BAB:56

374 14 0
                                    


HAURA memberi salam terlebih dahulu sebelum melangkah masuk ke dalam rumah bersama abang dan kakaknya. Wajah sugul Ghazi menjadi perhatian Puan Sri Hanum yang berada di ruang tamu itu. Dia menanti kepulangan anak-anaknya kerana ada perkara hendak dibincangkan.

Tan Sri Ghazar sudah keluar daripada rumah kerana mempunyai urusan. Dia malas hendak bercakap lagi dengan isterinya. Dia ingin melihat sikap angkuh isterinya itu dan menanti penyesalan buat wanita itu suatu hari nanti. Jika dengan penyesalan itu mampu membuatkan isterinya itu membuka mata dalam menilai. Ketika masa itu tiba dia sendiri tidak akan menolong isterinya demi sebuah kemaafan daripada anak terutama menantunya. Menantunya yang terlalu baik sehingga dianggap olehnya anugerah buat anak serta keluarganya namun isterinya ini dibuta dengan rasa amarah dan benci.

"Ghaz. Iza. Haura. Duduk sini mama ada hal nak bincangkan."panggil Puan Sri Hanum setelah wajah ketiga-tiga anaknya muncul di ruang mata.

"Ghaz. Mama nak cakap dengan kamu. Jangan nak degil."anak sulungnya dipanggil lagi apabila dia melihat anaknya itu sudah mahu naik ke atas menghiraukan kata-katanya. Dia tak peduli. Ini masa yang sesuai untuk dia tunjukkan semuanya.

"Mama. Ghaz nak rehat. Bagi Ghaz masa."pinta Ghazi dengan nada yang tertahan. Dia harap mamanya memahami keadaannya yang sedang kusut sekarang ni. Dia perlukan masa untuk dirinya.

"Kamu nikan Ghaz semakin membantah cakap mama. Apa yang bini kamu tu bagi kamu makan sampai perangai kamu jadi macam ni sekali? Hah!!"mendegus marah wanita tua itu dengan sikap anaknya yang semakin pandai melawan kata-katanya.

"Mama. Cuba cakap dengan along elok-elok. Emosi along tengah down sekarang ni."dia tak suka dengan tindakan mamanya yang suka memaksa dan mendesak itu. Tak memahami setiap perasaan anak-anaknya. Sebenarnya bukan perangai mereka yang semakin menjad-jadi tetapi mamanya yang yang berkelakuan seperti itu.

"Tak apa angah. Baru along dapat rasa layanan mama dekat isteri along macam mana."balas Ghazi lirih. Dia tiada tenaga mahupun kudrat untuk bertengkar ketika ini. Apa yang dia mahukan masuk ke dalam bilik yang sentiasa dihuni oleh isterinya. Dia masih tertanya-tanya dengan apa yang berlaku kepada isterinya. Dia akan cari sampai dapat.

"Ghaz. Mama minta maaf. Okay. Mama nak bincang dengan kamu berkaitan isteri kamu. Mama yakin selepas kamu lihat dan tahu semuanya,kamu akan faham apa yang mama buat sekarang ni."tangan disilangkan pada dadanya. Matanya melihat ke wajah anaknya.

"Tak ada apa yang boleh dibincangkan lagi mama. Ghaz percaya isteri Ghaz."bagaimana kepercayaan isterinya terhadap dia macam tu juga kepercayaannya kepada isterinya. Isterinya tidak pernah sekalipun meragukan dirinya dan dia akan buat yang sama.

"Kamu ni Ghaz terlalu percaya sangat dengan perempuan tu. Kalau kamu yakin sangat kamu tengok gambar-gambar ni. Kamu juga akan nafikan itu anak kamu."

Gambar tersebut dilempar di atas meja tersebut. Berterabur setiap kepingan itu namun tidak berjaya menarik minat Ghazi. Dia percayakan isterinya lebih daripada orang lain. Haura dan Haiza mengambil gambar-gambar tersebut dan melihatnya. Gambar tersebut diteliti dengan penuh rasa pelik.

"Along cuba along tengok gambar-gambar ni."Haiza menghulurkan satu kepingan gambar yang sudah ditiliknya itu kepada abangnya.

"Taknak. Along taknak ada rasa ragu dalam diri along untuk Zinnirah."ditepis gambar itu beserta pandangannya dialihkan ke arah lain.Tak sudi mahu melihat wajah isterinya terpampang di situ walaupun itu semua dusta.

"Along kena tengok jika along nak tahu kebenarannya."

Ghazi mengambil juga gambar tersebut dan dilihat tanpa perasaan. Perasaannya seolah dibawa pergi bersama isterinya yang kini berada di hospital. Semangatnya juga hilang.

Cinta Yang Ku Harapkan (C)✅Where stories live. Discover now