Hinalah dirinya setakat mana mahu menghinanya
Tetapi janganlah menghina anaknya yang tak berdosa ini.
HAYFA menjalankan hari-harinya seperti biasa semula tanpa suaminya di sisi. Hari ini sudah genap dua hari suaminya meninggalkan dirinya kerana ada operasi. Hayfa tidak pula menghalang kerana dia faham tugas suaminya pada negara lebih besar jika dibandingkan dirinya. Dia terima jika dia dimadukan oleh negara iaitu tanah air sendiri daripada dimadukan dengan seseorang yang bergelar perempuan. Dia tak sanggup. Walaupun berat hendak melepaskan dia perlu terima dan redha serta berdoa supaya suaminya dan yang lain balik dengan keadaan selamat.
Perutnya diusap-usap penuh kasih.Dia sendiri tak tahu kenapa ibu mentuanya sejak akhir-akhir ini berperangai seperti dahulu semula. Dia tak tahu apa salah yang dia buat sampaikan ibu mentuanya menganggap anak dalam kandungannya ini adalah bukan anak suaminya. Terluka dia ketika ini. Biarlah ibu mentuanya mahu membencinya sebanyak mana yang wanita itu mahukan namun janganlah membenci serta meragui anaknya ini. Anak ini tidak bersalah. Anak sah tarafnya. Hasil daripada darah daging suaminya sendiri.
Termenung Hayfa di tepi kolam itu. Dia perlukan ketenangan untuk dirinya. Layanan ibu mentuanya dengan penuh kasih hanyalah sementara. Allah pinjamkan sekejap untuk dirinya merasa bahagia kemudian menarik balik untuk memberitahu dirinya bahawa jangan terlalu lalai dengan manusia kerana dia akan kecewa. Seperti itulah dirinya kini. Hayfa tetap yakin dan percaya kepada Allah sehinggakan dia tidak pernah sekali menyalahkan takdir walaupun dirinya diuji bertubi-tubi.Itulah iman seorang Nur Hayfa Zinnirah.
"Macam mana rasa bila ibu mentua bencikan kau serta anak haram kau?"
Hayfa yang sudah hadam dengan suara tersebut tidak melihat langung ke arah gerangan tersebut malah hanya memakukan pandangannya sahaja pada air di kolam itu. Sangat mendamaikan. Mulutnya sahaja yang membalas.
"Awak jangan melampau Rose. Ini anak saya dengan abang Ghaz. Bukan anak haram.Jaga mulut awak tu."
"Wow. Dah berani ya kau sekarang melawan aku. Kau ingat aunty akan bela kau untuk kali ini.Kau tu dah berada di bawah tapak kaki dia semula.Kau ingat dia akan sayang kau macam hari itu balik. Kau silap Hayfa.Kau ingat kau boleh bahagia dengan Ghaz sedangkan aku menderita disebabkan dia tak memilih aku.Itu takkan terjadi."mata itu merenung tajam Hayfa yang masih lagi tenang. Langsung tidak terkesan dengan kata-katanya yang tajam itu.
"Apa salah saya dekat awak Rose sampaikan awak tak puas hati dengan saya."sudah lama Hayfa mahu bertanyakan soalan ini namun tidak berkesempatan. Hanya masa ini yang dirasakan sesuai jadi terpacullah soalan tersebut daripada bibir pucat itu.
"Salah kau cuma satu kerana memiliki Ghazi. Itu yang menjadi kesalahan terbesar pada aku. Kau tu sebenarnya tak patut muncul dalam hidup Ghaz kerana kepulangan aku untuk memilikinya tapi kau dah rampas dia daripada aku."jelas Rose dengan lagak sombongnya. Disebabkan hal ini, dia jadikan wanita di hadapannya ini tempat melepaskan dendam dan amarah yang terhadap lelaki itu kerana tidak memilih dirinya.
"Saya tak pernah rampas dia daripada sesiapa. Setahu saya awak bukan sesiapa pada dia."
"Kau jangan nak kurang ajar perempuan!!! Jangan sampai kau dengan anak haram dalam perut kau tu mati aku kerjakan."melenting Rose dengan pernyataan yang dibalas oleh Hayfa. Dia tak akan terima kenyataan itu walaupun benar. Perkataan 'bukan sesiapa' sangat menyakitkan hatinya. Berang Rose jadinya. Tangannya diangkat tinggi dan ingin menampar Hayfa namun sebaliknya berlaku. Malah dirinya pula yang ditampar.
Pang!! Tamparan yang sangat pantas hinggap di pipi itu. Kuat. Terteleng kepala Rose. Tangannya naik memegang pipi. Sakit. Berdesing telinganya.
"Awak jangan nak hina anak saya!! Anak saya tak berdosa pada sesiapa. Anak saya ni anak sah taraf dari sisi agama. Awak boleh hina saya tapi jangan hina anak saya yang tak bersalah ni. Saya haramkan kata-kata tu keluar lagi dari mulut awak." buat kali ini Hayfa menengking Rose. Sebelum ini dia hanya sabar orang lain mengata dirinya. Kini, kata-kata hinaan itu keluar dengan menghina anaknya, Hayfa tidak dapat mendiamkan diri lagi.
YOU ARE READING
Cinta Yang Ku Harapkan (C)✅
Non-FictionAjal. Maut. Jodoh. Pertemuan. Itu adalah takdir dari sang pencipta-Nya. Begitu jugalah pertemuan di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan dalam keadaan yang menyayatkan hati. Namun,mereka disatukan atas permintaan seorang abang yang sangat...