IS❤️IN 24

3.4K 163 112
                                    

"Izzz Syakirrrrrrrrrr...lamanya ambil pisauu" jerit abah dari luar rumah. Naura dan Syakir terus tersedar dan masing masing kembali membuat kerja.

Hari itu seharian Naura berada di rumah Syakir. Dia hanya ikut gerak hati kerana dia juga rindukan ibu dan abah. Mungkin sudah terbiasa dengan keluarga Syakir, sebab itu dia rasa rindu seperti ibu bapa kandungnya.

Naura menawarkan diri untuk membantu Syakir masak makan tengahari bersamanya. Naura membantu untuk memotong bahan untuk menggoreng sayur dan Syakir pula membuat Gulai Tempoyak Ikan Patin. Terasa lama tidak pergi ke Pahang. Dulu masa zaman muda remaja, rajin juga..sekarang ini kalau teringin, kena masak sendiri..tambah pula duduk di luar semenanjung.

"Syakir..."

"Kenapa?" Soal Syakir.

"Tudung I jatuh..boleh you ikat ke belakang tak?" Pinta Naura. Syakir hanya menurut.

"Thanks.." balas Naura. Syakira pamer senyum dan Naura terus menyambung kerjanya. Ibu dan abah hanya menunggu di ruang tamu.

Habis sahaja Naura mengemas dapur, dia masih menanti Syakir yang sedang rancak memasak itu. Diperhati gerak geri Syakir yang ligat itu. Haihh! Seksilah kalau laki pandai masak ni..gumamnya. Lama dia termenung sehingga Syakir tersedar dia diperhatikan seseorang.

"Kau terliur tengok aku ke?" Naura terdiam. "Mana ada.." balas Naura.

"Betul?" Syakir mendekat dan mengepung ke arah Naura. Jarak itu semakin dekat dan mata Naura tepat memandang Syakir. Syakir membisikkan sesuatu kepada Naura.

"Kahwin dengan aku..setiap masa boleh tengok aku.." Syakir mengenyitkan matanya.
Naura sudah memerah muka. Dia menunduk tapi keadaan masih lagi begitu.

"Pandang aku.." Naura menggeleng.

"Kenapa tak nak pandang aku?" Duga Syakir. Diam. Naura tidak mahu bercakap. Dia malu lagi dengan keadaan seperti itu. Syakir mendongakkan Naura supaya memandangnya. Naura mengalihkan mata supaya tidak bertentang.

"Pandang aku, kalau tak....." Naura terus fokus memandang Syakir.

"You....you nak apa?" Soal Naura.

"Jujur dengan aku...." Naura mengerutkan dahi.

"Jujur apaaaaa?" Balas Naura.

"Betul ke kau dah bertunang?" Syakir masih tidak percaya. Laju Naura mengangguk. Dia masih tidak mahu untuk beritahu hal sebenar. Dia hendak tengok sampai bila Syakir mahu menyimpan rahsianya. Belum sampai masanya Syakir tahu rancangannya.

"Buktikan....." kata Syakir.

"You nak bukti apa? Kenapa you tak call papa dengan mama? Tanya diorang sendiri..diorang saksi.." balas Naura. Syakir jeda. Dia lupa tentang hal itu.

"Kenapa you tak percaya?" Soal Naura berani.

"Sebab kau datang sini.."

"I datang sebab rindukan ibu dengan abah. Mungkin ini kali terakhir..lepas I sah jadi milik Nuh, hubungan kita dah lain. I kena hormat dia sebagai suami. Lagipun, ibu dengan abah banyak tolong I..diorang anggap I macam anak sendiri. Anggaplah I tengah balas budi diorang yang pernah jaga I sakit hari tu.." jelas Naura.

Izz Syakir (COMPLETE)Where stories live. Discover now