Terlalu lembut dengan orang lain
Sehingga diri disakiti ~~"Assalammualaikum Hayfa." Mak Timah memberi salam dan salamnya di jawab dari dalam.
"Waalaikumussalam Mak Timah. Jemputlah masuk."
Hayfa menyalam tangan tua itu dan menarik perlahan untuk masuk ke rumahnya yang berkonsepkan separa moden separa tradisional. Rumah peninggalan arwah kedua orang tuanya.
"Mari duduk Mak Timah. Ada apa Mak Timah datang ni?"
"Mak Timah datang sini nak minta kamu tolong jahit baju Mak Timah. Mak Timah nak pakai untuk pergi marhaban nanti."
Hayfa tersenyum kecil. Dia tahu wanita tua di hadapannya ini memang salah satu ahli marhaban.
"Ouh. Tak ada masalahlah. Saya boleh tolong jahitkan."Hayfa mengusap tangan tua itu. Dia sudah mengangggap wanita ini sebagai ibunya. Sejak kedua-dua orang tuanya meninggal,wanita ini yang banyak mengambil berat akan dirinya walaupun orang kampung mencaci makinya.
"Kamu sihat nak. Mak Timah tengok kami makin kurus dan tak bermaya. Tak seperti sebelum ni. Kamu ada masalah ke?"
Hatinya tuanya berasa sesuatu melihat wajah pucat lesi itu. Dia tahu apa yang berlaku dekat gadis ini. Jadi,dia harap sangat gadis ini dapat menjadikan dirinya sebagai tempat meluahkan rasa hati.
Namun dia tahu gadis ini tidak berbuat sebegitu malah dia lebih suka memendam apa yang dirasainya.
"Tak ada apalah Mak Timah. In syaa Allah semuanya baik-baik ja. Mak Timah tak payahlah risau. Saya kuat orangnya."
Tergelak kecil Hayfa menuturkan kata-kata itu. Biarlah pelbagai rasa disimpan olehnya sahaja. Dia tak nak menjadi bebanan untuk orang lain. Masalah dia biarlah dirinya sahaja yang menanggung.
Sesungguhnya Allah bersama dia. In syaa Allah.
"Baiklah nak. Kalau kamu dah cakap macam tu apalah Mak Timah boleh buat. Ha. Ni kamu nak buat baju kamu tahu ke ukuran badan Mak Timah ni. Badan Mak Timah ni tak macam badan kamu. Kecil. Mahunya dibuat sama saiz kamu habislah Mak Timah jadi sarung nangka."
Mendengarkan gurauan itu terhibur dirinya. Ketawa mereka berdua di dalM rumah itu.Wanita ini jika berbual dengannya tidak pernah nak serius ada saja yang nak dibuat gurau.
"Yelah. Sekejap ya saya nak ambil pengukur."
"Ha yelah."
Baru sahaja punggungnya diangkat, siara pekikkan daripada luar rumah bergema kuat.
Hayfa melihat Mak Timah. Mak Timah melihat dirinya.
"Hey perempuan!! Kau keluar sekarang!!"
"Eh? Tu bukan suara orang tua tak sedar diri kan. Apa pula dia nak cari pasal? Dah tua-tua pun nak gaduh lagi." Mak Timah menggelengkan kepala akan sikap jiran sebelah rumahnya itu. Tak habis-habis nak tabur fitnah.
"Tak apa Mak Timah. Biar saya tengok."
"Tapi.."
"Tak apa. Saya boleh."tegahan wanita itu dibalas lembut. Dia sudah biasa dengan cemuhan. Dka sudah lali walaupun hatinya pedih dan tergores.
Dengan lafaz bismillah Hayfa membuka melangkah keluar dari pintu rumahnya selepas tudung sauk disarungkan ke kepala.
Matanya memerhati penuh kehairanan melihat orang kampung berkumpul di perkarangan rumahnya termasuk ketua kampung.
"Ada apa Makcik Kinah panggil saya? Saya ada buat salah apa?" tanya Hayfa lembut. Hatinya berasa sangat takut dan firasatnya mengatakan ada sesuatu yang buruk dengan kedatangan ini.
YOU ARE READING
Cinta Yang Ku Harapkan (C)✅
Non-FictionAjal. Maut. Jodoh. Pertemuan. Itu adalah takdir dari sang pencipta-Nya. Begitu jugalah pertemuan di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan dalam keadaan yang menyayatkan hati. Namun,mereka disatukan atas permintaan seorang abang yang sangat...