ISTERINYA yang sedang kebosanan di hadapannya itu dilihat bersahaja. Hanya meja yang memisahkan mereka. Dia sedang membuat kerja itu sudah merasa terganggu. Perhatiannya juga sudah beralih daripada mengadap komputer terus ke wajah itu.
Mahu taknya lebih dua jam wanita itu menunggunya tanpa tahu hendak berbuat apa. Isterinya pula bukan jenis yang suka bermain telefon. Dia lebih gemar melakukan kerja-kerja rumah sahaja.
Dilihat kepala itu sekejap meletak sekejap mengangkat di atas meja kerjanya.Akibat tindakan yang tidak duduk diamnya menyebabkan sebatang pen di sebelahnya itu terjatuh. Hayfa menunduk seketika untuk mencari keberadaan pen tersebut. Selepas menjumpai,Hayfa terus berlutut untuk mengambil pen tersebut.
Ghazi yang memerhati berasa risau jika isterinya..
BUK!!
"Ya Allah."
Ghazi terus bangun dari duduknya dan bergegas mendapatkan isterinya. Dia juga turut berlutut untuk melihat keadaan wanita itu.
"Ya Allah sayang." tangan naik mengusap pada bahagian yang diusap oleh isterinya itu untuk meredakan kesakitan yang dialami.
"Sakit lagi tak?"
"Sakitlah abang." wajah si isteri telah berubah mendung. Boleh tahan kuat juga dia terhantuk tadi. Berair mata itu.
"Itulah sayang. Kenapa duduk tak elok. Kan dah mendapat." dicium lembut bahagian kepala isterinya yang terhantuk itu. Tudung wanita itu diperbetulkan semula kerana senget akibat daripada hasil usapannya.
"Saya bosanlah. Tak tahu nak buat apa." Hayfa turut bangun apabila ditarik oleh suaminya untuk duduk semula di kerusi tersebut.
"Kenapa tak tidur je. Kan aku dah suruh tadi."
"Masalahnya saya tak selesa nak tidur macam tu. Mahu ada orang masuk nanti macam mana. Saya taknaklah orang lain tengok saya tidur. Malu tahu tak. Macam mana kalau baju saya terselak ke. Tudung saya senget ke. Tak pun terangkat ke. Habis aurat yang saya jaga ni.Saya dah...."Kata-kata itu dipotong oleh sebuah ciuman yang mendarat di bibirnya.
Membahang Hayfa jadinya dengan tindakan tak senonoh lelaki itu. Lama ciuman itu bertaut sebelum satu bunyi jatuh kedengaran sekaligus mematikan ciuman tersebut.
"Maaf menganggu. Tuan."rasa getar pula apabila melihat mata itu mencerlung tajam ke arahnya seolah tidak selesa dengan kehadirannya.
"Ada apa kau masuk sini? Keluar." Halau Ghazi tidak berpuas hati setelah gerangan tersebut dilihatnya.
"Saya ada nak cakap sikit dengan awak." kedengaran pelik di telinga Hayfa namun dia tidak pula hendak masuk campur.
"Kalau kau ada nak cakap apa-apa tunggu esok je. Hari ni aku tak free. Lagipun masa kerja sudah tamat." kata Ghazi sambil merenung wajah ayu isterinya tanpa berganjak sedikit pun menoleh kepada perempuan yang berada di dalam biliknya ini. Panas dirinya apabila wajah itu muncul kembali.
"Abang. Dia nak cakap dengan abang tu. Saya tunggu dekat luar."Hayfa ingin bangun daripada duduknya. Tangannya digenggam oleh suaminya.
"Mari sayang. Aku tak ada masa nak bercakap dengan orang lain selepas waktu kerja. Baik aku bercakap dengan kau yang semakin banyak mulut sekarang ni." Sindir Ghazi bersama kata gurauan kepada Hayfa.
"Tuan. Saya ada.." tidak sempat lagi kata perempuan itu dihabiskan namun pantas dipotong oleh Ghazi.
"Time up." terus ditarik tangan isterinya untuk keluar daripada bilik tersebut. Dia tiada masa mahu mendengar kata-kata yang keluar daripada perempuan itu lagi. Hayfa tidak mampu nak berbuat apa-apa jika sikap dingin suaminya sudah keluar.
YOU ARE READING
Cinta Yang Ku Harapkan (C)✅
Não FicçãoAjal. Maut. Jodoh. Pertemuan. Itu adalah takdir dari sang pencipta-Nya. Begitu jugalah pertemuan di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan dalam keadaan yang menyayatkan hati. Namun,mereka disatukan atas permintaan seorang abang yang sangat...