BAB:59

363 11 0
                                    


KEESOKAN harinya wanita itu diserang demam. Hati lelakinya menjadi gusar. Wanita itu yang masih lagi dibuai tidur selepas bangunkan dirinya untuk solat subuh meskipun diri sendiri tidak boleh solat.

Ghazi bersiap-siap untuk ke kemnya. Dia perlu masuk sebentar untuk menghantar laporan kepada ketua atasannya. Kemungkinan yang paling ditakutinya adalah isterinya itu akan tinggalkan dirinya. Itu yang paling ditakuti.

Dia menghampiri wanita itu dan mencium perlahan dahi licin dan bibir pucat itu sekilas.

"Sayang. Aku minta maaf. Aku harap kau dapat maafkan aku. Aku perlu masuk kerja sekejap. Nanti aku balik. Kau tunggu aku. Balik nanti aku sediakan kau makanan."tidak cukup dengan ciuman itu dikucup pula pipi dan hidung itu.

"Aku pergi dulu. Assalamualaikum sayang."

Ghazi melangkah keluar daripada bilik tidurnya.Hatinya berharap agar isterinya itu masih belum bangun daripada tidur semasa dia ke kem. Dia taknak bila balik daripada kem isterinya sudah tiada di sini. Jadi, dia mengambil keputusan keluar awal pagi supaya dia boleh pulang awal nanti.

"Ghaz."

"Ghaz."panggilan mamanya tidak dibalas. Hanya pandangan mata sahaja yang terarah. Dia kecewa dengan sikap mamanya.

"Mari sini sekejap nak. Mama nak cakap dengan kamu."

Ghazi terpaksa akur. Kaki melangkah ke arah mamanya. Dia rasa tak boleh nak melawan mamanya. Ghazi tak pernah sedikitpun melawan mamanya sebelum dia berkahwin. Jadi, sangat berat diam ahu menerima semua ini yang berpunca daripada mama kandung sendiri.

"Ada apa mama. Ghaz dah lambat ni. Balik nanti kita bincang ya mama."kata Ghazi sepintas lalu dan mahu bergerak pergi dari situ. Bukan niatnya mahu berkurang ajar.

"Ghaz. Duduk dulu. Tolonglah." Akhirnya lelaki itu melabuhkan duduknya di sebelah Puan Sri Hanum. Bibirnya ditahan dari melepaskan keluhan.

"Ghaz. Isteri kamu macam mana?"

Soalan daripada mamanya mengundang reaksi yang pelik pada wajahnya. Ghazi membalas juga.

"Dia demam."

"Mama nak minta maaf dekat Ghaz atas apa yang mama kata dekat isteri kamu. Mama menyesal."

"Tak ada apa yang mama boleh sesalkan. Ghaz pun salah. Takpalah mama Ghaz pergi dulu." Ghazi menapak pergi daripada situ. Walaupun hatinya ada sedikit rasa marah tetapi wanita tua itu tetap ibunya. Biarlah dia pendam.

Puan Sri Hanum yang masih lagi tidak berpuas hati mendengus geram. Sesama kelibat anaknya tidak kelihatan dia terus mendaki tangga untuk pergi ke atas. Bilik yang dia cari adalah bilik anak sulungnya. Diketuk pintu itu bertubi-tubi mengganggu lena Hayfa. Hayfa segera ke arah pintu itu dan membukanya.Kepalanya yang masih lagi sakit itu diserang oleh tangan Puan Sri Hanum. Rambut itu dicengkam dengan kuat dan ditarik kea rah katil membuatkan wanita itu meringgis kesakitan.

"Sakit Puan Sri."

"Apa lagi yang Puan Sri tak puas hati dekat saya?"tanya Hayfa berani. Dia tak kisah lagi dirinya dikasari selepas itu. Hayfa Cuma mahu tahu sebab kenapa dirinya dieperlakukan seperti ini.

"Memang aku tak puas hati selagi nampak muka jijik kau tu."

"Puan Sri ugut saya suruh saya balik ke sini semula, saya ikut. Puan Sri minta saya untuk jauhkan Quds selepas tiga hari nanti saya terima. Apa lagi yang Puan Sri tak puas hati. Puan Sri beritahu saya apa yang dapat puaskan hati Puan Sri."alan-alang dirinya sudah disakiti biarlah dia tersakiti terus kerana selepas ini dia akan bebas.

"Aku nak kau tinggalkan anak aku. Itu yang kau masih tak boleh buat. Kalau kau masih berkeras mahu ada dalam rumah ini, aku akan haramkan setitik susu yang mengalir dekat badan dia tu. Dan aku takkan ambil tahu pasal dia lagi. Dia bukan anak aku."tergamam Hayfa tak percaya tatkala kata itu terlahir dari mulut seorang ibu buat anaknya.

Cinta Yang Ku Harapkan (C)✅Where stories live. Discover now