BAB:17

399 15 0
                                    


"Tuan. Lewat kau masuk harini." serbu Aryan setelah merempuh masuk pejabat Ghazi. Di belakangnya juga terdapat yang lain juga turut menerobos masuk.Biasalah busy body.

"Biarlah aku nak masuk lewat pun. Aku dah minta izin daripada Mejar Zulkifli. Dia sendiri benarkan yang kau nak memekak dah kenapa?" balasnya malas. Makanannya cuba dihabiskan secepat mungkin. Dia taknak nanti lelaki di hadapannya merasa air tangan isterinya pula. Dia cemburu.

"Amboi tuan. Tanya sikit pun tak boleh ya. Sejak kahwin makin dingin tuan ya." Aryan mengintaikan kepalanya melihat makanan di dalam bekalan tersebut. Terasa menyelerakan.

"Suka hati akulah."Ghazi masih lagi tidak memanggungkan kepalanya. Apa yang dia perlu buat habiskan sisa makanan yang masih tinggal sebelum lelaki itu memintanya.

"Kau ni Aryan. Dah dia kena tinggal bini dekat rumah sana apalagi mood kelautlah. Itu pun tak faham-faham lagi ke?" Amsyar sengaja mahu menambah bara yang sudah mula hendak meletus itu. Dia tahulah perit bila sudah berkahwin tapi isteri tiada di depan mata. Hilang terus mood hari-harinya.Mencerlung terus mata yang sudah tajam itu menikam wajah Amsyar yang masih beriak biasa.

"Kau berdua setakat nak cari pasal dengan aku baik keluar. Menyemak je kerja."hilang sabar Ghazi jika diasak-asak sebegitu. Nasib baiklah seorang lagi masih berdiam diri kalau tidak memang beranginlah dirinya nanti. Baru sahaja memuji seorang lagi, suara tersebut sudah keluar.

"Relaxlah tuan. Kami cuma nak hilangkan stress tuan ja. Mana nak tahu rindukan bini."

"Kau ni Afiq. Jangan sekali dengan kau aku denda commando rest karang."ugut Ghazi namun itu tidak berjaya memberhentikan mereka apabila Aryan pula mengambil alih.

"Tuan. Bawa bekal ke? Tak pernah-pernah pun saya nampak. Buang tabiat ke tuan ni.Takkan dua kali jumaat lagi." Aryan segera mencapai bekal makanan tersebut tanpa sempat dihalang oleh Ghazi.Ghazi sudah naik berang.

"Weyh. Dah habis. Cepatnya tuan makan." Aryan membelek-belek bekalan tersebut. Tiada sebutir nasi atau makanan pun yang tersisa. Memang betul-betul licin.

"Takkan aku nak tunggu kau bertiga pula. Ini bini aku sediakan dekat aku. Nanti habis korang melahap macam tak makan setahun. Tak nak aku. Jadi biar aku makan dulu." Sinis Ghazi membalas. Dia sanggup tak singgah makan di mana-mana kedai untuk mengalas perutnya selepas keluar daripada rumah tadi. Takkan dia nak melengah lagi sarapannya.Mahu tiga ekor tu masuk habis dilantak. Tak nak dia. Air tangan isterinya hanya untuk dia bukan untuk orang lain terutamanya tiga orang ini.

"Ish tuan ni tak patut tau. Kedekutnya. Tahulah dah khawin pun tak payahlah nak kedekut sangat air tangan isteri tuan. Isteri tuan tu adik kami juga."cebik bibir Aryan. Dengan wajah yang seakan menyampah. Mentang-mentanglah dah kahwin dia masih single. Apa salahnya bagi sikit.

"Betul tu. Apalah tuan ni. Kedekut tahi hidung masin." kata Afiq selamba. Dia beralih mahu pergi. Tunggu lagi dekat situ mesti mendapat habuan punya. Baik dia lari dulu. Baru sahaja hendak melangkah keluar suara itu sudah memecah di dalam ruangan tersebut. Tersengih sumbing dia di buatnya.

"Afiq!! Aryan!! Amsyar!! Ikut aku sekrang!!" bangun Ghazi sambil menyeru nama tiga sekwan itu. Tangan menumbuk meja kerjanya. Sebelum kaki melangkah keluar bekal yang masih di dalam bag kertas itu diambil dan diberikan kepada Haider yang masih berdiri tidak berkata sedari tadi.

"Haider ni bekal kau. Adik kau bagi suruh bagi dekat kau." Haider menyambut huluran tersebut. Alhamdulillah. Adiknya masih lagi ingat kepadanya. Tersenyum lebar Haider sambil mengacah bag tersebut kepada Aryan, Amsyar dan Afiq.

"Nak!!" tangan masing-masing mahu mengambilnya. Namun dijerkah oleh suara itu membantutkan mereka.

"Ikut aku sekarang!!"

Cinta Yang Ku Harapkan (C)✅Where stories live. Discover now