GHAZI mencelikkan matanya perlahan-lahan. Tangannya naik mengusap kedua-dua matanya perlahan. Tangannya mencapai telefon yang terletak di atas meja night stand sebelah katilnya untuk melihat jam.
Terpana Ghazi ketika jam sudah menginjak ke angka pukul 8.00 pagi. Dia sudah terlepas subuh. Ghazi dengan drastiknya menuruni katil dan bergerak kea rah bilik air. Fikirannya seperti tiada apa yang berlaku ketika ini. Apa yang penting sekarang ni adalah solat. Dia perlua qada' solat terlebih dahulu.
Bilik air dimasuki setelah mencapai kain tuala yang digantung pada tempat biasa oleh isterinya.
Setelah beberapa minit membersihkan diri, Ghazi melangkah keluar dan mengambil sejadah serta menunaikan kewajipannya dengan penuh ketenangan.
Ghazi bertelaku di atas tikar sejadah itu sambil otaknya mula rasa kelainan pada hari ini. Selalunya isterinya akan kejutkan dirinya terlebih dahulu untuk solat walaupun wanita ini tidak boleh solat. Tetapi hari ini kenapa tiada tanda-tanda tubuhnya dikejutkan malah suara lembut itu juga tidak menyapa telinganya.
Ketenangan hatinya beransur pergi setelah dia bangun dan kakinya menapak ke meja solek yang sering diduduki oleh isterinya ketika mana dia pulang. Ghazi terpandangkan sebuah buku yang berada di atas meja itu menarik perhatiannya untuk dibaca. Buku ini setahunya buku yang selalu dipegang oleh isterinya dikala wanita ini keseorang. Buku yang pernah dia lihat sewaktu pertama kali dia mengenali wanita ini.
Halaman yang bertanda dengan satu batang pen dibuka. Terpampanglah kata-kata yang berjaya merentap tangkai hati serta jiwanya. Ketenangan itu digantikan dengan perasaan sakit yang mencengkam hati.
Muhammad Ghazi Al-Quds.
Cinta yang ku harapkan ini hanyalah sementara. Saya yakin cinta awak untuk orang lain lebih kuat berbanding saya.
Cinta yang ku harapkan hanyalah harapan semata-mata kerana tiada restu yang kita impikan untuk mengecapi bahagia.
Saya serahkan gelang dan rantai ini semula kerana saya dapat tahu yang symbol nama itu bukan milik saya. Awak jagalah dan semaikanlah cinta awak ni kepada yang layak iaitu pemilik kepada nama Z yang pastinya bukan saya. Q untuk awak Z untuk Zaskia
Nur Rosella Zaskia. Carilah dia dan jagalah dia. Dia pilihan Puan Sri yang terbaik. Saya harap awak jaga diri awak baik-baik ya abang. Saya tiada lagi untuk bertahan. Saya minta maaf tak boleh tunaikan impian awak untuk bina hidup baru. Saya minta maaf. Selamat tinggal suami kesayangan saya. Cinta dalam diam lebih baik. Tunaikanalh janji awak itu sebelum kita berkahwin dengan tidak mencari saya dalam masa dua minggu ini."
Prang!!!
Buku itu dilempar ke cermin dengan kaut. Berderai kaca itu jatuh dan pecah.
"Sayang!!!"
"Sayang!!!" panggil Ghazi walaupun dia tak panggilannya tidak berbalas. Dicari susuk tubuh itu merata tempat. Tempat yang selalu isterinya itu duduk pada waktu pagi iaitu dapur. Namun, tubuh itu masih juga tidak kelihatan.
Dipanggil-panggil lagi gerangan tersebut dengan harapan yang tinggi di dada berharap susuk itu muncul dihadapannya. Kaki dilarikan pula keluar daripada rumah dan menuju ke taman mini namun masih lagi tiada. Ghazi melangkah pula kolam renang yang berada di belakang rumah tetap begitu. Hampa. Satu perasaan yang boleh dikatakan masa itu.
Susuk tubuh itu tetap juga tidak kelihatan. Jiwanya resah. Hatinya gelisah.
Ditepis-tepis perasaan yang mengatakan bahawa isterinya sudah meninggalkan dia. Dia tak percaya. Wanita itu baru sahaja telah mengatakan mahu bina keluarga bersamanya nanti. Matanya melilau-lilau ke sekeliling rumah.
Tan Sri Ghazar yang melihat kelakuan anaknya yang seperti hilang arah itu segera mendekati.
"Ghaz. Kenapa dengan kamu ni? Macam hilang isteri papa tengok pagi-pagi macam ni. Apa dah kena dengan kamu ni?" teguran daripada papanya membuatkan Ghazi berhenti melangkahn namun matanya masih lagi meliar mencari isterinya.
"Papa ada nampak Zinnirah?"
"Eh kamu ni. Isteri kamu mana turun sedari tadi lagi. Kelibat dia pun papa tak nampak." jawab Tan Sri Ghazar. Dirinya berasa pelik dengan pertanyaan anak sulungnya. Pagi-pagi macam ni boleh pula tanya soalan begini. Bukan Hayfa ada dengan anaknya ke.
"Betul ke papa? Papa langsung tak nampak dia."tekan Ghazi kepada papanya. Dia taknak dengar perkataan tu.
