BAB:4

520 17 0
                                    

Dua minggu berlalu pergi. Hayfa masih menanti kepulangan abangnya yang pergi meninggalkan dirinya demi sebuah perjuangan untuk negara. Dia faham akan tugas abangnya. Kini, yang menjadi peneman buat dirinya adalah Dr Haiza dan isteri kepada sahabat abangnya.

Dia dapat tahu abangnya pergi operasi setelah dia terjaga daripada tidur terdapat tiga orang wanita yang menemaninya di dalam rumah ini iaitu Aifa,Husna dan Dr Haiza.Mereka yang memberitahu dirinya bahawa abangnya serta suami mereka yang lain pergi operasi.

Mendengarkan itu hatinya diruntun resah. Dia jadi takut jika sesuatu berlaku kepada abangnya.

Namun,pelbagai nasihat dan pesanan yang diberi menguatkan semangatnya semula. Teringat semula dia akan hari tersebut.

FLASHBACK

"Along."

Tercari-cari Hayfa kelibat abangnya di dalam bilik itu.Selalunya abangnya itu yang akan menemani tidurnya. Abangnya yang menjaga dia. Sepanjang dia berada di sini,abangnya sentiasa menjaganya dan tidur di atas sofa di bilik itu.

Kaki menapak perlahan untuk keluar daripada bilik tidurnya dengan keadaan tubuh yang terhuyung-hayang. Sakit kepalanya kian menyengat. Setahunya semalam dia meracau-racau sebelum pandangannya gelap.

Bunyi suara perempuan di luar biliknya membuatkan kehairanan melanda di dalam diri. Kaki cuba melajukan pergerakan manakala tangan naik mengurut perlahan kepalanya.

Tangan lantas mencapai tombol pintu dan membukanya.

Bunyi pintu yang kedengaran menghentikan seketika perbualan tiga orang wanita tersebut.

"Hai Hayfa." tegur satu suara itu membuatkan dirinya memandang ke arah tersebut.

Dr. Haiza berjalan mendekatinya. Dia memegang lengan gadis itu supaya Hayfa menuruti langkahnya untuk mengambil tempat di sofa yang dia dan dua orang yang lain duduki itu.

Dia tahu keadaan Hayfa saat ini. Wajah pucat itu membuatkan telahannya benar.

"Hai Hayfa. Saya isteri Amsyar, Aifa dan yang ni Husna isteri Ilham."

Aifa memperkenalkan dirinya cuba untuk menyuaikan diri dengan rakan baru.

Dia datang ke rumah Haider ini pun disebabkan lelaki itu meminta pertolongan daripada dia dan juga Husna untuk menjaga adik lelaki ini semasa dia tiada di sini.

Lelaki itu juga menceritakan kepadanya tentang keadaan perempuan di hadapannya. Sungguh kasihan dengan nasib perempuan ini.

Gadis itu mengangguk faham. Cuma dia kehairanan kenapa tiga perempuan ini boleh ada dalam rumah ini. Mana abangnya pergi?

Haiza yang melihat mata perempuan di sebelahnya mencari-cari seseorang lantas bersuara.

"Abang awak tak ada dekat sini. Ada operasi. Baru sekejap tadi mereka bertolak."

Mendengar perkhabaran itu badannya mula menggigil hebat. Haiza terus memeluk tubuh itu setelah melihat air mata yang mula keluar.

Teresak-esak Hayfa menangis. Dia jadi ketakutan. Dia takut jika terjadi apa-apa pada abangnya. Dia risau. Dia tak nak kehilangan abangnya pula.

Ya Allah.

"Sabar Hayfa. Saya juga pernah rasa macam tu. Sama juga yang lain. Inilah pengorbanan kita sebagai isteri atau ahli keluarga tentera. Mereka cuma harapkan doa daripada kita. Mereka berjuang untuk negara dan kita perlu kentalkan hati dengan sebarang kemungkinan yang berlaku. In syaa Allah mereka semua pulang dengan kejayaan. Sesungguhnya Allah bersama kita."

Cinta Yang Ku Harapkan (C)✅Where stories live. Discover now