IS❤️IN 13

3.1K 149 71
                                    

Selepas makan, Syakir menghantar Naura pulang dan tanpa sedar Naura tertidur. Syakir sempat memerhatikan Naura dalam diam. Bila teringat kejadian tadi, dia tidak sangka Naura sanggup datang memujuknya. Dia bukanlah merajuk tetapi dia agak cemburu bila Naura rapat dengan mana mana lelaki. Sedangkan Naura bukan hak dia untuk dia merasa lebih akan perasaan itu. Tapi, hatinya tetap belot.

"Nauraaaaaaa.." kejut Syakir lembut. Naura membuka matanya. Aduh! Macam mana boleh terlena ni..gumamnya.

"Sorry Syakir..dah sampai eh?" Naura melihat sekeliling. Ohh, dah rupanya..getusnya dalam hati.

"Alaaaaaa....kejap lah.." Syakir pelik. Dah kenapa Naura ni? Gumamnya. Naura menguatkan volume radio Syakir. Sebab dia sudah terbiasa, apa hendak dikisahkan. Lagu favourite Naura iaitu Masing masing daripada Ernie Zakri berkumandang di radio. Tanpa sedar, bergenang air matanya. Sakit rupanya jatuh sayang pada orang yang kita tak sangka. Secepat ini aku cari pengganti? Bisik Naura dalam hati. Dia tidak minta semua ini, tapi perasaan ini hadir dengan sendiri. Mungkin layanan Syakir terlalu baik untuknya. Tapi, dengan Zahid langsung dia tidak merasa begini walaupun awalnya Zahid begitu baik.

Aku tak kau anggap ada cerita
Aku tak kau anggap ada derita
Tapi kamu berlaku bagai pemilik ragaku
Tapi aku..letih juga..
Lebih baik kita masing masing..

Naura bernyanyi kecil. Syakir mendengar bait bait lirik itu. Mereka melayan perasaan sendiri tanpa sedar. Habis sahaja lagu, Naura terus meminta izin untuk masuk ke rumah. Baru sahaja Naura ingin buka pintu, Syakir bertanya sesuatu..

"Kenapa suka lagu tadi?" Soal Syakir.

Naura senyum. "Sangat bermakna untuk I.." pendek sahaja jawab Naura. Syakir mengangkat keningnya..

"Cinta tak semestinya memiliki..dan perasaan tu akan lagi worst bila kita dilayan baik tapi sebenarnya dia tak memaknakan apa apa. Lama lama penat lepas tu baik teruskan kehidupan macam biasa.." balas Naura. Syakir memandang tepat ke arah Naura. Entah kenapa, dia rasa Naura seperti bercakap tentang dirinya.

"I masuk rumah dulu..thanks tau belanja makan dengan hantar I..ada masa, kita jumpa lagi.." Syakir pamer senyum.

'Bagi aku sikit masa lagi, Naura...aku akan cerita semua dekat kau..aku minta kau jangan give up..sebab hati aku pun tak mampu nak menipu..' getusnya dalam hati. Syakir meraup mukanya. Dia tahu segala maksud Naura. Tapi, macam ibu cakap. Naura bijak menyimpan segala rasa. Syakir kemudian meneruskan perjalanan sambil memikirkan semuanya. Sampai masa? Dia tidak tahu. Perkara ini sangat buat dia rasa runsing.

Keesokannya Naura pergi kerja seperti biasa. Hari itu dia teringin pakai baju kebaya moden miliknya. Selalu pakai seluar sahaja, nak tukar angin pula..gumamnya. Mulai hari ini, Naura bertekad untuk jauhkan perasaannya pada Syakir. Dia akan tepis semuanya kerana masih terlalu awal untuk dia pergi jauh. 'You can do it, Naura!' Ngomelnya sendiri.

Sampai sahaja di office, ramai memuji kecantikan Naura. Ayu sungguh. Rupa janganlah cakap. Semua elok terletak pada Izra Naura. Mata lelaki mana tidak memandangnya. Mungkin disebabkan dia bekerjaya dan anak somebody, orang takut mendekatinya tetapi tidak pada Izz Syakir. Betul ke?

"Amboi..bukan main cantik kau hari ni.." tegur Hazriq yang berada di pintu bilik Naura. Naura panggung kepala ke arah Hazriq.

"Kau...macamlah tak biasa tengok aku pakai macam ni masa dekat universiti dulu.." kata Naura.

Izz Syakir (COMPLETE)Where stories live. Discover now