Seksalah diriku sebanyak manapun yang kau inginkan,
Kelak diriku akan kau cari bila mana permata itu sudah hilang di matamu.
Keesokan harinya, Hayfa bangun awal seperti kebiasaannya untuk memasak sarapan pagi. Selesai sahaja bapa mentuanya serta Haura keluar daripada rumah agam itu dengan kesibukan mereka, ibu mentuanya kembali melayannya seperti dirinya tiada harga serta bukan menantunya.
Sedang dia sibuk membasuh pingan mangkuk yang digunakan sewaktu sarapan tadi, Mak Lijah datang menegurnya daripada belakang.
"Hayfa. Kamu tak makan ke?"
"Kejap lagi Hayfa makan. Hayfa nak berkemas dulu."tangannya masih ligat membasuh benda tersebut dengan baik memandangkan pingan mangkuk mahupun cawan adalah daripada kaca yang mewah. Oleh itu, dia kena berhati-hati takut terpecahkan pula.
"Ish kamu ni. Tinggal ja pinggan tu dulu. Nanti Mak Lijah tolong basuhkan. Sekarang kamu kena makan. Nanti perut masuk angina siapa yang susah diri kamu juga nanti."
"Tak apa Mak Lijah sikit lagi."Hayfa membasuh pinggan tersebut.
"Baiklah kalau kamu dah cakap macam tu. Mak Lijah ke belakang dulu."wanita tua itu terus pergi ke belakang kerana ada kerja yang hendak dibuat.
Selesai sahaja membasuh, dia mengambil pinggan untuk diletakkan nasi yang digorengnya tadi. Baru sahaja nasi itu hendak mencecah pinggannya,senduk itu telah ditepis oleh tangan seseorang sehingga berterabur jatuh ke lantai. Tak cukup dengan itu nasi yang terdapat dalam mangkuk itu dibuang pula ke dalam tong sampah. Terkedu Hayfa dengan tindakan drastik wanita itu.
"Ops sorry. Tak sengaja." acah Puan Sri Hanum seperti gaya mengejek. Tangan diletakkan ke mulutnya.
"Mulai harini aku tak izinkan kau makan makanan dalam rumah ini kecuali hanya waktu suami dan anak aku ada sekali sahaja. Kalau waktu lain aku tak izinkan. Kalau aku tahu kau makan juga, Aku tak halalkan setiap makanan tu kecuali air kosong sahaja yang kau boleh sentuh. Faham!!" wanita itu dengan lagak sombong memberi amaran keras berjaya menyentakkan mereka berdua. Sampai begitu sekali tidak sukanya terhadap Hayfa sehingga sanggup memainkan hukum tersebut.
"Dan lagi satu, aku taknak kau berlakon sedih depan suami dan anak-anak aku.Aku tak nak mereka tahu. Selesai saja kau kemas semua benda ni, basuh semua baju-baju dalam raga tu. Aku tak benarkan sesiapapun tolong kau."
Hayfa hanya mengetap bibirnya menahan rasa daripada tangisannya keluar. Sampai begitu sekali ibu mentuanya membenci dirinya.Diarah buat itu dan ini tanpa ada rehat. Dia sendiri tak tahu apa salahnya sampaikan dilayan seperti ini.
Hayfa perlahan-lahan menurunkan lututnya untuk mengambil senduk yang jatuh itu.Namun,dia lemah membuatkan dirinya terduduk di situ.
"Ya Allah. Sakit. Apa salahku ya Allah. Jika ini ujian untukku mendapatkan kasih sayang daripada seorang ibu, aku sanggup ya Allah walaupun aku jatuh berkali-kali. Sesungguhya ujian yang kau datangkan kepadaku kerana kau yakin aku mampu. Jadi aku terima dengan rasa rendah diri dan redha." rintih Hayfa sambil menangis.
Hayfa mengutip nasi yang bertaburan itu dan diletakkan di dalam pinggannya dengan tangan yang menggeletar. Suara teriakkan seseorang hanya diabaikan.Semakin kepala ditundukkan.
"Ya Allah. Hayfa. Kenapa boleh jadi macam ni?" tanya Mak Lijah cemas. Dia membantu Hayfa mengutip nasi tersebut.
"Hayfa tak sengaja tertepis nasi ni. Itu yang tumpah." bertitahu Hayfa cuba untuk mengelak daripada dikesan oleh wanita itu. Namun itu tidak mengundang rasa percaya dalam diri wanita itu. Hayfa tidak pandai menipu.
"Hayfa. Puan Srikan yang buat ni?"tanya Mak Lijah dengan wajah yang geram.
"Eh tak lah Mak Lijah. Salah Hayfa. Hayfa tak sengaja."Hayfa masih lagi menafikan tentang tuduhan benar wanita itu terhadap ibu mentuanya.
YOU ARE READING
Cinta Yang Ku Harapkan (C)✅
Non-FictionAjal. Maut. Jodoh. Pertemuan. Itu adalah takdir dari sang pencipta-Nya. Begitu jugalah pertemuan di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan dalam keadaan yang menyayatkan hati. Namun,mereka disatukan atas permintaan seorang abang yang sangat...