Mengadulah kepada Allah, nescaya Allah akan mendengarnya
Janganlah mengadu kepada manusia, buruk padahnya nanti.
Tangan isterinya yang berbalut itu dicapai dan digenggam lembut. Mata itu masih lagi tertutup rapat. Hayfa baru sahaja dipindahkan di ward yang ditempah khas oleh Ghazi. Dia mahukan ward privasi untuk isterinya. Senang dirinya hendak bercakap dan memujuk isterinya tanpa ada batasan.
Waktu sekarang sudah menginjak ke angka 7.15 malam. Sudah hampir satu jam lebih dia menunggu isterinya itu sedar.Memandangkan waktu melawat sudah tamat, jadi dia menyuruh adiknya untuk pulang terlebih dahulu dan meninggalkan dirinya di sini untuk menemani isterinya.
Hatinya berasa gusar setelah mendapat berita yang wanita ini mengalami sesak nafas secara tiba-tiba. Namun,gusarnya perlahan-lahan beransur pergi setelah dimaklumkan oleh doktor yang merawat isterinya mengatakan yang Hayfa stabil dan tiada apa yang serius berlaku.
Lafaz syukur sedari tadi tidak terlepas dari bibir.
Wajah pucat menghiasai ruang matanya. Ditatap wajah bersih itu dengan penuh rasa cinta yang mendalam. Dia bangun daripada duduknya dan mendekati dahi si isteri.
Satu kucupan penuh syahdu hinggap di dahi itu.
Lama.
Tidak lama kemudian,bibirnya diangkat semula apabila merasakan kerutan pada bahagian tersebut. Mata itu dibuka perlahan-lahan. Ghazi hanya melihat sahaja.Wajah itu menjadi tatapannya.
Hayfa pula membuka matanya setelah dipejam sebentar tadi. Wajah pertama yang menghiasi pandangannya adalah sang suami.
"Ya Allah. Sayang. Kau dah sedar. Alhamdulillah." wajah itu menjadi mangsa bibirnya melekat. Terus hilang rasa bersalahnya ketika pandangan itu sudah kembali menatapnya.
Hayfa hanya membiarkan perbuatan lelaki itu dengan mendiamkan diri tanpa sedikitpun menolak. Dia tak mahu suaminya itu marah lagi. Hanya fikiran kosong yang ada dalam benak ketika itu.
"Sayang. Kenapa diam?Kau marah aku lagi ke?"tangan itu pula dikucupnya. Matanya menatap mata redup itu penuh kasih. Hayfa masih lagi tidak bersuara membuatkan Ghazi dilanda kerisauan.
"Sayang.."panggil Ghazi lagi namun terhenti apabila suara itu mula kedengaran.
"Awak. Sekarang pukul berapa?" Hayfa tidak menjawab pertanyaan serta panggilan lelaki itu. Dia inginkan ketenangan jiwa.
Ghazi melihat ke arah jarum jam pada tangannya sebelum membalasnya.
"7.30 malam sayang. Kenapa?"
"Awak dah solat. Kalau belum pergilah balik dulu. Saya boleh tinggal di sini sendiri. Lagipun esok awakkan kerja. Awak balik dulu ya. Rehat. Esok datang lagi."pujuk Hayfa. Dia sebagai isteri perlulah mengingati suaminya untuk menjalankan suruhan Allah.
Jika dia lalai suaminya pula mengingatinya.Lagipula,dia perlukan masa untuk berseorangan. Dia nak merawat hati dan jiwanya sendiri.
"Takkan aku nak tinggalkan kau seorang diri. Tak apa aku solat dekat sini saja." Ghazi berura-ura ingin menapak masuk ke dalam bilik air untuk berwuduk. Tangannya disambar oleh tangan isterinya. Dia menoleh seketika melihat wanita itu.
"Awak balik dulu ya. Saya tahu awak penat. Saya taknak membebankan awak dengan menjaga saya." berkerut-kerut dahi Ghazi. Kenapa isterinya mendesaknya sebegitu. Sudah dia ulang yang dia nak jaga wanita itu. Susah sangat ke kata-katanya itu untuk difahami oleh wanita ini.
"Kan aku dah kata yang aku nak jaga kau dekat sini. Takkan itu pun susah kau nak faham." nadanya dikawal supaya tidak meninggi. Dia rasa seperti ada sesuatu yang menganggu fikiran isterinya.
"Tak apa. Saya boleh jaga diri. Lagipun awak mesti nak berehat juga. Sudahlah baru balik daripada kerja tiba-tiba kena teman saya dekat sini pula.Awak balik ya. Mesti mama awak risaukan awak."
"Kau ni dah kenapa?! Desak-desak aku. Punya pasal akulah nak balik ke tak. Kau nak menyibuk apasal!! Aku penat ataupun tak itu urusan aku!!!" marah Ghazi. Dia tidak suka orang terlalu mendesaknya. Anginnya mudah sangat naik.
"Sa..saya ta..tak..maksudkan macam tu.Sa..saya cu..cuma taknak awak tak cukup rehat ja dengan menjaga saya."tergagap-gagap dia menuturkan kata. Risau takut suaminya bertambah marah kepadanya.
"Kau ni kenapa?! Baik!! Kalau kau nak aku balik,aku boleh balik!!! Tapi jangan kau cari aku selama kau duduk di sini!!Aku takkan datang lagi!!" jerkah Ghazi sederhana kuat.
Dia seperti hilang sabar dengan sikap isterinya. Dia tidak dapat membaca apa yang ada dalam fikiran isterinya. Kaki melangkah keluar dengan rasa marah lantas pintu ward tersebut dihempas kuat. Berdentum bunyi memeranjatkan Hayfa. Air mata wanita itu mengalir dengan lajunya.
Terhinggut-hinggut bahunya menangis melepaskan apa yang dirasainya kini. Biarlah lelaki ini ingin membenci dirinya. Dia akur. Kerana lama-kelamaan dia sendiri akan pergi jua dari hidup lelaki ini. Jadi,dia perlu bersedia.
Ghazi yang berada di luar ward tersebut menarik rambutnya. Serabut. Tangannya mengepal menumbuk dan menumbuk dinding itu berkali-kali. Dia rasa sakit melihat air mata itu. Dia rasa dia gagal lagi menjadi seorang suami yang baik kepada adik sahabatnya. Janjinya seakan dia mungkiri. Kini,dia sendiri yang memberi wanita itu menangis.
"Apa yang aku perlu buat lagi ya Allah supaya isteriku tidak lagi memendam rasa sakitnya seorang diri? Apa lagi yang aku boleh lakukan untuk menjadi pendengar setia kepada isteriku ya Allah. Aku buntu." Kata hatinya.
Dia terus beredar daripada situ dengan langkah yang laju. Nama panggilan seseorang didailnya. Jika itu kemahuan wanita itu dia turutkan.
Dia bagi wanita itu masa untuk bersendirian.Mungkin dengan cara ini wanita itu akan berfikiran dengan lebih baik.
YOU ARE READING
Cinta Yang Ku Harapkan (C)✅
No FicciónAjal. Maut. Jodoh. Pertemuan. Itu adalah takdir dari sang pencipta-Nya. Begitu jugalah pertemuan di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan dalam keadaan yang menyayatkan hati. Namun,mereka disatukan atas permintaan seorang abang yang sangat...