BAB:6

495 18 0
                                    

Ghazi duduk di taman bunga di kawasan rumah itu yang diilhamkan oleh kedua ibu bapanya. Kini sudah tiga hari dia berada di sini. Lagipula harini dia tidak masuk ke masuk office papanya memandangkan hari cuti. Ghazi pula selesai sahaja berbual dengan perempuan itu dia terus bergerak pulang ke rumah ini setelah mendapat panggilan daripada mamanya. Kebetulan pula dia dan teamnya diberi cuti selama seminggu oleh Mejar Zulkfikli selepas tamat operasi itu. Jadi, dikesempatan inilah dia dapat merehatkan diri. Dalam dia duduk sendirian di gazebo itu, tidak semena-menanya ingatannya terimbau kembali akan kejadian tersebut.

FLASHBACK

Ghazi mempelawa gadis itu duduk di bangku hospital yang telah disediakan di kawasan taman itu. Gadis itu tanpa banyak bunyi terus melabuhkan duduknya. Dia hanya berdiri di sebelah sambil memandang adik kesayangan sahabatnya itu.

Suasana sepi kian terasa. Tiada langsung bunyi suara di antara mereka berdua sehinggalah Hayfa yang memulakan bicara kerana berasa canggung dengan keadaan tersebut.

"Ada apa yang awak nak cakapkan dengan saya?" soal Hayfa seakan hairan dengan tujuan lelaki itu ingin berbul dengannya. Takkan nak berdiam diri macam ini saja. Hayfa masih lagi menanti dengan sabar tatkala lelaki di hadapannya itu tidak membuka mulut.

"Awak kalau tak bersedia nak bercakap dengan saya, awak boleh tangguhkan dulu. Saya boleh tunggu. Sekarang ni saya nak balik solat zohor. Nanti kita bincang kemudian boleh." Hayfa sudah bangun daripada duduknya. Dia tak rasa sekarang masa sesuai untuk lelaki itu. Dan dia juga dapat rasakan yang lelaki ini tidak bersedia lagi untuk membuka cerita ataupun penjelasan. Hayfa pula bukan jenis seorang yang suka memaksa. Dia akan tunggu sampai hari itu tiba.

"Tunggu. Aku cuma nak sampaikan amanah abang kau dekat aku. Aku perlu selesaikan amanah ini." Ghazi sudah mula membuka kata. Diamnya bukan bererti dia tidak bersedia tetapi dia tidak tahu mahu memulakan daripada mana. Perkara ini pula melibatkan hati dan perasaan. Dia taknak kedua-duanya akan terluka. Namun,dia sudah berjanji. Janji mesti ditepati bukan untuk dimungkiri.

"Kau duduk. Biar aku terangkan benda ini." Ghazi mengarah gadis itu duduk semula dan dirinya juga mengambil tempat disebelah gadis itu. Nafa ditarik dan dihembus perlahan. Dia taknak membuang masa lagi.

"Apa yang aku nak sampaikan ni,aku harap kau terima dengan hati yang terbuka. Aku sangat berharap kau juga dapat mengikut apa yang abang kau amanahkan dekat aku. Aku harap sangat kau faham." Ghazi memulakan bicaranya dengan berhati-hati. Dia taknak kata-katanya akan menganggu emosi perempuan ini.

"In syaa Allah. Saya akan cuba terima setakat yang mampu."melihat wajah tenang gadis dia mula bersuara lagi.

"Abang kau amanahkan dekat aku supaya kahwin dengan kau jika berlaku sesuatu dekat dia. Jadi, aku perlu tunaikan amanah ini dan aku dah berjanji dengan abang kau.Kau sekarang dah jadi tanggungjawab aku." Ghazi berterus-terang dengan apa yang ingin disampaikan. Dia sudah malas hendak berkias-kias. Itu bukan sikapnya.

Hayfa pula yang mendengar kata-kata di luar pemikirannya terpempam hebat. Bagaikan satu tamparan yang kuat melekap ke pipinya. Mulutnya bagaikan terkunci. Lama kelamaan baru dia sedar dan faham apa yang cuba dilakukan oleh abangnya. Hayfa mengeluh perlahan.

"Jadi, awak sanggup terima semua benda ini demi abang saya." soal gadis ini perlahan. Pandangannya dibiarkan lepas ke hadapan. Mendengar kata-kata itu Ghazi terus melihat ke wajah perempuan disebelahnya. Dia sendiri tidak ada jawapan untuk persoalan itu.

"Betul ke awak sanggup tunaikan permintaan abang saya dan pikul tanggungjawab awak dengan rela hati dengan cara berkahwin dengan saya." tanya Hayfa lagi. Untuk kali ini matanya bersabung dengan mata lelaki itu buat seketika sebelum lelaki itu melarikan pandangannya.

Cinta Yang Ku Harapkan (C)✅Where stories live. Discover now