eh malam ni..penat tadi pun tak hilang lagi.." Syakir senyum nakal.

"Ingat tak tahu penat..." balas Naura selamba.

"Sayanggggg...kenapa kuat mengusik ni?" Naura tayang sengihnya.

"Abang janganlah marah tau. Nanti Naura cuba tanya Izzah.." Syakir hanya mengangguk senyum.

"Jom masuk.." ajak Syakir sambil dia menarik tangan Naura.

Masuk sahaja ke rumah, bermacam soalan ditanya oleh kedua ibu bapa mereka. Tengok sahaja paper bag penuh kiri dan kanan, patutlah malam baru pulang. Shopping sakan! Betul ke? He he.

"Banyaknya shopping anak mama.."

"Habiskan duit suami mama...." Balas Naura sambil menjeling ke arah Syakir. Tertawa mereka mendengar ayat itu. Papa dan mama sangat tahu dengan perangai anaknya. Bukan jenis membazir tetapi barang barangnya pula bukan juga murah.

"Habiskan aje...siapa lagi nak habiskan, kalau bukan kita kan?" Kata ibu pula.

"Izzah mana ibu?" Soal Syakir sengaja ingin tahu.

"Dah naik..tadi kata jumpa kawan..lepas tu kata nak naik..kenapa entah tu.." balas ibu. Syakir mengangguk faham.

"Pergilah naik..rehat..penat seharian shopping kan?" tambah mama lagi.

"Errrrr..haah mama..penat sangat shopping.." balas Syakir tetapi matanya ke arah Naura. Naura sembunyi senyum. Fahamlah dia maksud Syakir itu.

"Kitorang naik dulu yaa.." kata Syakir lagi. Semua yang berada di ruang tamu itu mengangguk tanda faham.

Sampai sahaja di bilik, Syakir membantu Naura mengemas barang yang dibelinya. Cromboloni? Naura meletakkan di atas meja makan ketika di bawah tadi. Syakir tahu ada tudung yang dikirim Izzah dan apabila Naura melihat Syakir..Syakir seolah faham apa yang sedang bermain dalam fikiran Naura.

Izz Syakir (COMPLETE)Where stories live. Discover now