"Yelah. Papa ingat dia ada dengan kamu."
"Papa. Jangan macam ni. Papa jawab betul-betul papa ada nampak isteri Ghaz tak. Tolonglah. Tolonglah papa!!" Hampir merayu Ghazi berkata berharap papanya nampak isterinya dan mengetahui kedudukan wanita itu.
"Kamu ni dah kenapa, Ghaz?! Papa cakap papa tak nampak memang tak nampaklah!!Kamu nak tengking papa ni dah kenapa?!" marah Tan Sri Ghazar. Dia turut terkejut dengan tengkingan anaknya. Melihat wajah serabut itu hati tuanya mengatakan ada sesuatu yang berlaku.
Ghazi yang tersedar bahawa dirinya sudah melebih, terus meraup wajah dan perlahan-lahan lututnya jatuh ke lantai.
"Ya Allah. Apa lagi ujian yang kau datangkan untuk aku?Aku tak sanggup berpisah dengan isteriku ya Allah."merintih Ghazi di lantai itu. Tertunduk dirinya di hadapan papanya tanpa malu lagi. Hatinya libang libu.
"Kenapa tinggalkan abang? Kenapa sayang? Sayang pulanglah dekat abang semula. Sayang janji nak bina hidup baru dengan abang. Sayang janji nak cintakan abang sepenuhnya. Tapi, kenapa sayang pergi. Kenapa sayang? Abang minta maaf sayang. Abang minta maaf. Abang minta maaf." Ghazi menumbuk-numbuk lantai itu melepaskan rasa sakit yang mencengkam dadanya terlalu kuat. Dilepaskan semua kesakitan itu di lantai tersebut. Buku limanya yang berdarah dihiraukan asalkan kesakitan itu dapat dihilangkan.
Tan Sri Ghazar yang melihat itu ikut duduk di lantai menghalang anaknya daripada terus melakukan perkara itu. Nama itu diseur kuat olehnya.
"Ghaz!!"
"Ya Allah Ghaz. Mengucap nak. Mengucap." tangan anaknya ditarik kuat menyebabkan tubuh yang sudah lemah itu masuk ke dalam pelukannya. Hatinya turut sebak dengan rintihan itu.
"Papa. Zinnirah dah pergi. Kenapa dia tinggalkan along juga papa. Dia kata dia cintakan along. Dia takkan tinggalkan along. Ni kenapa papa. Kenapa dia tinggalkan along juga. Benci sangat ke dia dekat along papa. Along tak sempat nak bahagiakan dia semula. Nak rawat luka dia semula. Nak hidup dengan dia semula. Papa. Tolonglah along papa. Tolonglah papa."
Mendayu-dayu suara itu meluah kepada papanya. Perasaan bersalah serta menyesalnya sedikit sebanyak mula terbit dalam dirinya.
"Ya Ghaz. In syaa Allah. Papa akan cari isteri kamu. Sekarang kamu bangun. Mari kita masuk dalam dulu."pujuk Tan Sri Ghazar kepada anak lelakinya. Walaupun anaknya ini lelaki adakalanya dia akan berasa lemah tatkala situasi seperti ini berlaku. Orang yang sangat disayangi pergi meninggalkan dirinya.
"Tak papa. Along nak tunggu isteri along. Along tahu dia akan balik." Hati lelakinya menepis sehabis-habisnya tentang hakikat yang isterinya telah meninggalkannya. Dia masih belum boleh terima hakikat itu.
"Masuk dulu along. Nanti isteri kamu balik, Pak Samad akan beritahu kita."ditarik tubuh sasa anaknya untuk bangun. Tangan itu perlu diubati terlebih dahulu.
"Tak nak papa. Along nak tunggu dia.Takpun biar along keluar pergi cari dia."timbul perkataan cari dari benaknya. Tubuhnya kembali berdiri. Daripada dia membuang masa lebih baik dicari isterinya kerana dia yakin isterinya masih lagi tidak pergi jauh. Hatinya gusar memikirkan keadaan isterinya sekarang ini. Wanita itu terlalu naif dengan dunia luar. Bagai mana jika berlaku perkara yang tidak elok terhadap wanitanya.
"Along dengar cakap papa. Kita masuk dulu."
"Tapi.."terhenti kosa katanya apabila nama penuhnya diseur tegas oleh lelaki tua itu.
"Muhammad GhaziAl-Quds!! Dengar cakap papa!! Rawat luka kamu dulu lepastu terpulanglah kamunak buat apa. Papa tak halang." Ghazi tanpa banyak kata terus mengekori lemahsambil dipimpin oleh papanya untuk masuk ke dalam ruamah. Dalam hatinya tak henti-hentiberdoa semoga wanita itu dalam keadaan selamat. Di berjanji akan mencari wanitaitu semula. Dia akan pastik wanita itu takkan dapat larikan diri daripadanyalagi.
YOU ARE READING
Cinta Yang Ku Harapkan (C)✅
No FicciónAjal. Maut. Jodoh. Pertemuan. Itu adalah takdir dari sang pencipta-Nya. Begitu jugalah pertemuan di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan dalam keadaan yang menyayatkan hati. Namun,mereka disatukan atas permintaan seorang abang yang sangat...