BAB:69

384 11 0
                                    


Berjuang dalam mempertahankan tanah air juga merupakan berjihad ke jalan Allah,

Jadi, jangan pernah rasa takut dan gerun untuk berhadapan dengan musuh kerana Allah

sentiasa ada bersama kita.


SIANG malam Hayfa sabar menanti berita kepulangan suami dan abangnya. Namun, masih tiada tanda-tanda bahawa mereka akan pulang. Dalam pada masa itu juga dia tidak putus-putus berdoa. Kerja yang dibuat olehnya seakan tidak menjadi disebabkan rasa gelisah mencengkam hati. Hatinya menyatakan ada sesuatu yang buruk bakal berlaku namun bibirnya kembali berzikir. Dia taknak berfikiran dengan apa yang belum terjadi kerana dirinya takut itu satu doa kepada mereka.

"Ya Allah. Kau selamatkanlah mereka." bisik Hayfa sendirian. Di tangannya terdapat senaskah Al-Quran yang sudah menjadi teman hidupnya. Akan dia jadikan Al-Quran itu sebagai sahabatnya. Dia tidak perlu lagi jadikan manusia tempat untuk dia mengadu cukuplah Allah sebaiknya dan Al-Quran tempat penenang baginya.

Tersentak Hayfa daripada lamunan ketika mana salam diberi. 

Pandangannya dihalakan pada pintu rumahnya yang sedari tadi terbuka sedikit. Kalau abangnya tahu mahu bernanah telinga dibebel oleh lelaki itu. Abangnya melarang dirinya membuka pintu semasa ketiadaannya. Tetapi dia sengaja membukanya hari ini. Abangnya siap memasang sistem keselamatan di setiap rumahnya serta pintu dan tingkap juga dipasang dengan alat teknologi canggih. Sangat sukar untuk orang lain memecah masuk rumahnya. Rumah ini telah abangnya renovate sebelum dia pulang ke sini.

"Assalamualaikum. Hayfa." Salam diberi untuk kali keduanya. Suara tersebut seperti dikenalinya. Dia bangun menuju ke pintu tersebut dengan langkah yang masih perlahan kerana pantangnya masih lagi belum habis.

"Waalaikumussalam." jawab Hayfa sambil berjalan. Pintu itu dibuka sederhana luas setelah gerangan tersebut dilihatnya.

"Ya Allah. Mak Seri." tangan itu disalam dan tubuh wanita tua itu dipeluknya. Dicium kedua-dua pipi itu melepaskan rindu. Rindunya dia terhadap wanita tua ini. Tidak semena-menanya air matanya dengan mudah berjuraian. 

Wanita yang pernah mengambil berat terhadapnya sebelum dia berpindah keluar daripada kampung tersebut. Mak Seri turut membalasnya. Dia juga rindukan Hayfa.

"Rindunya Mak Seri dengan kamu." ucap Mak Seri sesudah melepaskan tubuh itu.

"Hayfa pun rindukan Mak Seri." katanya sambil mengesat air matanya yang mengalir itu.Tergeleng Mak Seri dengan sikap cengeng Hayfa.

"Sejak bila kamu jadi cengeng ni Hayfa?"

"Sejak jumpa Mak Serilah."balas Hayfa dengan nada lembut. Lengan itu ditariknya untuk masuk ke dalam rumah. Pintu itu ditutup dan dengan automatiknya terkunci dengan sendirinya.

"Jemput duduk Mak Seri. Hayfa nak ke dapur buatkan air sekejap." Pelawa Hayfa dan mahu bergerak ke dapur untuk membancuh air kepada wanita tua ini. Tegahan daripada Mak Seri membuatkan Hayfa memusingkan tubuhnya semula menghadap wanita itu.

"Mana boleh macam tu Mak Seri. Mak Seri tetamu saya, saya perlu hidangkan air untuk tetamu." Dia tak betah membiarkan tetamu yang datang ke rumahnya tanpa menjamah makanan mahupun minuman. Dia takkan benarkan tetamu itu balik dengan keadaan tidak menyentuh apa-apa. Tetamu pembawa rezeki pulang membawa penyakit.

"Ya Allah. Tak payah. Lagipun kamu tukan tengah berpantang. Jangan banyak bergerak. Duduk saja sini nanti bila Mak Seri nak air Mak Seri buatkan sendiri."gusar hatinya melihat wanita ini. Sudahlah berpantang mahu berjalan ke sana ke sini pula. Nanti bentan macam mana.

Cinta Yang Ku Harapkan (C)✅Where stories live. Discover now