BAB:7

457 16 0
                                    


"Aku ajak dia kahwin."terus Ghazi melontarkan kata-kata itu tanpa ada selindung langsung.

"What!!? Are you seriously along?" terjerit Haiza tidak percaya. Sebelum ini sebut tentang kahwin pun tak ingin. Ini tiba-tiba dah kenapa? Kena sampuk jembalang hutan ke abangnya ini.

"Itu yang aku malas nak bercerita tu. Dahlah aku nak masuk."Ghazi sudah malas mau meneruskan lagi apabila wajah tidak percaya ditayangkan oleh adiknya. Tahulah terkejut tak payahlah over sangat. Dia pula yang naik menyampah.

"Ish along ni. Baik. Untuk kali ini Iza dengar. Tadi tu cuma terkejut je. Sambung along. Sambung."

"Aku ajak dia kahwin sebab aku nak tunaikan janji dan tanggungjawab aku dekat dia. Aku taknak jadi seorang munafik. Pandai berjanji tetapi memungkiri. Aku dah fikir masak-masak yang perempuan tu perlu kahwin juga dengan aku." beritahu Ghazi untuk berkongsi cerita dengan adiknya si mulut banyak ini. Terlepas satu bebanan yang dia rasakan apabila hasrat itu sudah terluah kepada si adik yang setia menjadi pendengar untuknya. Lagipun betullah dia tidak mahu menjadi seorang yang munafik. Allah laknat orang yang munafik dan dia taknak jadi sebahagian daripada itu. Dia tak sanggup.

"Along cakap macam mana dengan dia? Along jangan cakap yang along terus straight to the point dengan dia."tebak Haiza. Jika abangnya sudah berkata sebegitu dia sudah dapat mengagak perkara itu.

"Memang itu sikap aku pun kan."

Kata-kata seperti tiada perasaan itu sudah membuatkan dirinya terlopong tak terkata buat seketika.

"Ish along ni tak sweet langsung. Cubalah slowtalk dengan dia. Cari masa yang sesuai nak bercakap pun. Ini waktu emosi dia macam tu pun along masih nak bercakap soal tu. Apalah along ni. Mahu tak terkejut dia. Bukan setakat dia Iza pun akan jadi macam tu juga."

Sabar jelah Haiza dengan sikap abangnya yang seperti ini. Apa boleh buat redha jelah. Boleh nak straight to the point pun mesti ada cara dan keadaan yang bersesuaian. Mengeluh lemah dia ketika itu.

"Tapi along ada kau. Kau dah janji nak tolong along tadi kan. So, apa yang along nak risaukan."abangnya sudah mengeluarkan modal sebegitu dia perlu angkat kaki pergi daripada situ. Tersenyum sinis Ghazi. Menyesal pula dirinya berkata macam tu.

"Dahlah along. Iza nak masuk dalam. Ingat malam ni mesti ada dekat rumah. Dengar kata si tetamu itu adalah perempuan kesayangan mama. Tapi entahlah siapa. Mungkin bakal jadi jodoh along."

Haiza terus melangkah masuk ke dalam rumah meninggalkan abangnya. Sengaja hendak memberi abangnya berfikir dengan baik dan buat keputusan dengan bijaksana. Mampu membezakan yang mana kaca dan permata.

Tiba-tiba secara tak sengaja Ghazi teringatkan perempuan tersebut. Perempuan yang pernah mengambil tempat di hatinya suatu ketika dahulu sebelum perempuan itu menyambung pelajaran ke luar negara. Janganlah perempuan itu. Dia berharap apa yang ada difikirannya adalah sebaliknya. Dia taknak dengan kemunculan itu hatinya menjadi berbelah bahagi untuk memilih semula.




"Along!!"

"Along!!"

Suara adik perempuan bongsunya kedengaran berserta ketukan di muka pintu. Dia ialah Nur Haura Al-Syakinah. Adik bongsu yang paling manja dan suka habiskan duitnya setelah pulang ke sini. Yelah dia saja yang lelaki. Dia pula jenis yang menurut sahaja apa yang adik dia mahukan. Padahal adiknya ini juga sudah bekerja sambilan dengan papa mereka sementara menunggu panggilan untuk menjadi seorang guru. Iyalah masing-masing ada cita-cita sendiri. Tan Sri Ghazar dan Puan Sri Hanum tidak pula menghalang. Bagi mereka biarlah anak-anak mereka memilih kerjaya sendiri tetapi mereka bertiga tidak lepas daripada menguruskan urusan perniagaan papa mereka.

Cinta Yang Ku Harapkan (C)✅Where stories live. Discover now