BAB:60

443 13 0
                                    


Jika ini yang terbaik buat diriku dan kau,

Aku relakan hati yang terluka ini untuk pergi.


GHAZI sedari tadi menunggu isterinya itu sedar semula. Daripada pagi sampailah ke zohor selepas itu tidur semula sehinggalah selepas asar. Dan kini barulah isterinya terjaga apabila terdapat kerutan pada dahi tersebut.Ghazi setia menanti mata itu terbuka. Dia tak sabar ingin bercakap dengan isterinya. Didekatkan lagi jarak mereka.

"Sayang."

Hayfa mengurut lembut kepalanya yang masih bersisa pening itu.

"Sayang sakit kepala ke. Mari sini aku picitkan."

Dia hanya membiarkan sahaja jemari kasar itu memicit-micit kepalanya. Dia tiada masa untuk bergaduh. Biarlah dia nikmati dulu layanan itu sebelum dia mengundurkan diri.

"Awak. Saya nak air." pinta Hyafa dalam keadaan suara nak keluar tak keluar.

"Sayang nak air. Sekejap ya aku turun ambil."

Dia hanya memerhati suaminya bergerak keluar daripada bilik itu. Tidak lama itu suaminya muncul semula bersama gelas yang berisi dengan air masak itu. Hayfa perlahan-lahan bergerak untuk menyandar. Badannya terasa lenguh. Mungkin akibat daripada baring yang terlalu lama.

"Mari sini aku tolong." Dia memegang antara ketiak isterinya dan dengan mudah mengangkat tubuh itu. Pergerakan itu memudahkan Hayfa menyandar dengan cepat. Gelas itu dihalakan ke mulut isterinya setelah melihat keselesaan sang isteri. Mendesis Hayfa sedikit apabila tepi bibirnya terkena air.

"Ya Allah sayang. Slow-slow." tegur Ghazi. Tangannya naik menyapu air yang tersisa di mulut isterinya. Air lebihannya terus diminum. 

Hayfa melihat tanpa niat hendak menghalang. Biarlah suaminya buat apapun. Sebab dia rasa ini akan menjadi layanan terakhir suaminya kepadanya. Dan dia sendiri tidak tahu bila pula layanan itu akan didapati olehnya atau mungkin tidak dapat langsung.

Lama suasana kembali sunyi. Tiada langsung suara kedengaran. Ghazi pula seperti kehilangan suara dan kosa kata melihat sikap bisu isterinya. Hayfa menggerakkan tubuhnya untuk turun daripada katil. 

Dia hendak membersihkan diri kerana azan sudah mula berkumandang di telefonnya menandakan waktu manghrib sudah masuk walaupun dirinya tidak boleh solat kerana masih dalam fasa berpantang.

"Sayang nak pergi mana?"

"Bilik air." jawab Hayfa ringkas. Kakinya sudah terjuntai di tepi katil itu.

"Mari aku bawa kau."Ghazi berdiri dan bersiap sedia ingin mengangkat tubuh kecil itu.

"Tak apa. Saya boleh pergi sendiri. Saya taknak susahkan orang lain lagi."

"Sayang. Aku buka orang lain. Aku suami kau. Kau sikit pun tak susahkan aku." Perkataan 'orang lain'amat menyakitkan hati lelakinya. Dirinya bukan orang luar pada wanita ini. Dia berstatus suami kepada wanita ini. Suami kepada Nur Hayfa Zinnirah.

"Awak ni dah kenapa? Saya cakap saya boleh pergi sendiri. Awak tak faham ke?"suara itu tidak tinggi antonasinya namun mampu membuatkan Ghazi terasa hati. Isterinya berkata tidak selembut dulu lagi.

"Sayang.."

"Saya boleh Quds. Saya boleh berdikari sendiri. Sebelum ni pun sakit yang saya rasa saya tahan dan mampu lagi tersenyum depan awak tanpa awak tahu. So,sekarang tak ada masalah. Saya boleh uruskan diri saya sendiri." Hayfa yang terasa ngilu setelah kakinya yang tidak dipakai stoking itu mencecah lantai. Terduduk dirinya semula di atas katil itu.

Cinta Yang Ku Harapkan (C)✅Where stories live. Discover now