BAB:2

600 19 0
                                    

Biar dicaci dan dihina,
Jangan dibuang nyawa yang tidak bersalah~~



"Kenapa perlu aku marah kau." selamba Ghazi membalas tanpa riak terpancar.

Haider mendiamkan diri buat sementara. Dia tidak tahu hendak mula bercakap bagaimana. Lelaki di sebelahnya ini bukan boleh dibawa main.

"Aku tak marah kau sebab itu hak kau. Tapi,aku siapa pada kau. Aku tahu aku tak cukup baik untuk kau anggap aku ni orang yang paling kau percayai." kata Ghazi masih lagi berlagak tenang.

Kata-kata itu sudah cukup membawa satu makna kekecewaan dalam dirinya terhadap Haider.

Dia sangat kecewa.

"Ak..aku tak bermaksud macam tu Ghaz. Aku.."

Haider cuba untuk menjelaskan perkara yang sebenarnya.

"Tak apa. Aku tak nak tahu pun pasal hidup kau. Aku bukan orang yang penting pada kau."Ghazi masih lagi tidak melihat ke arah sahabatnya. Botol di tangan sudah menjadi mangsa untuk meluahkan apa yang dirasakan kini.

Kemik.

"Ghaz. Aku akan ceritakan semuanya pada kau. Tapi, satu saja yang aku minta jaga adik aku macam kau jaga nyawa kau sendiri apabila terjadi sesuatu dekat aku nanti. Masa hadapan kita tak tahu. Kau sorang saja yang tahu kisah silam adik aku. Janji dekat aku,Ghaz. Kau satu-satunya yang paling aku percaya dan harapkan. Janji Ghaz. Janji dengan aku Ghaz."

Haider berkata sambil mencengkam kuat kedua-dua bahu Ghazi untuk menyalurkan rasa pengharapan yang tinggi terhadap sahabatnya ini.

"Aku janji. Aku janji Haider."Ghazi membalas cengkaman tersebut dengan memegang erat tangan Haider. Mata mereka berlaga antara satu sama lain untuk sebuah kepercayaan yang tinggi terhadap masing-masing.

"Aku pegang kata-kata kau."

Haider melepaskan bahu tersebut. Dia membuka ceritanya. Ghazi hanya mendengar dengan penuh teliti. Dia akan semat dan hadam semua cerita ini di dalam kepalanya.

"Kenapa kau perlu simpan semua benda ni Haider. Kau boleh je beritahu aku. Kau pendam seorang diri menyebabkan kau juga yang sakit."

"Aku tak boleh. Aku takut aku buka aib adik aku. Aku tak sanggup Ghaz."

Haider mengesat kasar air matanya sambil menunduk. Dia tak tahu ke depan nanti bila dia tiada di sisi adiknya. Macam mana dengan nasib adiknya pula. Sudahlah dia tidak balik selepas kematian kedua orang tuanya nasib adiknya sudah seperti ini. Ini pula jika dia terlibat lagi dengan operasi.

"Aku harap kau kuat. Kau jaga adik kau baik-baik."Ghazi menarik tubuh Haider untuk meredakan perasaan yang melanda hati rakannya ini.

"Aku dah buat keputusan,keluar sahaja adik aku dari sini aku nak berhenti kerja ni." kata Haider melihat ke arah rakannya. Redupan matanya membawa saribu satu makna.

Ghazi terpempam tak percaya.

"Kau jangan jadi gila Haider. Aku tak benarkan. Aku bukan selfish tapi kau tak rasa ke yang pengorbanan kau selama ini akan jadi sia-sia."

Ghazi menasihati sahabatnya untuk tidak membuat keputusan terburu-buru. Dia tahu keluarga lebih penting tapi dia nak sahabatnya ini berfikir dengan baik.

"Aku tak tahu. Aku tak nak adik aku terseksa lagi." Tergeleng lemah Haider sambil bersandar lesu di dinding hospital itu.

"Aku yakin kau boleh."

"Kau dengar cakap aku. Kau boleh. Aku yakin dan percaya."

Kata-kata itu membuatkan Haider terdiam seribu kata. Dia tahu hendak berkata apa. Fikiran bercelaru antara adiknya dan kerjayanya.

Cinta Yang Ku Harapkan (C)✅Where stories live. Discover now