Jika takdir sudah menentukan,
tiada siapa yang mampu menghalang
Kerana ini adalah aturan sang pencipta langit dan bumi.
SEKUJUR tubuh ditolak masuk ke dalam bilik bedah. Tubuh yang terbaring kaku di atas katil itu. Terdapat juga beberapa orang yang tercedera namun tidak seteruk lelaki itu. Disebabkan sikap ingin melindungi sahabatnya, dirinya ditembak tepat pada bahagian dada kanan dan perutnya. Satu butir peluru di dada kanan manakala dua butir peluru hinggap pada perutnya.
Setelah dia jatuh tersungkur di lantai itu, akhir kata yang mereka dengar adalah nama isteri lelaki itu dan kata maaf sebelum lelaki itu terbaring tidak sedarkan diri.
"Ini semua salah aku. Kalau aku tak terburu-buru pasti Ghaz tak cedera.Aku yang petut ada dalam tu bukan dia tapi aku." Haider menyalahkan dirinya di atad tindakannya yang sudah mengundang padah pada sahabatnya.
"Haider. Sudah. Semua yang berlaku adalah ketentuan Allah. Bukan salah kau.In syaa Allah. Ghaz tak apa-apa." pujuk Ilham untuk menenangkan sahabatnya yang seorang ini.Kini, hanya tinggal dia dan Haider sahaja. Yang lain sedang menerima rawatan.
"Aku takut Ilham. Aku takut apa-apa jadi dekat Ghaz macam mana dengan adik aku. Aku takut dia tinggalkan adik aku.Macam mana aku nak jawab dengan dia nanti."Haider berasa sangat takut dengan keadaan ini.Walaupun dia marah dengan lelaki itu tetapi dia sudah maafkan sahabatnya ini. Ghazi adalah kebahagiaan adiknya.
"Cukup Haider kau salahkan diri kau. Kita sama-sama doakan Ghaz."Ilham menarik tubuh sahabatnya lantas memeluk tubuh itu dari sisi. Dia seolah menjadi penguat semangat untuk orang lain dikala ini. Tetapi mereka takt ahu ada lagi yang paling risaukan dirinya di rumah. Wanita kesayangannya. Dia masih tidak memberitahu isterinya lagi bahawa dia sudah pulang. Jika tidak dengan perut memboyot itulah diusungnya hingga ke mari. Dia pula yang risau.
"Assalamualaikum."sapa satu suara yang amat dikenali iaitu Kapten Muhammad Izzul Ul-Haq dari kem Mersing, Johor. Untuk kali ini mereka bekerjasama dan mereka juga pernah mendengar nama lelaki itu disebut oleh pihak atasan di dalam kem ini.
"Waalaikumussalam." jawab Haider dan Ilham serentak. Mereka berjabat tangan anatara satu sama lain. Mereka sudah kenal apabila berada di dalam misi itu.
"Macam mana sekarang. Ada apa-apa perkembangan pasal Kapten Ghaz dan yang lain?" soal Haq prihatin. Dia baru sahaja mempunyai kesempatan untuk ke sini setelah menguruskan anak-anak buahnya yang lain turut tercedera namun tidaklah seteruk ketua bagi team Shadow ini.
"Pasal yang lain alhamdulillah semuanya dah dimasukkan di dalam ward biasa manakala Ghazi masih lagi dalam bilik bedah. Kitorang tengah tunggu perkembangan dia."terang Ilham manakala Haider masih lagi menyepikan diri. Hatinya masih lagi dilanda rasa bersalah yang mencengkam hati. Kepalanya ditundukkan ke bawah.
"Alhamdulillah. Aku doa semoga Ghaz selamat. Haider.Aku tahu kau masih lagi rasa bersalah. Aku nampak apa yang berlaku. Tapi ingat ini bukan salah kau tetapi ini ketentuan Allah. Allah sudah merancang semuanya. Jangan terus salahkan diri sendiri malah berdoalah semoga Ghaz selamat."Haq menepuk bahu Haider sederhana kuat untuk menyedarkan lelaki itu. Dia juga nampak apa yang berlaku tadi. Di mana Ghazi mengambil keputusan untuk melindungi sahabatnya yang sedikit cuai itu kerana terlalu mengikut perasaan.
Haq yang masih mahu meneruskan kata-katanya terhenti apabila deringan telefonnya bernyanyi di sebalik poket seluar yang dipakainya. Nama yang tertera di kaca itu dilihat sebelum menjawabnya.
"Okaylah. Ilham. Haider. Aku gerak dulu ada urusan sekejap.Aku harap kita berjumpa lagi. Assalamualaikum." Haq berjabat tangan sekali lagi lantas mengatur langkah pergi daripada situ.
YOU ARE READING
Cinta Yang Ku Harapkan (C)✅
No FicciónAjal. Maut. Jodoh. Pertemuan. Itu adalah takdir dari sang pencipta-Nya. Begitu jugalah pertemuan di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan dalam keadaan yang menyayatkan hati. Namun,mereka disatukan atas permintaan seorang abang yang sangat...