BAB:53

370 14 0
                                    


HAYFA duduk di sofa tersebut dan tak berganjak daripada situ. Dia masih lagi memikirkan keadaan yang sedang berlaku. Lafaz alhamdulillah disebutnya tanda syukur kerana ibu mentuanya masih lagi mengambil berat terhadapnya. Masih lagi mahu menjaganya.

Dia juga sedaya upaya menolak perkara-perkara yang negative bermain di fikirannya kerana tidak mahu berburuk sangka terhadap wanita itu. Ibu kandung kepada suaminya sendiri.Itulah yang dipanggil Nur Hayfa Zinnirah. Seindah Namanya.

Hayfa cuba bangun daripada labuhannya selepas melihat jam yang tergantung di dinding bilik itu. Suaminya pasti akan balik tidak lama lagi. Dia ingin masuk ke dalam bilik air untuk membuang air kecilnya yang tergendala tadi disebabkan kedatangan Rose. Ketika tubuh itu hendak bangun, tubuh badannya terasa sakit yang mencengkam. Lama kelamaan sakit itu semakin kuat di bahagian perutnya.Terasa memulas-mulas semua organ dalamannya. Mengeras.

Peluh renik sudah mula terbit di dahi dan sekitar wajahnya. Berkerut wajah itu menahan kesakitan.

"Ya Allah. Sakit."

Perlahan-lahan dia hendak bangun lagi, namun kakinya tidak boleh menampung dan terduduk semula dia di atas sofa tersebut. Perutnya ditekan-tekan untuk mengurangkan kesakitan itu namun tidak berdaya.

"Ya Allah. Kenapa dengan diriku ya Allah."

"Janganlah ada benda buruk terjadi dekat anak dalam kandunganku Ya Allah."

Hayfa perlahan turun daripada sofa tersebut dan terduduk di atas lantai. Baru sahaja kaki hendak mengengsot di atas lantai tersebut, darah sudah mengalir dari celah kangkangnya. Laju.

"Ya Allah." menangis Hayfa melihat darah tersebut.

"Anak mama." sebut Hayfa perlahan dengan nafas termengah-mengah.

"Selamatkanlah anak aku ya Allah." menangis Hayfa sedikit kuat sambil mengengsot untuk meminta pertolongan.

"Abang!! Cepat balik abang!!! Saya sakit!!" meraung-raung Hayfa menangis.

Suara jeritan kesakitannya juga kedengaran kuat bergema di dalam bilik tersebut. Tangannya sekarang ini membantu tubuhnya untuk bergerak. Kakinya sudah tidak berdaya lagi menyukarkan pergerakannya.

"Tolong!!"

"Tolong!!" meminta pertolongan Hayfa meskipun dia tahu tiada siapa yang mendengarnya. Jeritannya semakin perlahan kerana kudratnya sudah tidak berdaya.Dia hanya mampu berdoa semoga Allah menghantarkan kepadanya pertolongan.

"Sayang mama. Jika kamu hendak pergi bawalah mama bersama. Mama sudah tak mampu lagi sayang. Mama mahu berehat. Mama penat nak hadap semua ini. Bawalah mama sekali sayang." tangannya juga tidak mampu lagi menahan tubuhnya akhirnya mengerekot juga dia di situ. Bahagian perutnya diusap-usap lembut. Dia dapat rasakan anaknya itu sudah tiada. Dia pasrah. Dia tekad untuk kali ini. Tiada guna lagi dia berada di sini lebih baik dia menyerah dengan takdir. Dia sudah lemah dan berharap Allah mengambilnya untuk bersama dengan anaknya itu. Dunia ini terlalu kejam buatnya.

Panggilan daripada suara yang dikenalinya dihiraukan.Tiada kemampuan untuk mengangkat kepala lagi. Terasa kepalanya dipangku oleh lelaki itu.

"Ya Allah sayang. Macam mana kau boleh jadi macam ni?Ya Allah."

Matanya merenung wajah yang sudah mengeluarkan air mata itu. Hanya pandangan kosong yang dia dapat berikan. Hatinya kecewa yang terlalu mendalam.

Tangannya naik membelai pipi itu.

"Ma..maafkan saya. Saya rasa nak berehat sekarang ni.Tolong beri saya peluang tu. Saya dah penat dengan semua benda ni. Saya minta maaf jika ini nafas terakhir saya." Mata Hyafa sudah mula kuyu. Jika ini perjuangan dan pengorbanannya di dunia ini untuk memuaskan hati-hati itu. Dia terima seadaanya. Nyawa dipertaruhkan demi sebuah kebahagiaan.

Cinta Yang Ku Harapkan (C)✅Where stories live. Discover now