BAB:70

479 12 0
                                    


GHAZI, Haider dan Amsyar bergerak memeriksa kesemua bilik di tingkat atas namun tidak menjumpai tebusan yang masih lagi berbaki itu. Naik berang masing-masing dengan permainan musuh mereka itu.

"Shit!!" berdecit Amsyar kegeraman apabila mereka sudah berada di dalam bilik terakhir. Bilik ini sangat kosong. Tiada apa-apa di dalam tersebut. Naik hairan mereka dengan suasan bilik itu sebelum Ghazi terpandang satu kerlipan di dinding bilik itu.

Membulat matanya sebelum ditolak tubuh dua orang sahabatnya sebelum dirinya turun meniarap di atas lantai tersebut.

Bomm!!

Letupan yang sedikit kuat itu membuatkan ruangan bilik tersebut hampir hancur. Bom itu tidak memberi kesan yang kuat namun boleh membawa maut jika terkenanya.

Mendesis Ghazi sedikit apabila serpihan dinding itu menghempa tubuhnya yang sedang melindungi dua orang anak buahnya.

"Kau okay Panther."

"Aku okay. Jangan risau. Sikit je.Dah mari kita turun bawah." Ghazi menguatkan semangatnya untuk terus berjalan dan menamatkan misi ini. Dia tak mahu kalah apabila berhadapan dengan musuh. Dia akan pastikan pengganas tersebut tumpas dahulu sebelum ajal menjemputnya.

Mereka melangkah keluar daripada bilik tersebut untuk ke tingkat dua.Baru sahaj kaki mahu mencecah ke anak tangga untuk turun ke bawah, terdengar larian beberapa orang sedang mendaki tangga. Menyorok sedikit mereka untuk menanti kedatangannya tersebut sebelum tembakan bertubi-tubi dilpeaskan kepada musuh tersebut. Namun, salah satu peluru tersebut berjaya menembusi lengan Amsyar. Terduduk Amyar seketika manakala lelaki itu sudah di mati akibat ditembak oleh Haider.

"Kau masih boleh bertahan."

"Aku boleh. Jangan risau."masing-masing walaupun cedera tetap masih brsemnagat untuk meneruskan misi ini. Setakat tembakan pada bahagian lengan itu tidak menjadi penghalang untuk Amsyar meneruskan misinya. Perkara itu sudah biasa.

Sampai sahaja di tingkat dua, dicari kedudukan team Ghost terlebih dahulu untuk melihat keadaan tersebut.

"Haq. Macam mana?" ditepuk bahu lelaki itu membuatkan Kapten Haq mengalihkan perhatian.

"Aku masih boleh handle. Kau dah jumpa semua hostages?" soal Haq kepada Ghazi. Ini kerana kerja menyelamat semua hostages diserahkan kepada Team Shadow. Mereka sebagai penyerang.

"Five hostages missing."balas Ghazi dengan kegusaran di hati. Ke manalah lima orang tebusan tu dibawa pergi. Ini mesti helah Stephan. Ketua pengganas itu yang sangat berani mencabar mereka sebagai tentera. Sudahlah masuk ke negara orang tapi nak buat macam tanah sendiri. Dasar tak sedar diri.

Keadaan kembali sunyi seketika apabila satu suara yang bergema kuat kedengaran.

"Surrender yourself, before these five hostages die."kata-kata itu bernada ugutan dan ancaman kepada mereka untuk menampilkan diri.

"It's okay if you all don't want to show up, don't blame me if this lady getting hurt."Stephan bersuara lagi untuk melihat tindakan yang dibuat oleh tentera tersebut. Matanya melilau ingin mencari keberadaan para tentera itu. Apabila tiada lagi kemunculan yang ditunggu, Stephan lantas menarik rambut salah seorang tebusan tersebut dengan kasar.

Menjerit kesakitan perempuan itu apabila diperlakukan sedemikian. Matanya masih lagi memandang sekeliling dengan penuh angkuhnya. Ketua pengganas itu mempunyai hampir dua puluh orang pengikutnya yang masih tinggal tidak termasuk lagi empat orang yang berada di atas ini.

"Rape her!!"

"No!! Taknak!!" menjerit-jerit perempuan tersebut minta dilepaskan akibat ditarik oleh tiga orang berbadan sasa. Dirinya yang kecil ini tidak mampu untuk melawan tiga orang lelaki tersebut.

Cinta Yang Ku Harapkan (C)✅Where stories live. Discover now