Jangan terlalu leka untuk menghancurkan rumah tangga orang lain,
Kerana rumah tangga sendiri yang bakal hancur akan tiba pada hari yang tepat untuknya.
SUDAH dua hari Haiza dan Haura tinggal di rumah ini. Jadi, pada hari ini mereka berdua akan pulang semula ke rumah keluarganya untuk menghantar Haura dan selesaikan maslaah yang berlaku di hospital yang diduduki oleh abangnya itu selepas itu dia akan datang semula ke Melaka untuk kembali bertugas selepas habis cutinya.
"Iza. Haura. Takkan dah nak balik. Tak mau duduk lama sikit ke dekat sini. Ada banyak benda lagi yang kita nak bualkan."Hayfa jadi berat hati mahu melepaskan adik-adik iparnya pulang. Dia akan terasa sunyi kembali. Dalam masa dua hari ini, banyak yang mereka lakukan bersama. Memasak. Tanam pokok. Berbual dan macam-macam lagi. Jadi tatkala gadis-gadis itu mahu pulang hatinya sukar untuk melepaskan.
"Alah kaklong ni so cutelah. Nanti bila kitorang ada masa kitorang akan selalu datang melawat kaklong dekat sini. Okay." Haiza memujuk kakak iparnya sambil tangannya naik mengusap tangan tersebut setelah melihat wajah itu dirundung rasa sedih. Kalau ikutkan hati mahu saja dia bawa semua pakaian untuk duduk dekat sini tetapi dia faham bahawa abangnya mesti ingin privasi untuk pulihkan lagi rumah tangga tersebut.
"Sayang. Abang akan pastikan angah dengan adik akan datang sini bila mereka ada masa. Dah jangan nak sedih."jatuh kasihan pula Ghazi melihat isterinya. Riak itu jelas sedih dan sedang menahan tangis.
"Tapi abang nanti saya sunyi."
"Kaklong. Along yang gatal ni kan ada. Iza yakin kaklong takkan sunyi."
Ghazi sudah merenung tajam adiknya. Mulut itu sangat lantang bila mengatanya. Rasa macam nak tampar-tampar sahaja mulut tu. Geram. Haura yang hanya memerhati hanya ketawa sahaja. Dia juga sangat terhibur dengan sikap selamba kakaknya itu.
"Kau ni memang mulut tak reti nak jagakan angah. Lantang sangat kau ni. Nanti bila dah kawin baru kau akan tahu siapa lagi yang lebih gatal. Suami kau ke along kau."balas Ghazi tidak mahu kalah. Haiza pula jadi termalu sendiri.
"Alah. Along. Iza yakin dia tak gatal macam along punya."
Ehem!!
Deheman seseorang daripada arah belakang itu membantutkan Haiza yang ingin meneruskan percakapannya. Mengejung tubuhnya.Terdiam seribu bahasa.
"Aik angah. Tiba terus diam.Kenapa tu bakal suami kau tu dah muncul ke?"dengan penuh sinis Ghazi berkata sambil menekankan perkataan 'bakal suami' itu. Tadi mengutuk dirinya sangat ini boleh pula diam apabila sahabatnya muncul.
"Kaklong. Iza dengan adik gerak dulu. Jumpa lagi nanti." Tangan kakak iparnya disalam pantas dan dipeluk begitu juga dengan abangnya. Haura mengikuti daripada belakang.
"Iza gerak dulu.Assalamualaikum." tanpa lengah lagi kaki melangkah mendekati kereta dan masuk ke dalam tersebut. Haura masih lagi memeluk tubuh kakak iparnya yang akan dirinduinya nanti.
"Kaklong jaga diri baik-baik dekat sini. Jaga kesihatan. Kalau ada apa-apa masalah boleh call je adik. Nanti adik datang sini."dikucup sayang pipi itu pula.
"Eh adik. Itu along punya. Kau jangan melebih."tegah lelaki itu dengan nada yang sedikit cemburu. Habislah pipi tembam isterinya ini sudah disentuh orang lain walaupun adik sendiri. Kejap lagi dia akan tandakan semula sebagai haknya.
"Kedekut. Gatal. Miang."kutuk Haura menyampah dengan sikap abangnya yang terlebih itu. Kaki lantas berlari masuk ke dalam kereta. Sebelum kereta itu bergerak pergi, Haura sempat memberi salam.
YOU ARE READING
Cinta Yang Ku Harapkan (C)✅
Non-FictionAjal. Maut. Jodoh. Pertemuan. Itu adalah takdir dari sang pencipta-Nya. Begitu jugalah pertemuan di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan dalam keadaan yang menyayatkan hati. Namun,mereka disatukan atas permintaan seorang abang yang sangat...