IS❤️IN 25

3.6K 153 97
                                    

"You KEJAM!" Naura terus bangun dan masuk ke dalam bilik untuk membersihkan mukanya. Ditinggalkan Syakir di dapur. Pandailah Syakir buat semuanya. Mood Naura hilang dek perangai Syakir yang tidak habis menyuruhnya memutuskan pertunangan itu.

Petang itu, Naura balik juga ke rumahnya. Syakir ingin menghantarnya pulang dan belum sempat, Nuh sudah sampai di hadapan rumah Syakir.

"Assalammualaikum.." Nuh memberi salam.

"Waalaikumsalam.." balas Syakir. Syakir menghulur tangan dan bersalam dengan Nuh.

"Aku datang nak ambil Naura. Sorry datang mengejut, aku minta Naura share location tadi." Syakir pamer senyum.

"Ibu..abah..Naura balik dulu..tunang Naura dah sampai.." Naura bersalaman dengan ibu.

"Elok elok Naura. Jom ibu dengan abah hantarkan sampai kereta." Mereka berjalan sehinggalah ke kereta.

"Ini tunang Naura ya?" Soal abah.

"Betul uncle.." balas Nuh ramah sambil bersalam dengan abah.

"Alhamdulillah..jaga Naura elok elok ya..jangan lupa jemput kami kahwin nanti.." Nuh tersenyum dan mengangguk. Syakir panas hati tambah lagi apabila abah berkata begitu.

"In shaa Allah Uncle. Saya mesti jemput." Balas Nuh.

"Naura gerak dulu yaa ibu, abah.." pinta Naura. Mereka menghantar Naura dengan pandangan. Syakir pula terus masuk ke rumah.

"Nampaknya ada yang panas ye abang..." kata ibu pada abah.

"Lambat sangat..orang pun naik menyampah." Balas abah selamba.

Tidak lama kemudian, Syakir meminta izin ibu dan abah untuk keluar. Dia tidak memberitahu ke mana hala tujunya. Tapi mereka tidaklah risau. Faham sahajalah anak lelaki seorang itu urusannya banyak.

"Alhamdulillah, settle semua En Syakir. Bertuah orang ni beli dengan En Syakir."

"Saya jarang duduk sini. Baik jual aje..dan saya ingat nak cari rumah baru."

"Saya faham..anything, boleh contact saya..banyak property lain yang ada dekat sini."

"In shaa Allah.." balas Syakir.

Syakir tadi mendapat panggilan daripada ejen yang telah diminta untuk menjual rumahnya. Alhamdulillah, rumahnya itu sudah terjual. Niat Syakir adalah ingin membeli rumah yang baru dan mulakan hidup yang baru. Dengan siapa?

Sepanjang perjalanan, Naura hanya diam. Tidak banyak bercakap dengan Nuh. Nuh perasan sejak awal tadi. Entah apa yang difikirkan Naura dia tidak pasti. Tapi, Naura yang memintanya suruh mengambil di rumah Syakir. Dia tidak mahu Syakir menghantarnya pulang kerana terlalu geram dengan apa yang Syakir katakan sewaktu mereka di dapur tadi.

"You okay Naura?" Tanya Nuh. Naura senyum pahit.

"Okay..." balasnya sekilas.

"Macam tak aje?" Duga Nuh.

"I dah tak larat Nuh. I penat dia main tarik tali macam ni.." Naura melepaskan keluhan.

Izz Syakir (COMPLETE)Where stories live. Discover now